⤜⸙͎۪۫⸙͎۪۫⤛
Pada pagi ini Yeonjun tidak datang kerja kerana minggu ini adalah minggu ulang kaji jadi semua pelajar dikehendaki untuk belajar sendiri di dorm mahupun di tempat yang seusai. Petang nanti baru Yeonjun masuk kerja, katanya mahu menguruskan sesuatu tugas di kampus.
Ketika ini dia berada di dapur, duduk dia meja islandnya. Matanya tidak lari dari memandang skrin laptop dengan penuh teliti sambil jari jemarinya sibuk menekan keyboard laptop tersebut. Menaip segala apa yang keluar dari buah fikirannya. Sedang dia khusyuk menaip, kehadiran Danee mengalihkan perhatiannya daripada laptop kepada gadis itu. Tiap tindak tanduk Danee itu diperhatikan.
Nampaknya gadis itu baru saja bangun tidur, mata itu pun masih mamai lagi dengan baju tidurnya berwana pink petak-petak. Peti ais dibukanya lalu mengambil air mineral, setelah itu cawan yang terletak di atas almari kabinet dicapainya dan menuangkan air tersebut.
"Pagi-pagi tak baik minum air sejuk kang makin buncit perut baru tau." Terbatal niat Danee ingin meneguk air itu bila tiba-tiba mendengar suara Yeonjun menyapa corong telinganya. Cawan yang dipegangnya tadi, diletakkan di atas meja kabinet tersebut. Kemudian itu dia memusingkan badannya menghadap Yeonjun sambil menyilangkan tangannya ke dada. Nafasnya ditarik sedalam yang mungkin sebelum dihembuskan secara perlahan-lahan.
"Menurut kajian daripada seorang ahli diet berdaftar di Klinik Cleveland, Lindsay Malone mendapati bahawa orang yang minum air sejuk pada waktu pagi akan mengalami peningkatan metabolisme tubuh sebanyak 30 peratus. Ini bermakna, tubuh dapat membakar 100 kalori tambahan jika seseorang itu minum setengah liter air sejuk secara rutin setiap hari."
Maka itu Danee seorang pelajar dekan di universitinya itu pun berhujah, mengeluarkan fakta-fakta yang dia tahu berdasarkan aktiviti pembacaannya.
"Jadi kesimpulannya, minum air berais bukan penyebab perut jadi buncit. Itu hanya mitos semata-mata! Penyebab perut kita buncit sebab permakanan kita tak seimbang dan gaya hidup seseorang itu kurang aktif maksudnya kurang bersukan, kurang bersenam."
Danee dipandangnya dengan tatapan yang menyampah. Sungguh dia tidak mahu kalah dengan gadis di hadapannya ini. Dia sudah mengagak gadis itu bakal berhujah dan dulu pun selalu juga mereka berdua berdebat sewaktu kelas. Kadang-kadang dia yang menang dan ada kala itu Danee yang dapat kalahkan fakta-fakta yang dilontarkannya. Sebaik saja dia mahu membuka mulutnya untuk menentang apa yang dikatakan Danee tadi gadis itu memintas percakapannya.
"Oh lupa satu lagi, ada beberapa kajian menunjukkan bahawa minum air sejuk apabila bersenam dapat meningkatkan daya tahan seseorang. Sebagai contoh, berdasarkan kajian yang dilakukan pada tahun 2012 yang melibatkan 45 lelaki mendapati bahawa minum air sejuk ketika bersenam secara signifikan mengurangkan kenaikan suhu tubuh berbanding pengambilan air dalam suhu normal iaitu sekitar 16 darjah celcius..."
"Aishh betul-betul buat aku rasa menjengkelkan lah dia ni...." katanya kepada diri sendiri dan kata-katanya itu tidak didengari Danee kerana sibuk mengeluarkan faktanya sambil berjalan ke hulur ke hilir di depan Yeonjun serta memandang ke atas kerana dia sedang cuba untuk mengingati apa yang dia pernah baca.
"...dan kajian lain juga menyatakan bahawa minum air berais adalah lebih baik untuk prestasi memgayuh berbanding air pada suhu neutral dan kesimpulan yang dibuat dalam penyelidikan itu menunjukkan bahawa atlet mencapai prestasi lebih baik ketika minum minuman berais perasa mentol. Kajian ini dilakukan pada tahun 2014 ke atas prestasi 12 atlet lelaki berbasikal dalam ikilm tropika kalau Dr tau lah."
"Ada sebarang bantahan wahai Dr Choi Yeonjun?" Baru lah dia memandang Yeonjun semula. Yeonjun pula sedang kembali sibuk menaip kerja yang tergendala disebabkan dia berhujah tadi. Gadis itu mengetap bibir, membazir air liur dia bercakap tadi. Tengok-tengok tidak didengari oleh lelaki itu
YOU ARE READING
[SU] 𝑼𝒏𝒆𝒙𝒑𝒆𝒄𝒕𝒆𝒅 𝑺𝒐𝒖𝒍𝒎𝒂𝒕𝒆 : 𝑪𝒉𝒐𝒊 𝒀𝒆𝒐𝒏𝒋𝒖𝒏
Fanfic" 𝘠𝘢𝘩 𝘧𝘪𝘳𝘴𝘵 𝘬𝘪𝘴𝘴 𝘢𝘬𝘶 ! 𝘚𝘪𝘢-𝘴𝘪𝘢 𝘫𝘢 𝘢𝘬𝘶 𝘴𝘪𝘮𝘱𝘢𝘯 𝘶𝘯𝘵𝘶𝘬 𝘣𝘢𝘬𝘢𝘭 𝘴𝘶𝘢𝘮𝘪 𝘢𝘬𝘶. 𝘒𝘢𝘶 𝘴𝘦𝘯𝘢𝘯𝘨-𝘴𝘦𝘯𝘢𝘯𝘨 𝘤𝘶𝘳𝘪 𝘵𝘦𝘯𝘨𝘬𝘰𝘳𝘢𝘬 𝘣𝘦𝘵𝘶𝘭𝘭𝘢𝘩 𝘬𝘢𝘶 𝘯𝘪 !!! " " 𝘊𝘏𝘖𝘐 𝘠𝘌𝘖𝘕𝘑𝘜𝘕 𝘈𝘒𝘜 𝘉...