⸙͎۪۫ 06 ⸙͎۪۫

168 23 17
                                    

⤜⸙͎۪۫⸙͎۪۫⤛

Sudah seminggu Danee tinggal bersama Yeonjun dan seminggu itu juga rumah yang dihuni Yeonjun yang selama ini sunyi sepi menjadi riuh-rendah dengan kedatangan gadis bermarga Jang itu. Mana tidaknya, sehari kalau tidak bertikam lidah memang tidak lengkap hidup mereka.

Ada satu masa kalau Danee tidak ada mood mahu mengacau Yeonjun, Yeonjun pula yang membuat perangai. Ada saja perkara lelaki itu mahu kenakan dia. Tapi bila Danee pula yang mengusiknya, pandai pula dia naik angin. Last last mereka berperang mulut, masing-masing tidak mahu kalah. Bila puas bergaduh pandai pula Yeonjun datang memujuk Danee. Tak pun Danee yang memujuk Yeonjun, kalau dia buat salah dengan lelaki itu.

"Yeonjun aku bosanlah. Berilah aku masuk kampus balik. Aku rindu kawan-kawan aku, mesti dorang cari aku sekarang ni," pujuk Danee yang memeluk pintu bilik kerja milik Yeonjun. Lelaki itu pula sedang menanda assignment pelajarnya. Sesekali dia memicit-micit dahinya pening dengan sesetengah hasil kerja pelajarnya yang tidak menepati kehendaknya. Ditambah lagi Danee yang tidak habis-habis merengek mahu pergi ke kampus semula makin bertambah peninglah kepalanya itu.

Kehidupan Danee sekarang seperti hidup di dalam gua jikalau tidak berjumpa dengan rakan-rakannya. Sudahlah telefonnya jatuh semasa melarikan diri tempoh hari, nak pinjam telefon Yeonjun..lelaki itu kedekut tidak mahu bagi pinjam. Bukannya mahu buat apa-apa dengan telefon tu cuma mahu menghubungi Jihoon, kawan baiknya dari kecil lagi.

Dia yakin lelaki itu sedang mencarinya. Dia kalau sehari tidak datang ke kampus, lepas habis kelas itu juga Jihoon mencarinya di rumah. Inikan seminggu dia tidak berjumpa dengan lelaki itu.

"Yeonㅡ"

"Tak nampak kah aku tengah buat kerja sekarang!"

Terhinjut bahu Danee mendengar jerkahan daripada Yeonjun. Danee berdecit lalu berkata,"Orang tanya elok-elok ja, tak payahlah jerit-jerit macam tu."

Terus ditutupnya pintu bilik tersebut setelah itu dia mengeluh panjang. Selalunya dia akan balas jerkahan Yeonjun itu tetapi hari ini dia malas mahu bergaduh.

"Danee Danee..tak habis-habis menyusahkan orang. Memang patut pun eomma jual kau kat si botak tu," katanya pada dirinya sendiri dan menuju ke muka pintu keluar.

"Keluar kejap pun tak pa kan? Lagi pun siapa dia nak halang aku keluar. Aku hanya orang luar ja tak penting bagi dia pun."

Danee terus memulas tombol pintu tersebut dan keluar dari apartment Yeonjun. Dia tidak tahu di luar itu masih ada konco-konco lelaki botak tempoh hari sedang mencarinya. Jadi bila-bila masa saja Danee boleh ditangkap semula.

Sebab itulah Yeonjun tidak membenarkan gadis itu masuk ke kampus semula, takut dia diapa-apakan lagi dengan orang jahat itu. Tambah lagi Danee satu kampus dengan Rika, kalau Rika tahu Danee ada datang ke kampus sudah pasti dia memberitahu ibunya. Tapi Danee ni degil mahu juga keluar.

"Nak pergi mana eh?" soalnya seraya masuk ke elevator.

"Rooftop lah! Boleh tengok awan-awan cantik time petang ni," katanya lalu menekan butang lif yang paling atas sekali yang membawanya ke bahagian bumbung.

Sampai saja dia di rooftop, dia terpeson dengan keadaan tempat tersebut yang dihias dengan pokok-pokok dan tambah lagi ada pondok kecil untuk bersantai di situ. Dari segi pemerhatian Danee, rata-rata yang duduk di apartment Yeonjun itu semuanya orang berada tidak hairanlah di atas bumbung itu pun tampak mewah.

"Wahh cantik-cantik, boleh jadi tempat lepak ni," ujar Danee sambil bertepuk tangan. Sejurus itu dia mengorak langkah ke pondok kecil yang ada di situ lalu duduk buaian.

[SU] 𝑼𝒏𝒆𝒙𝒑𝒆𝒄𝒕𝒆𝒅 𝑺𝒐𝒖𝒍𝒎𝒂𝒕𝒆 : 𝑪𝒉𝒐𝒊 𝒀𝒆𝒐𝒏𝒋𝒖𝒏Where stories live. Discover now