BEG silang yang berada di belakang pintu, Qaseh capai. Disilangkan ke bahunya. Dengan langkah yang lemah, dia keluar daripada bilik.
Kaki menuruni tangga seraya tisu ditekapkan ke hidung. Dia paling tak suka bila demam. Hingus asyik nak mengalir saja.
Tapi umi kata, demam itu boleh jadi satu punca untuk Allah SWT hapuskan dosa-dosa kecil.
"Lah, ni nak pergi mana? Kan Qaseh tak sihat tu. Duduk rumah jelah," bicara Puan Khadijah yang duduk di ruang tamu. Risau dia melihat keadaan anak gadisnya itu.
Qaseh tersenyum tipis. Dia duduk di sofa yang bertentangan dengan uminya. Tak boleh duduk dekat-dekat sebab Hawa ada. Takut merebak pula penyakit dia dekat si kecil.
"Kawan Qaseh yang nama Nadia tu, dia nak Qaseh temankan pergi mall. Dia cakap ada nak beli barang."
"Lagipun Qaseh nak pergi klinik terus. Takut melarat pula demam ni. Nanti kasihan umi dengan Hawa kena sekali," sambung Qaseh lagi.
Dia dapat anggukan dari sang ibu. Satu hal lagi jika demamnya merebak dekat orang lain. Terutamanya si budak kecil itu.
Terdengar bunyi hon kereta. Mesti Dania sudah sampai. Laju juga gadis itu memandu.
"Kawan Qaseh dah sampai. Umi ada nak pesan apa-apa?"
"Rasanya tak ada. Kalau ada pun nanti umi call Qaseh. Ni cukup tak duit untuk pergi klinik?"
"Insya-Allah, cukup umi. Okeylah, Qaseh pergi dulu. Assalamualaikum," ucapnya sebelum berlalu menuju ke luar rumah.
Di luar pagar, Qaseh dapat lihat kereta berwarna kelabu milik Nadia. Dia menghampiri dengan senyuman yang terpahat di bibir.
Sudah lama mereka tidak bertemu.
"Assalamualaikum, maaf buat awak menunggu lama."
"Waalaikumussalam, eh tak ada apalah. Saya baru je sampai."
Nadia hidupkan enjin. Dan-dan kereta itu dipandu sehingga keluar dari kawasan rumah Qaseh. Radio dibuka sebagai peneman bagi perjalanan mereka.
"Nanti nak pergi mall atau klinik dulu?" tanya Nadia dengan memandang gadis di sebelahnya itu.
Diam. Qaseh masih berfikir sama ada nak pergi mall atau klinik. Erm, mungkin mereka patut pergi ke klinik dulu.
"Kita pergi klinik dululah. Saya takut ramai pula dekat klinik tu kalau kita datang waktu tengah hari atau petang."
Nadia berikan anggukkan. Tak semena-mena bibir mengukirkan senyuman nakal. Rasanya sudah lama dia tak mengusik Qaseh. Agak-agak... gadis itu ada tenaga tak untuk balas usikan dia?
"Qaseh, awak pernah dengar tak... orang dulu-dulu pernah kata kalau kita demam tandanya ada orang yang sedang rindukan kita. Jadi, awak ni... ada orang rindulah, kan?"
Tersentak Qaseh jadinya. Betul ke?! Umi dia tak ada cakap pun. Lagi satu, siapa yang sedang rindukan dia? Syafit? Tak ada maknanya lelaki itu merindukan dia. Sebab esok Syafit sudah boleh keluar dari hospital.
Dipandang Nadia yang tersenyum-senyum itu. Haih dalam keadaan demam macam ni, Nadia boleh bagi dia sakit kepala. Mata dipejamkan sebelum batang hidungnya diurut perlahan.
"Siapalah yang nak rindukan saya ni? Nak kata cantik, tak. Nak kata ada pakwe, tak ada juga."
"Eh awak tu cantik ya. Tak payah nak nafikan. Kalau gambar awak digunakan sebagai iklan untuk cari jodoh, rasanya beratur kaum Adam datang tau. Dan lagi satu, betul ke tak ada pakwe ni? Elele, ingat saya tak tahu ke yang awak tu ada pakwe. Waktu kita pertama kali jumpa dekat futsal hari tu, awak datang dan balik dengan pakwe awak, kan. Saya ingat," kata Nadia dengan memintas bicara kawannya itu. Heh, Qaseh ingat dia lupa?!
YOU ARE READING
SEPARUH NYAWAKU PERGI - OG
RomanceKnown as: Cinta Bukan Paksaan "Boleh jadi Allah ambil sesuatu yang istimewa dalam hidup kamu kerana Dia cemburu. Hamba-Nya sudah terlalu jauh." Start: December 2022 End: