⤜⸙͎۪۫⸙͎۪۫⤛
Danee terjaga dari tidur lenanya kerana tiba-tiba saja rongga hidungnya mencium sesuatu baru hangit. Bila dia celik matanya, biliknya itu dipenuhi dengan kepulan asap. Dirinya menjadi panik dan segara keluar dari biliknya itu, dan saat itu dia terlihat keadaan rumah tersebut dihancuri dengan api yang sedang marak.
Yeonjun terlintas dalam fikirannya, terus dia mencari lelaki itu dan cuba meredah kawasan yang terbakar.
"Yeonjun! Yah! Kau kat mana?"
Jerit Danee dengan takut. Lalu dia pergi ke ruangan tamu, dalam dia ke arah itu dia hampir lagi tertekan api mujur dia cepat mengelak. Andai saja dia lambat mungkin bahunya akan melecur.
Masuk saja di ruangan tersebut, apa yang dilihat hanya segala barangan di ruangan tersebut telah ditelan api yang marak. Mata mengerling sekeliling, mencari Yeonjun tetapi kelibat lelaki itu langsung tidak kelihatan. Mungkinkah lelaki itu sudah keluar dari rumah itu dan meninggalkannya seorang diri? Tak..Yeonjun tidak akan berbuat sebegitu padanya. Walaupun lelaki itu suka mencari masalah dengan bukan bermakna dia membenci Danee.
Sedang dia cari Yeonjun, dia terdengar suara seperti seorang sedang..
"Eomma tsk appa..tsk tsk jangan tinggalkan jun..jun takut."
menangis?
Danee terus mencari suara tangisan tersebut sehinggalah dia terjumpa satu tubuh sedang duduk memeluk badannya dengan wajah disembamkan pada lulutnya di tepi pintu bilik utama.
"Yeonjun!"
Terus Danee menghampiri lelaki itu. Yeonjun mengangkat wajahnya dan memandang Danee dengan matanya yang merah kerana menangis.
"Eomma appa aku mana? Kenapa dorang tak ada dengan kau? Mana dorang?!" Danee menjadi kebingungan. Sejak bila pula ibu bapa Yeonjun ada dengan dia?
Badan Danee digoncangkan, pertanyaan tadi dia ulang lalu Danee berkata, "Apa kau merepek ni Yeonjun? Eomma appa kau mana ada kat sini?"
Lelaki itu menggelengkan kepala, tidak percaya dengan apa yang dikatakan Danee. "Tak! Dorang ada tadi aku tengok. Dorang kena hempap dengan kayu almari dekat situ!"
Selepas berkata sedemikian jari telunjuk menunju satu arah, lalu mata Danee mengekori jari telunjuk lelaki itu sambil memalingkan muka ke belakang dan serta merta matanya terbutang besar saat melihat dua tubuh manusia sedang terbaring dalam dikelilingi api yang besar.
Apa yang Danee rasa pelik, bila dia melihat sekeliling ruangan tersebut. Iyanya bukan lagi ruangan tamu apartment milik Yeonjun, tetapi rumah banglo dua tingkat yang besar tetapi hangus ditelan api.
"Eomma!" tiba-tiba Yeonjun menjerit, mengalihkan tumpuan Danee yang tadinya kebingungan dengan tempat tersebut, kini matanya tertumpu pada seorang wanita dalam lingkungan umur mamanya. Wanita itu terbaring dengan kedua kakinya dihempap alarmi besar. Manakalah seorang lagi, mungkin itu ayah kepada Yeonjun. Lelaki itu terbaring disebelah isterinya, dalam keadaan tidak sedarkan diri.
"Junnie...keluar dari sini. Selamatkan diri kamu."
"Tak nak junnie tak nak tinggalkan eomma dengan appa!" Seorang budak kecil cuba untuk mendekati wanita itu tetapi dihalang.
"J-jngan m-macam tu sayang..nyawa kamu lebih penting dan berharga buat eomma. Cepat keluar dari sini, bahaya jebal Yeonjun-na," rayu wanita itu tanpa ia sedar dia menitiskan air matanya.
Danee yang melihat keadaan itu cuba untuk menyelamatkan budak kecil itu. Namun itu bila dia cuba untuk menyentuh anak kecil itu apa yang dia sentuh hanya lah angin. Dia tak boleh menyentuh anak kecil itu malah dirinha seperti tidak wujud di mata budak tersebut. Perasaan panik mula menyerang kerana takut terjadi apa-apa pasa budak kecil itu. Jadi, dia kembali menoleh Yeonjun, lelaki itu sedang memeluk tubuh seperti ketakutan. Tidak lama itu, lelaki itu tiba-tiba bingkas bangun lalu berlari ke arah wanita tersebut.
YOU ARE READING
[SU] 𝑼𝒏𝒆𝒙𝒑𝒆𝒄𝒕𝒆𝒅 𝑺𝒐𝒖𝒍𝒎𝒂𝒕𝒆 : 𝑪𝒉𝒐𝒊 𝒀𝒆𝒐𝒏𝒋𝒖𝒏
Фанфик" 𝘠𝘢𝘩 𝘧𝘪𝘳𝘴𝘵 𝘬𝘪𝘴𝘴 𝘢𝘬𝘶 ! 𝘚𝘪𝘢-𝘴𝘪𝘢 𝘫𝘢 𝘢𝘬𝘶 𝘴𝘪𝘮𝘱𝘢𝘯 𝘶𝘯𝘵𝘶𝘬 𝘣𝘢𝘬𝘢𝘭 𝘴𝘶𝘢𝘮𝘪 𝘢𝘬𝘶. 𝘒𝘢𝘶 𝘴𝘦𝘯𝘢𝘯𝘨-𝘴𝘦𝘯𝘢𝘯𝘨 𝘤𝘶𝘳𝘪 𝘵𝘦𝘯𝘨𝘬𝘰𝘳𝘢𝘬 𝘣𝘦𝘵𝘶𝘭𝘭𝘢𝘩 𝘬𝘢𝘶 𝘯𝘪 !!! " " 𝘊𝘏𝘖𝘐 𝘠𝘌𝘖𝘕𝘑𝘜𝘕 𝘈𝘒𝘜 𝘉...