⸙͎۪۫ 17 ⸙͎۪۫

49 9 9
                                    

⤜⸙͎۪۫⸙͎۪۫⤛

Yeonjun bersiul-siul sambil berjalan menuju ke apartmentnya dan dalam masa yang sama dia bermain telefon pintarnya membalas pesanan daripada Soobin. Tangan kirinya pula memegang satu beg plastik bersaiz sederahan besar yang penuh dengan pelbagai jenis tuala wanita. Dia tidak tahu mana satu yang sesuai dengan Danee jadi dia beli semua jenis kerana dia malu hendak bertanya kepada pekerja di kedai tersebut. Sudahlah tadi semasa dia membuat pembayaran, cashier kedai itu tersengih-sengih memandangnya.

Sampai saja ke apartment dan menekan password rumahnya. Alangkah terkejutnya saat dia melihat rumahnya serupa kapal pecah, barang bersepah sana sini.

"Danee apa kau buat dekat rumah aku ni?!"

Namun Danee tidak menyahutinya.

"Haish nak kena budak ni," ujarnya lagi sambil menuju ke bilik Danee. Bila dipulas tombol pintu bilik tersebut, Danee tiada di situ. Dia mula berasa tidak senang hati. Lalu dia pergi ke biliknya, mana tahu gadis itu berada di situ tetapi sangkaannya itu salah.

Tanpa berfikir panjang dia bergegas pergi ke rooftop mencari Danee. Seluruh rooftop tersebut langsung dia tidak melihat bayangan Danee.

"Ini tak lawak budak oi..mana kau pergi!" Ujarnya sambil meraut rambutnya dengan perasan cemas menyelubunginya terus dia mencapai telefonnya dan mendail nombor seseorang.

"Wey, tolong aku. Danee hilang. Aku rasa dia kena culik dengan geng tu lah."

Siang berganti malam, Yeonjun masih setia menunggu khabar keberadaan Danee. Sekaramg dia berada di balai polis, tadi menelefon rakan baiknya yang merupakan seorang anggota polis dan rakan dia itu jugalah yang membantu dia mendapatkan maklumat tentang Do Haram cuma mereka belum tempat bersembunyian penjahat itu.

"Woo, bukan kau cakap hari tu mamat tu ada kelab malam kan?"

"Haah, dia ada kelab malam di daerah Gangnam"

"Aku rasa Danee kat situlah. Hari tu dia ada cakap yang mak tiri dia jual Danee dekat Haram untuk bekerja di kelab tu"

Yeonjun dan rakannya iaitu Jung Wooyoung saling berpandangan antara satu sama lain. Kemudian itu, Yeonjun bangun ingin keluar dari balai tersebut untuk mencari Danee di Gangnam tetapi dihalang oleh Wooyoung.

"Jangan terburu-buru nak ke sana, bahaya tahu. Kita perlu ada plan."

Memang betul tekaan Yeonjun itu, Danee ketika ini berada di sebuah kelab malam di daerah Gangnam. Danee dibawa ke kelab malam Haram, di mana dia perlu menjadi pekerja di situ untuk melayan pelanggan yang datang ke kelab tersebut. Dia dipaksa untuk berhias dan memakai baju yang baginya tidak cukup kain. Kalau dia membantah atau melawan, dia akan dipukul dan ditampar oleh pekerja disitu. Jadi mahu tidak mahu dia terpaksa menuruti apa yang diarahkan oleh pekerja-pekerja tersebut.

Suasana yang bingit dengan muzik hampir saja membuat telinganya pekak. Tambah lagi, di kelab tersebut penuh dengan ramai orang yang sedang bermabuk-mabukan sambil menari mengikut alunan muzik yang dipasang tersebut. Pada malam ini adalah hari pertama dia menjadi pekerja di kelab malam tersebut, sudah bermacam-macam masalah yang timbul disebabkan Danee tidak mahu menuruti permintaan pelanggan yang dia perlu dia layan.

Sekarang ini dia sedang duduk bersama beberapa lelaki yang perlu dilayan itu. Danee seperti berada di neraka, rasa mahu melarikan dari tempat ini. Apakan dayanya, mata-mata Haram sedang memerhatikan dia dari jauh. Dia berharap sangat Yeonjun datang ke sini untuk menyelamatkan dia.

Dia tertanya-tanya, apa lelaki itu sedang lakukan sekarang. Adakah lelaki itu mencarinya atau tak? Risau atau tidak dengan dia yang tiba-tiba hilang ni? Pandai kah tidak dia pilih pad tadi? Sempat pula dia fikir tentang itu di masa yang genting ini.

"Tch..mesti dia sekarang tengah happy sebab takda yang ganggu dia dekat rumah tu. Mana mungkin dia nak selamatkan musuh dia sendiri."

Tiba-tiba dia terasa pehanya diraba oleh satu tangan. Dia melihat tangan tersebut mengusap-usap pehanya lalu kemudian memandang empunnya tangan yang sedang berbicara dengan rakannya disebelah.

"Ya Tuhan, kau tahanlah diri aku ni daripada melempang orang dan kau wujudkanlah seorang hero datang untuk selamatkan aku." Bisik hati Danee dan hampir lagi air matanya ingin jatuh, mujur dia boleh menahannya. Hanya Tuhan saja yang tahu betapa takutnya dia sekarang ini.

Disebabkan dia tidak tahan diraba oleh lelaki itu, dia mengumpulkan keberanian untuk menepis tangan gatal itu daripada pehanya. Terus lelaki itu memandangnya dengan tajam dan berkata,"Kenapa kau tepis?!"

Dia hampir saja ditampar oleh pelanggan tersebut tetapi ada tangan yang pantas menghalangnya.

"Sorrylah bro, dia ni pekerja baru jadi agak susah nak adapt suasana baru ni. Maafkan dia lah bro."

Danee memandang orang baru saja menyelamatkan dia daripada ditampar, baru saja mahu tersenyum lega tetapi hilang memudar senyuman leganya saat melihat Haram yang menolongnya tadi.

"Saya ganti dengan pekerja lain boleh kan? Sebab pekerja ni saya nak beri pengajaran sikit biar dia tahu macam mana pekerja kat sini bekerja."

Memucat terus wajah Danee saat Haram berkata sedemikian. Apa yang akan jadi dengan nasibnya sebentar nanti. Adakah dia akan dibunuh hidup-hidup macam dalam movie yang dia tontoni?

Setelah mendapat kebenaran dari pelanggan lekaki itu, Haram membawanya ke suatu tempat di mana ada seorang lelaki berpakaian serba serbi hitam dengan mengenakan mask hitam diwajahnya.

Melihat penampilan lelaki itu, otak Danee ketika ini berfikir bahawa lelaki itu adalah pembunuh upahan. Haram langsung membawa Danee kepada lelaki yang tidak dia kenal itu. Lalu Haram berkata, " Kau sekarang ni bukan hak aku lagi. Kau milik dia. Aku dah jual kau dekat lelaki ni."

"Jadi, aku tak perlu simpan pekerja sampah yang boleh rosakkan imej kelab aku." Ditunjalnya kepala Danee itu sebelum dia mendorong gadis itu ke arah lelaki berpelitup muka hitam itu.

Lantas Haram meninggalkan mereka berdua. Teragak-agak Danee mengikuti lelaki itu kerana takut dia diapa-apakan oleh lelaki tersebut. Melihat Danee perlahan-lahan mengikutinya, terus lelaki itu mencapai tangan Danee lalu dibawanya Danee keluar dari kelab malam yang bising.

Pada mulanya danee takut untuk mengikut lelaki yang telah membelinya itu tetapi perasaannya takut itu hilang apabila dia meliha seorang lelaki yang mengenakan baju off shoulder berwarna hitam sedang menyandar di pintu kereta.

Lelaki itu pun sedar akan kehadiran mereka berdua, terus dia menghampir Danee.

"Kau okay tak? Dia ada apa-apakan kau? Dia ada pukul kau? Kenapa pipi kau merah? Dorang tampar kau kah?!"

Pipi yang ditampar oleh pekerja Haram tadi dipegangnya sebelum memandang tepat pada mata Danee yang kini sedang memerah seperti mahu mengeluarkan empangan air mata.

"Tsk..Y-yeonjun"

Terus Yeonjun memeluk Danee dengan erat dan membiarkan gadis itu menangis dalam pelukannya itu.









⤜⸙͎۪۫ tbc ⸙͎۪۫⤛
Maaf sebab ambil masa yg lama nk update chpter ni, tk konfiden sgt dkt chapter² yg dh lama aku taip jdi aku ubah balik😌

[SU] 𝑼𝒏𝒆𝒙𝒑𝒆𝒄𝒕𝒆𝒅 𝑺𝒐𝒖𝒍𝒎𝒂𝒕𝒆 : 𝑪𝒉𝒐𝒊 𝒀𝒆𝒐𝒏𝒋𝒖𝒏Where stories live. Discover now