part 7

15 3 20
                                    


"Omo?!?! N-Naim?!?!"

"Weyh, ok tak ni. Kene langgar terus sebut nama Naim. Adel, Adelya!! Kau dengar tak ni bangang!!" Siti menggoncang badan Adelya supaya sahabatnya itu kembali ke dunia realiti.

Adelya memandang Siti lalu mengalihkan pandangan sahabatnya itu untuk melihat ke hadapan.

Retina matanya dapat menangkap susuk tubuh seseorang jejaka.

"Erk- okey, patutlah terpukau lain maciam. Terlanggar crush rupanya." Kata Siti dengan suara perlahan.

"Eh Mimi, akak nak pergi kedai tu kejap. Kau tolong tengokkan kak Adel kau ni."

"Alright boss."

Mimi menghantar pemergian kakaknya dengan ekoran mata.

"Err, Sorry Adelya. Ada sakit mana-mana tak?" Tanya suara garau tersebut iaitu milik jejaka yang bernama Naim.

"A-ada." Jawab Adelya sepatah dengan tergagap-gagap.

"Kat mana hmm." Tanya Naim dengan suara garau miliknya itu.

Ghisau jugak langgar anak dara orang ni, nanti kang bukan jatuh sakit, tapi jatuh cinta...

Hshshshshshshsh

"D-dahi." Jawab Adelya perlahan tetapi kedengara jelas pada pendengaran Naim

Adelya menggosok dahinya akibat terlanggar dada bidang milik Naim.

'hish!! Comel je tergagap-gagap. Eh?!?! Astaghfirullahalaziim Naim.'

"Err, kalau kat dahi kau sapu lah ubat sendiri. Aku tak boleh nak tolong sapukan sebab kita belum halal." Jawab Naim selamba.

Auch!!

Memerah muka Adelya apabila mendengar ayat yang terkeluar dari mulut Naim.

'umi!!! Kakak tak kuat!!!'

"Hah!?! Apebende kau merepek ni. Ahahah." Adelya ketawa janggal di akhir ayat.

"Takde pape, nanti balik sapu lah ubat kat dahi tu. Kan benjol dahi kau tu. Pape pun, sorry sekali lagi eh Adelya."

"Hah, ouh, okey-okey. Takde pape lah, sikit je ni."

"Kalau dah takde pape, kitorang pergi dulu eh, jom Siti, Mimi. Assalamualaikum jodoh." Adelya memperlahankan suaranya pada akhir ayat supaya hanya dirinya sahaja yang mendengar.

"Waalaikumussalam." Jawab Naim dan beredar dari kawasan tersebut.

"Eiii, kak Adel blushing eh." Mimi bersuara setelah mereka juga turut beredar dari situ.

"Hah?? Nampak sangat ke?? Huarghh umi!!!" Jerit Adelya lalu menekup mukanya dengan kedua belah tangan.

"AHAHAHAHAH, nampak sangat lah akak. Memerah muka akak tadi tahu tak." Ujar Mimi lagi.

"Huarghh!! Sudah, ana takmo dengar lagi."

"Eh kejap, kakak awak mane budak?" Hairan Adelya apabila hanya Mimi sahaja yang berada dengannya.

"Eleh, sekarang baru ingat kakak kita. Kakak pergi beli roti john untuk abang pastu beli makanan untuk dia lah. Dia pergi masa akak ralit berborak dengan abang tu tadi.

"Ouh ye ke?"

"Iyelah."

Tiba-tiba pertembungan dirinya dan Naim sebentar tadi kembali berputar pada kotak memorinya dan secara tiba-tiba bibir milik si gadis perlahan-lahan melakar sebuah senyuman yang cukup manis.

"Ni dah kenapa duk senyum sorang-sorang ni." Mucul satu suara dari belakang serta dapat mengejutkan dua orang gadis tersebut.

"Opocot umi harini ada orang buat kakak blushing eh. Ya Allah, kau ni Siti, nasib tak melatah benda bukan-bukan." Latah Adelya.

VolleyballWhere stories live. Discover now