Baca balik chapter 2 ya, bagi yang tak dapat noti chapter tu, aku buat balik sebab terdelete jadi jln ceritanya lain dri yg sebelum ni. Okay tu ja thank you ><
⤜⸙͎۪۫⸙͎۪۫⤛
Danee merenung lelaki yang berada di tempat duduk pemandu, sedang fokus memandu. Entah ke manalah lelaki itu mahu membawanya. Setelah apa yang terjadi, bolehkah dia percaya dengan lelaki ini? Walaupun dia kenal dengan lelaki ini tetapi dia masih ragu-ragu. Kot-kot lelaki ini bersubahat dengan lelaki botak tadi, kan sia-sia saja dia meloloskan diri.
"Aku kacak sangat kah sampai kau tenung aku macam tu?" soalnya sambil memandang Danee sekilas dengan senyuman sinis.
Danee menguling matanya, tanda dia menyampah dengan lelaki itu. Perangai lelaki itu dari dulu sampai sekarang memang tida berubah, asyik buat Danee sakit hati.
"Tch..kacak lagi Lee Dohyun nak dibandingkan dengan kau."
"Eleh, kalau aku tak kacak taklah banyak pelajar perempuan crush kat lecturer yang paling hot ni kat kampus dulu," kata lelaki itu lagi seraya itu Danee mengajuk-ajuk percakapannya.
Geram dengan perlakuan Danee, terus lelaki itu memicit hidung Danee dengan kuat sehinggalah tanganya ditepi oleh kasar oleh gadis yang baru dia selamatkan itu.
"Sakit bodo!"
"Mana hormat kau dekat lecturer kau ni hah?"
"Eh pembetulan BEKAS lecturer ye Dr Choi Yeonjun."
Danee dan Yeonjun memang tidak sebulu, kalau bertemu memang akan ada pertempuran di antara pelajar dengan pensyarah itu. Semua pelajar di kampus itu sudah lali dengan perangai mereka yang boleh disamakan seperti kucing dan anjing.
Nak dijadikan cerita, Yeonjun ini pensyarah baharu di kampus Danee. Pada hari pertama dia mengajar, Danee tidak tersengaja tertumpahkan coffee di atas baju Yeonjun dan dalam masa yang sama, saat itu Yeonjun sedang berang dengan seseorang jadi dia terbawa marahnya itu dan dia termarah Danee di khalayak ramai. Danee apalagi dituangnya sisa coffee itu di baju Yeonjun yang sudah kotor. Paling buat Danee tidak berpuas hati apabila dia mendapat tahu yang Yeonjun ada mengajarnya salah satu subject yang dia ambil.
Dalam kesempatan itu, Yeonjun banyak mengenakan Danee. Beri gadis itu banyak tugasan, marah gadis itu kerana salah beri jawapan untuk soalan yang dia beri walaupun jawapan Danee itu betul, dia tetap kata ianya salah. Dari situ Danee mendapat tahu yang lelaki itu sengaja mencari salahnya.
Hanya beberapa bulan saja Yeonjun mengajar di kampus Danee kerana dia ditukarkan ke kampus lain atas sebab kampus tersebut kekurangan tenaga pengajar. Saat itu Danee lah orang yang paling terbahagia di dunia setelah mendapat tahu berita itu.
Tetapi sekarang mereka berjumpa lagi. Tidak dapat Danee mengelakkan dirinya daripada Yeonjun. Dia sudah terhutang budi dengan musuhnya sendiri. Kalau bukan sebab lelaki itu mungkin sekarang ini dia akan jadi pelayan nafsu manusia-manusia di kelab lelaki botak tadi.
"Doktor.." panggil Danee.
"Apa? Rindu nak gaduh dengan aku kah?"
"Ishh dia ni, orang tengah serius ni kan!"
Yeonjun tertawa kecil, suka sangat mengusik BEKAS anak muridnya itu. Danee pula terus memandang ke jendela kereta, malas mahu bercakap dengan Yeonjun. Tak da mood terus.
"Hah cakap lah apa dia?"
"Tak jadi. Tak ada mood," katanya lalu menyilangkan tangannya di dada sambil memuncungkan bibirnya seperti itik. Dia cuma ucap terima kasih dengan Yeonjun sebab selamatkan dia, itu ja yang dia mahu sampaikan.
"Pulak dah. Perempuan memang cam ni eh? Sikit-sikit tak ada mood. Pas tu cepat koyak."
Danee mengetap giginya, geram pula dia dengan lelaki di sebelahnya itu. Kalau bukan sebab Yeonjun tengah memandu sekarang ini sudah lama dia tumbuk pipi lelaki itu.
"Sabar Dan sabar.. Kang kau tumbuk dia sekarang ni naya kau mati kemalangan."
Yeonjun menjeling sedikit melihat Danee yang sedang diam membisu. Dia ingatkan Danee akan balas apa yang dikatakan tadi rupanya tidak. Sudah disapuk hantu kah gadis ni?
Kerana tidak mahu suasana di dalam kereta itu sunyi sepi, Yeonjun berdehem untuk menarik perhatian Danee. Namun tidak langsung respon diberikan oleh gadis itu, masih kekal membisu. Lagi sekali Yeonjun berdehem dengan agak kuat.
"Doktor nak apa?"
Yeonjun tersenyum puas setelah Danee bersuara.
"Kalau kau tak kesah lah. Aku nak tanya kenapa lelaki-lelaki badan besar tadi kejar kau?"
"Mak tiri aku jual aku kat bapak ayam," straight to the point Danee menjawab soalannya yang mengundang reaksi terkejut di wajah Yeonjun.
Hening seketika suasana di antara mereka berdua, Yeonjun tidak tahu mahu membalas apa lagi. Dalam otaknya itu bermacam-macam soalan tetapi dia tidak mahi menanyakannya kepada Danee. Takut gadis itu tidak selesa dengan pertanyaannya.
"Kita lapor polis pasal ni nak?"
"Tak nak, aku tak nak besarkan masalah."
"Tak boleh macam tu Danee, kalau lelaki tadi masih cari kau macam mana?"
"Tak nak..aku tak nak..tsk..tsk..kenapa eomma sanggup buat macam ni kat aku? Tak cukup harta papa tinggalkan, dia nak jual aku pula."
Teresak-esak Danee menangis sambil kakinya dinaikkan ke atas lalu memeluk lulutnya dan menangis sepuas hati. Sejurus itu Yeonjun memberhentikan keretanya di tepi.
Dia tidak tahu mahu merespon apa yang diluahkan gadis di hadapannya ini. Tangannya dia angkat lalu diletak di atas kepala Danee dan dia mula menyapu lembut rambut Danee. Hanya itu yang dia mampu buat untuk menenangkan gadis itu.
⤜⸙͎۪۫ tbc ⸙͎۪۫⤛
YOU ARE READING
[SU] 𝑼𝒏𝒆𝒙𝒑𝒆𝒄𝒕𝒆𝒅 𝑺𝒐𝒖𝒍𝒎𝒂𝒕𝒆 : 𝑪𝒉𝒐𝒊 𝒀𝒆𝒐𝒏𝒋𝒖𝒏
Фанфик" 𝘠𝘢𝘩 𝘧𝘪𝘳𝘴𝘵 𝘬𝘪𝘴𝘴 𝘢𝘬𝘶 ! 𝘚𝘪𝘢-𝘴𝘪𝘢 𝘫𝘢 𝘢𝘬𝘶 𝘴𝘪𝘮𝘱𝘢𝘯 𝘶𝘯𝘵𝘶𝘬 𝘣𝘢𝘬𝘢𝘭 𝘴𝘶𝘢𝘮𝘪 𝘢𝘬𝘶. 𝘒𝘢𝘶 𝘴𝘦𝘯𝘢𝘯𝘨-𝘴𝘦𝘯𝘢𝘯𝘨 𝘤𝘶𝘳𝘪 𝘵𝘦𝘯𝘨𝘬𝘰𝘳𝘢𝘬 𝘣𝘦𝘵𝘶𝘭𝘭𝘢𝘩 𝘬𝘢𝘶 𝘯𝘪 !!! " " 𝘊𝘏𝘖𝘐 𝘠𝘌𝘖𝘕𝘑𝘜𝘕 𝘈𝘒𝘜 𝘉...