⤜⸙͎۪۫⸙͎۪۫⤛
"Wahai Dr Choi Yeonjun...bila lagi nak habis ni? Dah banyak sangat ni woih!"
Sudah leguh kakinya mengikut Yeonjun shopping barang-barang kepunyaan. Kalau lelaki itu belanjanya dua tiga empat pasang pakaian tidak apalah ini sudah berbeg beg shopping bersusun ditangannya! Dia mahu shopping pakaian atau shopping satu mall?
Danee bukan apa dia tidak mahu lelaki itu membazirkan duit untuknya. Dia bukan siapa-siapa pun bagi lelaki itu tetapi kenapa sampai banyak sekali dia belikan barang untuknya. Kalau dia ini saudara mara lelaki itu logik lah, ini dia hanya orang luar yang lelaki itu tolong daripada kena jual saja.
Boleh saja Yeonjun tinggalkan dia di tepi jalan selepas menolongnya semalam tetapi lelaki itu berkeras mahu menyuruhnya masuk ke dalam kereta. Eh tup tup dia bawanya ke rumah lelaki itu.
Yeonjun tak sampai hati berbuat sebegitu pada Danee. Walaupun dia dengan Danee asyik bergaduh dan bermusuhan itu tidak bermakna menghalang dia untuk tidak menolong gadis malang itu. Dia bukan kejam sangat pun, dia masih berhati perut bukan macam Puan Ji itu langsung tidak ambil kesah tentang Danee malah dijualnya anak orang.
"Sabarlah sikit kau ni."
"Sabar sabar dari tadi sabar. Masalahnya sekarang ni banyaklah membazir duit kau ja."
Cukup. Dia tidak mahu terhutang budi lagi dengn lelaki ini. Yeonjun sudah menolongnya pun dia sudah bersyukur.
Tangannya yang sibuk mencari baju yang sesuai untuk Danee tadi terhenti lalu dia menoleh ke arah Danee. Selepas itu dia menurunkan badannya untuk menyamai ketinggian gadis yang tidak habis mengomel dari tadi. Lalu didekatkan wajah dengan wajah gadis itu.
"Aku yang nak belanja kau. Suka hati akulah nak buat apa, duit aku kan."
"Tapi Yeonㅡ"
"Kau buka lagi mulut kau, aku cium kau kat sini. Kalau aku dah cakap aku akan buat Danee."
Terus terkunci mulut gadis itu lepas Yeonjun mengugutnya sebegitu. Setelah itu baru Yeonjun menjauhkan dirinya dari Danee dan kembali memilih pakaian untuk gadis itu.
Mulutnya yang dikemam tadi kerana takut dicium Yeonjun bertukar menjadi mulut itik dengan wajahnya dimasamkan. Dalam hatinya itu pasti sedang mengomeli Yeonjun cuma tidak terkeluar saja kata-kata omelannya.
"Okay jom, kita gi beli pakaian dalam kau."
Membutang mata Danee. Boleh pula dia cakap kuat-kuat tanpa melihat orang sekeliling. Buat malu dia saja, agaknya urat malu si Yeonjun itu putus mungkin. Itu yang tidak tahu malu langsung.
Sebelum Yeonjun sampai ke bahagian pakaian dalam perempuan, baik dia hentikan lelaki itu.
"Ehh, biar aku ja yang pergi kau pergi kat tempat lain."
"Asal? Malu eh?"
"Engkau tu yang beria sangat nak ke bahagia pakaian dalam tu buat apa? Mata tu dah gatal sangat kah tengok pakaian dalam perempuan."
"Sekurang-kurangnya kalau aku pergi, mana tau nanti aku boleh belikan untuk future wife aku." Terpinga-pinga Danee mendengar jawapan lelaki di hadapan dia ini. Ada saja mahu dia jawab!
Setelah itu Yeonjun meneruskan perjalanannya ke bahagian pakaian dalam. Memang sah urat malu lelaki itu putus! Yeonjun selamba saja masuk lepas itu Danee siap dia tanya lagi size apa.
"Ya Tuhan kau berikanlah aku kesabaran yang tinggi untuk menghadap perangai gila lelaki ini," kata Danee seorang diri sebelum dia menghampiri Yeonjun.
Pekerja yang menjaga bahagian pakaian di situ tersengih melihat telatah mereka berdua. Si lelaki tanpa dengan silu memilih pakaian dalam untuk si perempuan yang sudah merah padam wajahnya. Sudah pasti pekerja itu fikir mereka berdua adalah pasangan suami isteri.
⤜⸙͎۪۫ tbc ⸙͎۪۫⤛
YOU ARE READING
[SU] 𝑼𝒏𝒆𝒙𝒑𝒆𝒄𝒕𝒆𝒅 𝑺𝒐𝒖𝒍𝒎𝒂𝒕𝒆 : 𝑪𝒉𝒐𝒊 𝒀𝒆𝒐𝒏𝒋𝒖𝒏
Fanfic" 𝘠𝘢𝘩 𝘧𝘪𝘳𝘴𝘵 𝘬𝘪𝘴𝘴 𝘢𝘬𝘶 ! 𝘚𝘪𝘢-𝘴𝘪𝘢 𝘫𝘢 𝘢𝘬𝘶 𝘴𝘪𝘮𝘱𝘢𝘯 𝘶𝘯𝘵𝘶𝘬 𝘣𝘢𝘬𝘢𝘭 𝘴𝘶𝘢𝘮𝘪 𝘢𝘬𝘶. 𝘒𝘢𝘶 𝘴𝘦𝘯𝘢𝘯𝘨-𝘴𝘦𝘯𝘢𝘯𝘨 𝘤𝘶𝘳𝘪 𝘵𝘦𝘯𝘨𝘬𝘰𝘳𝘢𝘬 𝘣𝘦𝘵𝘶𝘭𝘭𝘢𝘩 𝘬𝘢𝘶 𝘯𝘪 !!! " " 𝘊𝘏𝘖𝘐 𝘠𝘌𝘖𝘕𝘑𝘜𝘕 𝘈𝘒𝘜 𝘉...