⸙͎۪۫Cast⸙͎۪۫
𝑪𝒉𝒐𝒊 𝒀𝒆𝒐𝒏𝒋𝒖𝒏
𝑱𝒂𝒏𝒈 𝑫𝒂𝒏𝒆𝒆
...
Danee mengeluh kasar, kaca pinggan yang pecah di atas lantai dikutip satu demi satu dengan berhati-hati lalu di masukkan ke dalam plastik sampah yang berwarna hitam."Sebagai ganti pinggan mahal aku tu, aku takkan bagi kau sesen pun duit belanja kau selama sebulan!"
Wanita paruh umur itu berkata dengan berang. Bukan salah Danee pun, adiknya yang salah. Ingat dia tidak lihat adiknya yang sengaja melanggarnya semasa dia sedang mengelap pinggan itu tadi.
"Kau dengar tak apa yang cakap aku ni?!"
Tangannya yang sibuk mengutip serpihan kaca itu terhenti lalu Danee mendongak melihat sang ibunya itu.
"Iya eomma, Danee dengar dan Danee tak pekak lagi," balas Danee dengan renungan yang tajam sambil memasukan serpihan kaca ke dalam plastik sampah dengan kasar.
Ada dia kesah kalau dia dicop kurang ajar? Wanita tua dihadapannya itu bukan ibu kandungnya pun, cuma ibu tiri. Ibu tiri yang menghancurkan kebahagiaan mama dan papanya saja.
"Hey! Jangan nak kurang ajar dengan eomma aku eh. Dah salah tu salah ja lah."
Ini lagi seorang, suka sangat buat dia dalam banyak masalah. Dia yang buat masalah Danee yang kena. Disebabkan adik tirinya ini juga papanya tidak percaya dengannya lagi. Papanya lebih percaya dengan orang luar daripada darah dagingnya sendiri.
"Kau diamlah Rika, nak aku toreh mulut kau tu guna kaca ni macam kau toreh muka pelajar junior dua minggu yang lepas."
Ji Rika terkejut dengan kata-kata Danee itu. Terkejut kerana Danee tahu perbuatan yang yang dia rahsiakan daripada ibunya.
Danee tersenyum sinis bila melihat ekspresi panik Rika.
"Mana ada eomma, perempuan ni penipu! Dia saja nak burukkan Rika depan eomma. Rika budak baik tau, malahan Rika yang selalu kena buli dengan dia kat uni," kata Rika sambil membuat muka kesiannya. Ceh! Dasar plastik! Dia ketua pembuli dekat uni ada lah!
Eommanya, Puan Ji sedang marahnya menghampiri Danee lalu dicengkamnya kuat rambut Danee.
"Berani beraninya kau tuduh anak aku. Aku ajar anak aku benda baik-baik tau tak macam mak kau tu, anak kurang ajar tak reti hormat orang tua langsung!"
Danee menahan kesakitan, rasa mahu tercabut rambutnya akibat ditarik oleh Puan Ji itu. Mukanya sampai merah akibat kesakitan.
"A-aku k-kata benda betul! Engkau ja selalu manjakanㅡAAKHH"
Puan Ji melempar Danee dengan kuat sehingga Danee tidak sedar dia terpegang serpihan kaca yang masih belum habis dikutipnya tadi.
"Engkau ni patutnya dari dulu lagi aku suruh bapak kau hantar kau kat rumah anak yatim, bila dah besar menyusahkan aku ja jaga kau yang tak reti bersyukur!"
Tidak cukup dilempar tadi, ditendangnya dan dipijaknya kaki Danee sehingga gadis itu menjerit kesakitan baru dia berhenti.
"Dah jom sayang, kita naik ke atas. Tadi eomma ada belikan kamu baju baru tau," katanya Puan Ji membawa Rika masuk ke biliknya.
Sebaik saja dua beranak itu menghilang dari pandangannya, Danee bangun dengan perlahan. Darah dari tapak tanganya masih mengalir. Dengan berhati-hati dia mengeluarkan kaca pada tapak tangannya itu.
Bibir bawahnya diketap menahan rasa sakit apabila kaca itu berjaya dikeluarkan. Setelah itu dia berdiri namun dia terasa pergelangan kaki kirinya terasa sakit apabila digerakkan tetapi dia tepat berjalan menuju ke sinki dan lantas memulas kepala paip lalu dicucinya darah pada tapak tangannya.
"Tak guna punya orang tua," kutuk Danee sambil mencuci lukanya dengan air paip yang mengalir deras. Selesai mencuci, dan darah pada tapak tangannya tidak mengalir lagi terus dia membalutnya dengan kain dan dia kembali mengutip kaca pinggan tadi.
Kemudian, Danee mengambil penyampu untuk menyampu lantai tadi, takut ada serpihan kaca yang kecil. Walaupun kaki kirinya sakit, baik dia sapu lantai sebelum ada tapak kaki yang kena kaca, dia pula yang dipersalah nanti.
Setelah semua bersih, dia masuk ke biliknya. Terkedek-kedek Danee berjalan membawa kakinya yang terseliuh. Bukan main kuat lagi Puan Ji memijaknya tadi.
Sampai saja di biliknya, dia merebahkan badannya di atas katil. Lalu Danee meletakkan sebelah tangannya di atas matanya menutup cahaya lampu masuk. Tangan yang berbalut tadi diletakkan di atas perutnya.
Tiba-tiba bahunya terhinjut-hinjut. Lalu mulutnya mengeluarkan bunyi, bunyi tangisan. Air matanya yang sudah lama ditahan tadi akhirnya mengalir jua. Sakit hatinya bila mengenang nasib hidup tinggal bersama keluarga tirinya. Rasa sakitnya itu tak setanding sakit luka tapak tangan dan kakinya itu.
Walaupun dia tampak saja berani melawan Puan Ji dan Rika tetapi keberaniannya itu menyembunyikan rasa derita yang dialami sejak mamanya meninggalkan dia dan tambah derita lagi apabila papa pula turut meninggalkannya bersama dua manusia yang tidak berhati perut itu.
Sejak hubungan mama dan papanya musnah, sehingga sekarang dia tidak tahu di mana mamanya berada. Papanya pula meninggal kerana sakit yang tiba-tiba. Penyakitnya tidak diketahui, seolah-olah papanya itu mati mengejut. Dia yakin pasti Puan Ji ada berbuat sesuatu pada papanya itu, dia yakin kerana papanya ini jenis yang mementingkan kesihatan. Selama ini tidak pula dia melihat papanya itu sakit kecuali demam saja. Tetapi dia dapat terus menuduh Puan Ji kerana dia tidak mempunyai bukti jadi dia hanya berdiam saja.
"Mama kat mana tsk..tsk..Dannie tak kuat nak hadap semua ni."
⤜⸙͎۪۫ tbc ⸙͎۪۫⤛
Hello! Ff ni request dari Yewon_kim027
saya harap awak suka lah cerita ni maaf kalau ff ni banyak kekurangannya ㅠㅠ tapi saya akan cuba yanf terbaik untuk siapkan ff ni❤️Yang lain pula tolonglah support fanfic ni especially Moa, jangan lupa komen dan vote ya! Thank you <33
YOU ARE READING
[SU] 𝑼𝒏𝒆𝒙𝒑𝒆𝒄𝒕𝒆𝒅 𝑺𝒐𝒖𝒍𝒎𝒂𝒕𝒆 : 𝑪𝒉𝒐𝒊 𝒀𝒆𝒐𝒏𝒋𝒖𝒏
Fanfiction" 𝘠𝘢𝘩 𝘧𝘪𝘳𝘴𝘵 𝘬𝘪𝘴𝘴 𝘢𝘬𝘶 ! 𝘚𝘪𝘢-𝘴𝘪𝘢 𝘫𝘢 𝘢𝘬𝘶 𝘴𝘪𝘮𝘱𝘢𝘯 𝘶𝘯𝘵𝘶𝘬 𝘣𝘢𝘬𝘢𝘭 𝘴𝘶𝘢𝘮𝘪 𝘢𝘬𝘶. 𝘒𝘢𝘶 𝘴𝘦𝘯𝘢𝘯𝘨-𝘴𝘦𝘯𝘢𝘯𝘨 𝘤𝘶𝘳𝘪 𝘵𝘦𝘯𝘨𝘬𝘰𝘳𝘢𝘬 𝘣𝘦𝘵𝘶𝘭𝘭𝘢𝘩 𝘬𝘢𝘶 𝘯𝘪 !!! " " 𝘊𝘏𝘖𝘐 𝘠𝘌𝘖𝘕𝘑𝘜𝘕 𝘈𝘒𝘜 𝘉...