part 13

14 4 31
                                    


"Woii kak!" Kedengaran satu suara garau memanggil seseorang.

Siti melihat seorang jejaka dan 4 orang sahabatnya berjalan beriringan mendekati mereka berempat.

"Kat sini kau ek, jogging tak ajak." Kata Syafiq tidak puas hati.

"Kau tak bagi tahu pun kau nak join." Balas Siti

"Ye eh?"

"Ya Allah budak ni."

"Hehe."

"Aku nak balik dah ni, korang datang sini buat apa?"

"Aku main pondok-pondok dengan diorang, kau nak join? Cukup ni kalau nak buat pasangan. Kau dengan aku." Sempat Syafiq berloyar buruk dengan kakaknya.

"Tak hingin aku!"

"Aku nak join!!"

Kini, semua mata terarah kepada Adelya yang bersuara sebentar tadi.

Krik...krik...krik...

Mata Adelya membulat, seperti baru sahaja menyedari kata-kata yang meluncur keluar dari mulutnya.

'oh, gosh! Kau kenapa Adel!! Asyik memalukan diri sendiri aje kerja kau!!' Adelya bermonolog sendiri sambil menepuk bibirnya.

"Eheh, jom weyh. Kata nak balik tadi, jom jom." Cepat-cepat Adelya bersuara ingin menghilangkan suasana janggal antara mereka. Tangan Najiha ditarik agar mengikuti langkahnya.

"Eh eh! Slow slow lah. Laju-laju nak pergi mana kak, main pondok-pondok ke." Tawa Najiha terletus diikuti Siti serta Sirrah.

"Diam arh!! Cepat lah Siti, Sirrah. Aku tinggal satgi kang, menangis lah korang bawah jambatan."

Siti dan Sirrah berpandangan. Maka, sel-sel mereka berhubung melalui telepathy.

'Erk, kita ada kaki kut. Kalau dia tinggalkan kita bawah jambatan sekalipun, boleh je kita jalan kaki balik rumah kan?'

'Itu lah pasal.'

'Member tengah malu tu. Sian.'

'Itu lah pasal.'

'Eh ko ni apahal?'

'Itu lah pasal.'

"Woii mangkuk! Yang korang tercegat kat situ lagi kenapa! Cepatlah!" Tempikan Adelya berjaya mengembalikan mereka berdua ke alam nyata.

Dua orang gadis itu berlari lintang-pukang mendekati Adelya Raihana.

Para jejaka yang menonton kejadian tadi, hanya mampu menahan tawa mereka dari terletus.

"Haih, penat lah aku dengan diorang ni." Syafiq bersuara.

Mereka melabuhkan duduknya di kerusi yang disediakan di sekitar taman.

"Syafiq." Panggil Harith

"Hmm." Sahut Syafiq

"Asal kau panggil Siti 'kak'?" Soal Harith.

"Sebab dia lagi tua dari aku lah, aku kan hormat orang tua. Kita kene saling menghormati tau." Dengan tenang Syafiq menjawab.

Betul lah kan, Siti lagi tua dari Syafiq. Alah, jarak berapa minit je pun. Kira tua lah ye.

Mulut Harith berbentuk 'o'.

"Tapi, macam mana kau tahu Siti tu tua dari kau?" Sambungnya lagi.

"Eh mamat ni. Banyak tanya pulak dah. Kau kenapa nak tahu sangat."

VolleyballWhere stories live. Discover now