⤜⸙͎۪۫⸙͎۪۫⤛
Danee menundukkan pandangan seraya duduk sambil memeluk tubuhnya, satu tubuhnya mengigil. Dalam hatinya itu tidak berhenti menyumpah seranah lelaki dihadapannya ini. Lalu dia mengangkat kepalanya, pandangannya tadi terarah pada lulutnya bertukar ke arah wajah lelaki yang sekarang ini dia rasa mahu bunuh lelaki itu. Dia melihat lelaki itu sedang mengukirkan senyuman puas.
Perbuatan Yeonjun sangatlah melampaui batas! Dia pijak kaki ja, hal kecil ja pun. Tapi dia dapat balasan yang melebih-lebih macam ni. Ini dah dikira seorang pensyarah mendera anak orang! "K-kau ni melampau lah! Habis basah pakaian aku. Aku baru ja lepas mandi tadi sekarang aku tak ada pakaian, pakaian aku semua belum kering lagi!!"
"YEONJUN PABO PABO PABO PABO PABO PABO PABOOOO !!"
Dia kena siram dengan Yeonjun tadi. Sekarang dia berada di dalam tab mandi menahan kesejukkan. Kalau kena siram dengan air suam tak apa lah juga ini dia siram guna air sejuk, mana tidaknya Danee mengigil satu badan.
"Sekarang kita seri hehehe," balas Yeonjun dengan annoying. Yang paling buat Danee sakit hati bila tengok senyuman Yeonjun yang cuba untuk memprovok dirinya. Aishh sungguh dia geram dengan tindakan lelaki itu tadi. Fikirannya ligat memikirkan cara untuk membalas balik tindakan lelaki itu. Dia tak kira, dia tidak mahu kalah dengan Yeonjun. Dia mahu keadilan bagi hatinya yang sedang sakit sekarang ini.
Mulutnya yang tadi sedang mengetap giginya kerana menahan geram tadi berubah dengan dengan senyuman sinis dihiasi. "Ala tak acilah aku ja yang kena 'dimandikan' oleh kau kan?"
Terus mati senyuman Yeonjun tadi selepas mendengar Danee berkata sedemikian. Perlahan-lahan kakinya mahu menapak keluar dari bilik air tersebut tetapi Danee lebih pantas. Dia menarik lelaki itu masuk sekali di dalam tab mandi. "Mana nak lari awak, meh saya mandikan awak nak?"
Seram pula Yeonjun mendengar Danee guna 'saya' 'awak' dengannya, seolah-olah ada aura yang menyeramkan bila gadis itu menggunakan panggilan tersebut.
"HUGRAHH TAK NAK, MAMA TOLONG YEONㅡSVUSAKIXJSSBSHGDJIWHDUSIAKAKKAKSKAJSNSBKAJSJO!!" Danee menghalakan shower ke arah muka lelaki dengan arus air yang kuat. Terkekeh-kekeh ketawa Danee kerana berjaya mengenakan semula lelaki itu.
"T-tak gu-guna..." Belum puas lagi, Danee bermain dengan shower, dibuka tutupnya shower tersebut menyebabkan Yeonjun bercakap pun tersekat-sekat disebabkannya. "...pu-nya yeojaa!" Yeonjun terus mengambil shower itu daripada Danee.
"Bak balik!" pinta Danee. Kau fikir Yeonjun nak dengar kata si Danee itu? Memang tidaklah, malah dia simpan shower tersebut jauh daripada Danee. Setelah itu Yeonjun kembali memandang Danee seperti mahu makan gadis itu hidup-hidup sambil bercekak pinggang.
Yang dipandang tiba-tiba berasa gerun dan gugup, air liurnya ditelan dengan perit. Adakah hidupnya bakal berakhir? Adakah dia bakal dibunuh dengan lelaki bernama Choi Yeonjun? Oh tidak, dia sama sekali tidak mahu itu berlaku. Dia lebih rela dibunuh oleh orang lain daripada musuh ketatnya.
"A-apa pandang-pandang? Kau yang mulakan dulu tau. Jangan nak salahkan aku pulak" balas Danee yang cuba beranikan diri untuk bersuara serta jelingan dia berikan kepada lelaki itu.
"Ish sini kau..geram pula aku tengok perangai kau ni," ditariknya gadis itu ke arahnya secara mengejut menyebabkan Danee menjerit terkejut. "OII APA NI MAIN-MAIN TARIK-TARIK. LEPAS LEPAS LEPAS LEPAS!!"
Meronta-ronta Danee minta untuk dilepaskan sehingga dia tidak sedar posisi dia sekarang ni berada di atas badan Yeonjun. Disebabkan dia merotan kuat tadi dia terdorong Yeonjun ke belakang, mujur kepala lelaki itu tidak mengenai bahagian tab mandi kalau tidak tadi sudah berbenjol kepala si Yeonjun itu dia buat.
Pada mulanya tujuan dia tarik Danee sebab mahu headlock kepala gadis itu tapi sekarang lain pula jadinya dan tanpa dia sedar pegangannya pada pergelangan Danee tadi dilepaskan. Dia baru perasan sesuatu dan matanya terkelip-kelip memandang keadaan gadis itu yang sudah basah kuyup.
Matanya meliar-liar memandang Danee dari wajah gadis itu mata, hidung, dan bibir merah milik gadis itu dan saat itu jantungnya mula mengepam dengan laju sehinggakan wajahnya tiba-tiba menjadi merona kemerahan bila melihat baju Danee yang basah menampakkan baju dalam gadis itu, sudahlah Danee guna baju putih memang nampak warna apa baju dalam gadis itu pakai. Ini kalau dia tegur, mau malu sebulan Danee.
"Ha tengok ni dah merah dah gara-gara kauㅡ" Baru saja dia ingin menunjukkan pergelangannya yang merah kerana ditarik kepada Yeonjun terhenti saat dia melihat wajah lelaki itu dan dia baru sadar dia berada di atas lelaki itu.
"Eh?! Kenapa aku atas kau ni?!"
Lantas Danee bangun dengan dirinya sedang mengelabah bagai awak-awak kapal yang dipukul ombak. Entah mana silapnya kakinya tergelincir, maka badan Yeonjun juga yang menjadi mangsa kena hempap.
"Aduh..kau ni badan ja kecik tapi berat ya ampun nak patah pinggang aku kena hempap oi!"
"Suka hati kau ja cakap aku ni berat, kau tu yang dah tua nak salahkan berat orang pulak." Danee dalam keadaan wajahnya tersembam di dada Yeonjun itu pun masih juga mahu bertikam lidah. Beberapa saat kemudian dia terasa pinggang dililit sebuah lengan. Hal itu membuatkan dia mengangkat wajahnya memandang tepat ke arah wajah Yeonjun.
"Kau cuba nak buat apa dekat pinggang aku?" soalnya dengan renung tajam namun beberapa saat itu renung tajamnya itu disertakan dengan wajah merahnya. Tubuhnya ketika itu memang dalam kesejukkan tapi dia masih dapat merasakan bahawa wajahnya itu sedang membahang. Kenapa wajahnya membahang?
Hmm dia terpegang enam roti gardenia milik Yeonjun bila dia cuba untuk bangun dan keluar dari pelukan lelaki itu tambahkan lagi lelaki itu guna kemeja putih makin merona merahlah wajah si Danee itu.
Mata Yeonjun yang tadi melekat memandang wajah Danee berubah arah ke tangan Danee yang memandang bahagian perutnya, dipandangnya wajah Danee lagi dengan silir berganti-ganti.
"S-sorry t-tak sengaja terpeㅡ" Danee tidak dapat meneruskan percakapannya apabila telapak tangan besar hinggap di kedua-dua pipinya menyebabkan iris Danee bertembung dengan iris kepunyaan Yeonjun. Kemudian itu dia merasakan wajahnya ditarik perlahan ke arah lelaki itu. Oh no! Takkan Yeonjun nak cium dia lagi!!
Mata gadis itu membutang besar saat menyedarkan apa yang lelaki dihadapannya akan lakukan. Dengan pantas dia mengangkat dirinya, bangun daripada tubuh lelaki itu.
"YAH! Kau nak kiss aku lagi..DASAR BYUNTAE !"
Pap!
Satu tamparan hinggap didada lelaki itu membuatkan dia tersedar akan apa yang baru terjadi tadi.
"Astaga Yeonjun kau ni waras kah tidak? Yang kau nak kiss Danee tu dah kenapa?!! Mana nak letak muka ni AGGRJHHHH," Yeonjun kelihatan seperti sudah hilang akal dalam hatinya setelah menyedari perbuatannya tadi.
Dia lihat semula ke arah Danee yang sudah keluar dari tab mandi sebelum dia dijeling tajam oleh gadis itu. Entah tiba-tiba saja malunya menghilang dan sempat lagi dia menguntum senyuman kecil tanpa Danee lihat.
"Danee.."panggil Yeonjun menyebabkan langkah Danee untuk keluar dari bilik air tersebut terbantut.
"Apa?!"
"Lain kali jangan pakai baju putih, nampak kau punya baju dalam warna merah tu."
Terus Danee melihat pakaiannya yang sudah menjadi lut sinar kerana basah kuyup dan lantas tubuhnya dipeluk menutup bahagian yang tidak sepatutnya seorang lelaki seperti Yeonjun lihat. Kemudian itu dipandangnya Yeonjun semula lalu berkata, "DASAR PABOOOOO AISHHHH!"
Setelah itu dia keluar meninggalkan Yeonjun yang masih berada di dalam tab mandi. Beberapa minit kelibat Danee menghilang, dia tertawa kecil sambil menolak rambutnya yang basah itu ke belakang.
"Mama..jun rasa jun dah jatuh cinta kat musuh sendirilah."
⤜⸙͎۪۫ tbc ⸙͎۪۫⤛
Yang fikir bukan-bukan tu silalah cuci otak anda guna klorox HUHAHHAHAHA
Btw chapter ni macam banyak mengarut ja huagrhhhh entamlah labu
YOU ARE READING
[SU] 𝑼𝒏𝒆𝒙𝒑𝒆𝒄𝒕𝒆𝒅 𝑺𝒐𝒖𝒍𝒎𝒂𝒕𝒆 : 𝑪𝒉𝒐𝒊 𝒀𝒆𝒐𝒏𝒋𝒖𝒏
Fiksi Penggemar" 𝘠𝘢𝘩 𝘧𝘪𝘳𝘴𝘵 𝘬𝘪𝘴𝘴 𝘢𝘬𝘶 ! 𝘚𝘪𝘢-𝘴𝘪𝘢 𝘫𝘢 𝘢𝘬𝘶 𝘴𝘪𝘮𝘱𝘢𝘯 𝘶𝘯𝘵𝘶𝘬 𝘣𝘢𝘬𝘢𝘭 𝘴𝘶𝘢𝘮𝘪 𝘢𝘬𝘶. 𝘒𝘢𝘶 𝘴𝘦𝘯𝘢𝘯𝘨-𝘴𝘦𝘯𝘢𝘯𝘨 𝘤𝘶𝘳𝘪 𝘵𝘦𝘯𝘨𝘬𝘰𝘳𝘢𝘬 𝘣𝘦𝘵𝘶𝘭𝘭𝘢𝘩 𝘬𝘢𝘶 𝘯𝘪 !!! " " 𝘊𝘏𝘖𝘐 𝘠𝘌𝘖𝘕𝘑𝘜𝘕 𝘈𝘒𝘜 𝘉...