⤜⸙͎۪۫⸙͎۪۫⤛
Butang pada remote televisyen ditekannya lalu atu per satu channel TV dibuka tetapi tiada satu pun menarik perhatiannya. Ketika ini dia rasa mahu mati kebosanan, tidak tahu mahu berbuat apa lagi. Kalau Yeonjun ada dia boleh kacau lelaki itu untuk melepaskan kebosanan dia ataupun culik telefon pintar lelaki itu untuk tengok drama atau anime. Tapi sekarang ini Yeonjun sedang berada di kampus.
Sejujurnya dia rindu mahu ke kampus semula, mahu belajar macam biasa, mahu berjumpa dengan kawan baiknya dan dia risau kalau-kalau majikannya pecat dia serta merta disebabkan dia sudah lama tidak masuk kerja.
Danee bekerja separuh masa di sebuah cafe yang berdekatan dengan kampusnya, kalau nak diharapkan mak tiri dia sara dia memang tidaklah jawapannya. Duit saku pun tidak pernah dibagi apatah lagi bayaran yuran pengajian dia mujur dia ada biasiswa dapat jugalah ringankan beban dia. Semuanya dia yang tanggung, mak tirinya itu tidak pernah keluarkan sesen pun untuknya.
Kalau bukan sebab mak tiri dia hancurkan keluarga dia semua takkan jadi macam sekarang. Mungkin dia boleh hidup macam orang lain yang bahagia dengan keluarga yang lengkap. Tapi apa boleh buat, dia nak marah pun tidak guna juga benda sudah terjadi. Dia kena hadap dan teruskan hidupnya yang sebatang kara ini juga.
"Apa aku nak buat ni? Semua kerja aku dah buat. Bosan betullah!!"
Kemas rumah dia dah buat walaupun rumah Yeonjun itu sudah sedia kemas. Cuci pakaian dan sidai pakaian dia pun sudah. Nak masak, bahan-bahan dekat rumah lelaki bernama Choi Yeonjun ini pula habis, yang banyak pun mi segera dengan makanan ringan.
Selepas dia buat semua kerja-kerja itu, dia ke bilik bacaan Yeonjun, sehari suntuk dia berada di situ menghabiskan masa dia dengan membaca tetapi lama-kelamaan dia mula bosan juga. Setelah itu dibuat keputusan untuk keluar dari rumah dan pergi ke rooftop. Pada awalnya dia mahu melihat memandang langit untuk tenangkan fikirannya tapi tiba-tiba saja cuaca menjadi mendung dan air hujan mula membasahi kawasan tersebut.
Danee apa lagi seronoklah dia main hujan pada petang itu. Selepas puas bermain itu lantas dia balik, takut pula terkantoi dengan Yeonjun, dia malas mahu kena bebel dengan lelaki itu sebenarnya dia bukan takut dengan lelaki itu pun cuma tidak mahu telinga dia bernanah dengar ceramah Yeonjun.
"HuAgrahhh nak jumpa Gyuri dengan Kyungjun! Apa lah dorang dua buat sekarang ni. Rindukah tidak dorang berdua kat aku ni hmm.." katanya lalu menyandarkan kepalanya di sofa membuatkan pandangan mendongak ke atas melihat siling. Setelah itu dia pejamkan matanya, cuba untuk melelapkan matanya.
Tit
Tit
Tit
Tit
Tidak lama kemudian dia terdengar seseorang menekan kod lock pintu utama.
"Pakcik tua dah baliklah tu hmm biarlah dia," ucap Danee perlahan. Tiada tanda langusng dia mahu bergerak dan menyapa lelaki yang dia gelar pakcik tua walaupun jarak umur mereka hanya 4 tahun saja, Yeonjun 27 tahun Danee pula 23 tahun. Kalau Yeonjun dengar dia gelar lelaki itu dengan gelaran itu, memang hilang telinga dia kena tarik tak pun kena gigit ha jangan macam-macam dengan Yeonjun.
Derapan kaki lelaki itu menusuk masuk ke corong telinganya sehinggalah bunyi derap kaki itu hilang. Danee berasa pelik bila Yeonjun tidak menyapa atau mencarinya. Selalunya lelaki itu kalau baru pulang dia akan cari Danee kot kot lah Danee lari rumah atau ada sesuatu yang berlaku dekat gadis itu dia juga yang susah.
Danee pun mencelikkan matanya dan serta merta matanya membulat besar bersama jantungnya yang mula berdegup kencang akibat terkejut. Terkejut melihat wajah Yeonjun sedang menunduk memandangnya yang masih kekal dalam posisinya tadi. Dengan secara refleksnya tangan Danee menolak wajah kacak lelaki itu sehingga terdorong ke belakang.
"YAHH dah dua kali kau tolak muka aku yang handsome ni!"
"Engkaulah! Kenapa tiba-tiba buat macam itu?! Terkejut tahu tak!"
Sejak dia tinggal sebumbung dengan musuh abadinya ini, jantungnya asyik terkena renjatan elektrik ja. Mana tidaknya dengan kelakuan Yeonjun yang selamba badak dan kelakuan lelaki itu selalu buat jantungnya rasa mahu terkeluar dari badannya. Kalau berlarutan, silap-silap dia boleh terkena serangan jantung disebabkan lelaki bernama Choi Yeonjun ini.
"dan satu lagi.." niat Yeonjun nak masuk ke biliknya pun terbantut kerana Danee bersuara lagi.
"Ya ampun ku astaga apa lagi budak ni" , dia penat sebenarnya, tenaga dia nak bergaduh dengan Danee dah habis dia guna mengajar tadi tambah lagi menghadap pelbagai ragam pelajarnya.
Danee bingkas bangun dan berdiri menghadap Yeonjun yang jelas-jelas malas mahu melayan kerenah tetapi terpaksa dilayankan juga. Lalu dia bercekak pinggang sambil menatap Yeonjun dengan tidak puas hati.
"Kau..lain kali lepas habis mandi tu pakailah pakaian dulu ini tidak terus tercongok depan TV dengan berkembam! Boleh tercemar mata suci aku tengok tahu tak!"
"Lepas tu, kalau bangun tidur tu astaga pakai lah seluar dengan baju bila keluar dari bilik! Yang kau keluar dengan berboxer ja tu dah kenapa?! Hilang selera aku nak breakfast tengok penampilan kau." Hari kedua dia tinggal dengan Yeonjun, tak pasal-pasal dia tercekik air kopi bila tengok Yeonjun keluar dari bilik hanya guna boxer ja. Mana tidaknya dia terkena kejutan budaya, dia sudah terbiasa tinggal bersama perempuan. Dulu bila ayahnya masih ada pun tidak pernah lagi ayahnya bersikap sedemikian.
"Satu lagi, boleh tak kau jangan tiba-tiba muncul, kau tau tak boleh sakit jantung bila tiap tengok kau tiba-tiba ada kat sebelah aku!"
Terkelip-kelip mata Yeonjun memandang Danee setelah mendengar kata-kata gadis itu. Tidak lama kemudian Yeonjun menghamburkan gelak tawanya mengetawakan Danee. Entah apa yang lawaknya pun Danee tak tahu, yang dia tahu sekarang ini adalah dia nak cepuk kepala lelaki dihadapannya itu. Orang tengah serius dia boleh pula tergelak, buat sakit hati Danee ja.
"Aku ingatkan apa lah ni," kata Yeonjun sambil ketawa. Danee apa lagi panaslah hatinya bila lelaki itu tidak berhenti mengetawakannya dan kemudiannya itu dengan perasaan geramnya, dia pijak kaki Yeonjun untuk beberapa kali dengan sekuat hatinya. Serta merta tawa Yeonjun berganti dengan jeritan menahan sakit.
"SAKIT BODO!" Terjengket-jengket Yeonjun berdiri dengan sebelah kaki, sebelah lagi dia diangkat dan dipegang kerana kesakitan, briefcase yang dia jinjing tadi dibiarkan jatuhkan di lantai. Jangan macam-macam dengan Danee, walaupun dia kecik tapi berbisa.
Danee menjelirkan lidahnya dan senyum puas melihat lelaki itu sedang kesakitan.
"Ops sorry sengaja," ujar sinis Danee mengundang rasa geram dalam diri Yeonjun. Dengan itu lelaki itu terus menarik lengan Danee menyebabkan gadis itu berpaling padanya. Kemudian itu pinggang ramping itu dipeluknya mendekati dirinya. Renungan tajam miliknya menusuk ke anak mata Danee membuatnya berasa gerun dengan lelaki itu.
"Seronok kenakan orang?" Merinding bulu roma Danee setelah mendengar suara lelaki itu bila dalam keadaan yang serius.
"Now, I am going to make you pay for what you have done to me." Entah menapa tiba-tiba telinga dia dengar suara lelaki itu menggoda, jadi makin gugup dan takut pula dia. Lalu dia cuba melepaskan diri dari pelukan Yeonjun tetapi gagal apabila Yeonjun bertindak mengangkatnya.
"Oi! Kau nak buat apa hah! Lepaslah siyal!!"
Bentakkan gadis itu tidak diendahkannya, terus dibawanya tubuh kecil itu ke biliknya.
⤜⸙͎۪۫ tbc ⸙͎۪۫⤛
Apa Yeonjun nak buat dekat Danee sampai dibawa masuk ke bilikn? Korg tunggu ja lh next chapter nanti hehehe 🌚
YOU ARE READING
[SU] 𝑼𝒏𝒆𝒙𝒑𝒆𝒄𝒕𝒆𝒅 𝑺𝒐𝒖𝒍𝒎𝒂𝒕𝒆 : 𝑪𝒉𝒐𝒊 𝒀𝒆𝒐𝒏𝒋𝒖𝒏
Fanfiction" 𝘠𝘢𝘩 𝘧𝘪𝘳𝘴𝘵 𝘬𝘪𝘴𝘴 𝘢𝘬𝘶 ! 𝘚𝘪𝘢-𝘴𝘪𝘢 𝘫𝘢 𝘢𝘬𝘶 𝘴𝘪𝘮𝘱𝘢𝘯 𝘶𝘯𝘵𝘶𝘬 𝘣𝘢𝘬𝘢𝘭 𝘴𝘶𝘢𝘮𝘪 𝘢𝘬𝘶. 𝘒𝘢𝘶 𝘴𝘦𝘯𝘢𝘯𝘨-𝘴𝘦𝘯𝘢𝘯𝘨 𝘤𝘶𝘳𝘪 𝘵𝘦𝘯𝘨𝘬𝘰𝘳𝘢𝘬 𝘣𝘦𝘵𝘶𝘭𝘭𝘢𝘩 𝘬𝘢𝘶 𝘯𝘪 !!! " " 𝘊𝘏𝘖𝘐 𝘠𝘌𝘖𝘕𝘑𝘜𝘕 𝘈𝘒𝘜 𝘉...