"AWAK duduklah dekat sini. Saya takut awak tak selesa duduk dengan kawan-kawan saya."
Kepala dijatuhkan. Qaseh pun tak nak duduk bersama kawan-kawan lelaki itu. Kening dikerutkan apabila Affan berikan dia telefon dan dompet.
"Tolong pegang harta saya ni, boleh?" pinta Affan seraya mengusap belakang leher. Saja dia berbuat begitu. Tak tahu benda apa yang rasuk dia. Padahal boleh saja dia minta tolong dengan kawan-kawannya yang lain.
Argh, Affan sengaja cari perhatian Qaseh.
Tak berfikir panjang, Qaseh menyambut huluran itu sebelum menyerahkan beg silang yang berisi baju futsal lelaki itu.
Sekali lagi, Affan merasakan dirinya mengada. Sengaja menyuruh gadis itu untuk membawa beg bajunya. Gadis itu hanya menurut tanpa mengeluarkan sebarang bantahan.
"Thanks. Saya nak tukar baju dulu. Awak duduk sini, ya."
Melihat Qaseh menjatuhkan kepala, Affan beredar dengan bibir mengulum senyuman lebar sehingga menampakkan gigi. Gila! Nampaknya seorang Arden Affan sudah menjadi gila.
Saat figura Affan hilang di sebalik dinding, Qaseh keluarkan sesuatu dari dalam totebag miliknya. Sebuah novel melayu.
Kalau dia tak ada buat apa atau bosan, Qaseh akan luangkan masanya sedikit untuk membaca novel. Baginya, membaca novel dapat menambah ilmu pengetahuan.
Dalam fokus membaca sebuah novel, terdapat pengajaran dalam askara yang penulis itu tuliskan.
Qaseh teringat qoutes yang pernah dia baca.
Tulisan kita akan sentiasa hidup meski kita telah mati.
Baru saja hendak menyelak ke muka surat pertama, ada suara yang menegur. Kepala didongakkan dengan pantas.
Kelihatan seorang gadis berdiri di hadapannya. Qaseh tak rasa yang dia kenal gadis itu. Gadis itu tersenyum ke arahnya.
"Assalamualaikum, awak seorang je? Saya nak duduk boleh?"
Qaseh berganjak ke tepi sikit. Memberikan ruang kepada gadis itu. Salam dijawab di dalam hati.
"Awak tak jawab lagi salam dan soalan saya," kata gadis itu sebelum tersenyum lebar.
Qaseh tak tahu nak jawab macam mana. Bagi dia, gadis itu sangat peramah. Buatkan dia jadi tak selesa. Pandangan matanya dialihkan ke tempat menjadi laluan Affan tadi.
"Errr, sorry kalau saya buat awak tak selesa. Saya cuma nak berkawan saja."
Mata menatap gadis itu semula. Muncul perasaan kasihan terhadap gadis itu. Nafas ditarik dalam sebelum dihembus perlahan.
"Saya, Qaseh Awliya. Panggil Qaseh je. Awak?" Dia mulakan perbualan di antara mereka. Rasa bersalah menyelubungi hati apabila melihat wajah sedih gadis itu.
"Arissa Nadia. Orang selalu panggil Nadia."
Mereka berbalas senyuman. Qaseh masukkan novel tadi ke dalam beg. Rasa tak elok kalau dia membaca sedangkan ada gadis yang ingin berborak dengan dia.
"Awak datang dengan siapa?" soal gadis bernama Nadia itu. Dari tadi dia perhatikan Qaseh. Gadis itu datang bersama dengan seorang lelaki.
Ingin Qaseh membalas tapi terhalang kerana melihat Affan yang keluar dari bilik persalinan. Hampir terkunci seluruh tubuhnya melihat lelaki itu. Matanya disapa dengan sesuatu yang indah.
Kelihatan Affan berlari kecil menuju ke tengah gelanggang futsal. Dengan bandana yang terletak kemas di kepala. Rambut lelaki itu terjuntai mencecah dahi.
YOU ARE READING
SEPARUH NYAWAKU PERGI - OG
RomanceKnown as: Cinta Bukan Paksaan "Boleh jadi Allah ambil sesuatu yang istimewa dalam hidup kamu kerana Dia cemburu. Hamba-Nya sudah terlalu jauh." Start: December 2022 End: