Bab 28

206 7 0
                                    

"HAH, hati-hati panjat pokok rambutan tu. Banyak kerengga," jerit atuk yang sedang duduk di sebuah pondok. Pondok itu berada di hadapan rumah.

Affan angkat ibu jari. Memberi tanda okey kepada Haji Yasir. Ala, setakat panjat pokok rambutan apalah sangat.

Tangan naik bercekak pinggang menatap pokok rambutan itu. Bibir tersenyum luas.

"Awak pasti ke nak panjat pokok rambutan ni?" soal Qaseh dengan nada risau. Entah pandai atau tidak suaminya itu memanjat. Sudahlah budak bandar.

Risau pula kalau terjadi apa-apa kepada lelaki itu. Tak tahu apa yang Qaseh mahu jawab dengan Puan Amena nanti.

Kepala menoleh ke tepi. Senyuman kekal di bibir.

"Insya-Allah, sebab saya dah biasa panjat pokok rambutan."

Jawapan itu tidak memuaskan hati Qaseh. Masalah sekarang adalah terdapat sarang kerengga pada daun-daun pokok rambutan itu.

Kalau kena gigit oleh kerengga, boleh tersilap langkah jadinya. Dan itu perkara yang Qaseh tak mahu berlaku kepada Affan.

"Awak..."

"Qaseh jangan risau. Bukan lama pun saya dekat atas tu nanti. " Affan mengusap kepala sang isteri. Risau sangat wanita itu kepadanya. Walhal memanjat pokok itu bukan satu hal yang baru bagi Affan.

Mahu tak mahu, Qaseh terpaksa akur. Nak cakap macam mana lagi kalau lelaki itu sudah berkata begitu.

Dila merapat tatkala suami sepupunya itu sudah berlalu. Bahu Qaseh ditepuk perlahan.

"Jangan risaulah. Tak sakit sangat pun kena gigit dengan kerengga tu. Lagipun, aku nampak suami kau macam dah profesional," ucap Dila sekadar untuk menenangkan jiwa Qaseh.

Tak sedar, dia tergeleng perlahan. Banyak perubahan dalam diri sang sepupunya itu. Qaseh sudah menunjukkan perasaan risau kepada seorang lelaki.

Dulu ada seorang lelaki terjatuh dekat longkang. Nak tahu apa reaksi Qaseh? Sedikit pun Qaseh tidak memerhati. Wanita itu hanya fokus dengan apa yang dilakukan.

Qaseh tersenyum nipis. Haraplah Affan tak kena gigit kerengga. Lagi perit kalau masuk telinga. Bahaya.

"Naik tinggi lagi, Affan. Kat bawah tu, semua tak masak lagi. Ambik yang warna merah je," arah Dila. Jari menuding ke beberapa biji rambutan berwarna merah.

Terliur pula dia tengok kemerahan buah rambutan itu. Sedapnya kalau buat air rambutan.

"Dila, janganlah suruh Affan naik tinggi lagi. Nanti dia ja..."

"Argh!"

Membulat mata Qaseh saat Affan yang berada di atas pokok itu sedang menjerit. Dengan pantas, dia menghampiri pokok itu. Jantungnya bagaikan hendak tercabut.

"Awak kenapa?!" tanya Qaseh dengan nada yang tinggi. Cemas dia melihat suaminya yang sudah tergaru-garu di atas sana.

"Kamu kenapa Affan?" Atuk juga datang mendekati pokok rambutan itu. Jelas kelihatan wajah semua orang beriak bimbang.

Mana tak bimbang kalau lelaki itu sudah menjerit. Entah apa yang membuatkan Affan begitu. Kutlah ada ular ke? Tak bahayakah?

Mata Qaseh sudah berkaca-kaca. Jantung dia berdegup kencang. Nafas pula terasa tersekat melihat figura lelaki itu.

"Kerengga atuk! Argh! Sakit!" teriak Affan sambil tangan kanan mengusap bahagian badan yang digigit kerengga. Tangan kiri pula memegang dahan pokok yang besar.

"Tunggu apalagi tu, Affan. Lekas turun sekarang. Ya Allah, budak ni..."

Hajah Rodziah pun tampak cemas juga. Sudah dia larang lelaki itu agar tidak memanjat pokok rambutan. Banyak kerengga pada daun rambutan itu.

SEPARUH NYAWAKU PERGI - OGWhere stories live. Discover now