Keesokkan harinya...
"ABANG Fit macam mana ni? Umi tak keluar bilik dari semalam. Qaseh risaulah."
Digaru belakang leher yang tak gatal. Kepala sekejap-sekejap menjenguk ke tingkat atas. Ingin melihat jika pintu bilik Puan Khadijah sudah terbuka atau belum.
"Qaseh dah ketuk pintu ke? Tanya umi sama ada dia okey atau tak. Abang risau kalau umi..."
Kepala dianggukkan walaupun Syafit tak dapat melihatnya. Faham dengan kerisauan lelaki itu. Dan Qaseh bersyukur Syafit tak ambil hati dengan apa yang dikatakan oleh umi mereka semalam.
"Dah, Qaseh dah ketuk pintu. Tapi tak ada suara dekat dalam bilik tu. Qaseh pun risau juga kalau umi tak sedarkan diri ke? Allahu-akhbar, tak tahulah nak buat apa sekarang ni," kata Qaseh dengan mengusap wajahnya. Dia tak cukup tidur semalam disebabkan risau dengan keadaan Puan Khadijah.
Tak lama Syafit meninggalkan rumah kemarin, Qaseh pantas menelefon lelaki itu. Bertanyakan di mana keberadaan si kecil. Tidak pula dia perasaan yang bayi itu tidak bersama Syafit.
Lelaki itu beritahu yang si kecil ada bersama dengan rakannya. Rakannya itu sudah mempunyai isteri.
Nasib baiklah ada orang yang dapat menjaga Hawa. Kalau tak ada, tak tahulah bagaimana keadaan si kecil itu.
"Okey macam ni, Qaseh cari kunci pendua bilik umi. Abang yakin mesti umi ada letak dekat meja perhiasan di ruang tamu. Selepas tu, buatkan umi makanan. Abang takut kalau gastrik umi datang. Dan pastikan umi makan ubat dia. Faham?"
"Faham," balas Qaseh selepas menghela nafas panjang. Kaki meluruh ke arah dapur. Awal pagi lagi dia sudah masak sarapan. Cuma itulah, uminya tak ada turun.
Dulang yang berisi nasi goreng, nuget serta plastik ubat diangkat menuju ke tingkat atas. Panggilan tadi sudah Qaseh matikan. Dengan penuh berhati-hati dia membawa dulang tersebut. Dan syukur alhamdulillah, dia sudah jumpa kunci pendua.
Tiba di hadapan bilik Puan Khadijah, Qaseh sempat berdeham. Dia mengetup pintu bilik itu. Manalah tahu uminya dah tak kunci pintu. Tak perlu dia gunakan kunci.
Klik!
Tepat sangkaannya. Pintu itu sudah tidak berkunci. Tombol dipulas dengan perlahan. Dijengulkan kepala ke dalam. Dapat Qaseh lihat bilik itu sudah terang. Itu menandakan Puan Khadijah sudah bangun. Kaki melangkah masuk.
"Umi, Qaseh ada bawakan sarapan dengan ubat ni," tutur Qaseh dengan nada yang lembut. Bibirnya juga turut mengulas senyuman tipis.
"Sini, umi dekat balkoni."
Mendengar sahutan dari balkoni bilik tersebut, Qaseh segera mendekat. Keluar dan dia melihat figura Puan Khadijah yang sedang mengaji Al-Quran. Wanita itu tidak mengangkat wajah. Fokus menatap Al-Quran di tangan dengan bibir membaca surah.
"Maaf ganggu umi. Qaseh ada bawakan nasi goreng dekat umi sebab umi tak turun tadi. Mesti umi tak makan lagi," beritahunya sebelum meletakkan dulang di meja. Patutlah Puan Khadijah duduk di balkoni itu, rupanya kawasan itu berangin sikit dari kebiasaannya. Dan sinaran matahari pun tak kena.
"Umi, erm... fasal yang bawa Abang Fit masuk dalam rumah tu kan, Qaseh nak minta maaf. Ada sebab kenapa Qaseh buat macam tu. Qaseh minta maaf ya."
Qaseh merapati Puan Khadijah lalu tangan wanita itu dikucup. Lama sehingga mata dia sudah mulai kabur. Ditarik nafas yang terasa tersekat di dadanya.
"Umi maafkan Qaseh. Tapi lepas ni jangan buat macam tu lagi. Risau hati umi bila dengar jiran yang dia nampak ada lelaki lain dalam rumah kita. Nak buat apa-apa terus beritahu umi. Dah, umi dah maafkan Qaseh."
Puan Khadijah mengusap dan melabuhkan ciuman seorang ibu di dahi Qaseh. Dengan penuh kasih dan sayang dia berikan.
"Terima kasih, umi. Qaseh janji lepas ni Qaseh akan beritahu umi. Qaseh sayang umi, banyak-banyak."
Tubuh itu terus dipeluk dengan erat. Seperti tak mahu melepaskan. Qaseh rindu dengan uminya setelah berapa hari tidak bersua muka. Mata dipejamkan tatkala pelukan tersebut dibalas.
"Sama-sama. Umi pun sayangkan Qaseh juga."
Beberapa minit dalam keadaan seperti itu, Qaseh meleraikan pelukan. Dia menggariskan senyuman lebar. Bersyukur melihat wajah uminya yang sudah berubah ceria itu. Dia menjadi sedikit tenang.
"Erm, Qaseh keluar dulu. Qaseh tak nak ganggu umi mengaji. Lepas umi mengaji, umi makan tau. Baru umi boleh makan ubat."
"Ya, terima kasih bawakan umi sarapan."
Qaseh menjatuhkan kepalanya sebelum pamit untuk beredar dari bilik itu. Dia menuju ke biliknya. Tak pudar senyuman di bibir.
Telefon dikeluarkan dari poket seluar. Dia nak beritahu abangnya yang umi mereka tak apa-apa.
Alhamdulillah, umi okey -
Qaseh dah hantarkan dia sarapan - Dengan ubat sekali -
Abang Fit dah tak payah susah hati -Selesai menghantar mesej itu, jari menekan butang keluar dari perbualan itu. Tak semena-mena, matanya melihat perbualannya dengan Affan pada dua bulan yang lalu.
Cukup lama perbualan tersebut. Terakhir mereka berbual adalah lelaki itu mengajaknya untuk pergi ke gelanggang futsal. Selepas itu, masing-masing mendiamkan diri.
'Apa kata kau cuba telefon dia? Manalah tahu dia jawab. Lepas tu, kau cakaplah yang kau saja telefon dia.'
Bisikan itu membuatkan Qaseh ragu-ragu sama ada nak telefon ataupun tak. Bagaimana jika Affan sibuk dan Qaseh telah mengganggu waktu kerja lelaki itu?
"Call atau tak? Ala... call ajelah. Kalau dia nak jawab okeylah tapi kalau tak..."
Qaseh laju gerakkan kepala. Mana mungkin Affan takkan jawan panggilan dia. Fuh, confident betul dia.
Encik Affan (Anak kawan umi)
Calling...
Tak diangkat. Qaseh cuba sekali lagi. Kuku digigit untuk menghilangkan gelisah di hati. Namun harapan dia musnah bila panggilan itu mati dengan sendirinya. Dan-dan bahu dia mengendur.
Tubuh dihempaskan ke atas tilam. Mata ditutup. Dia nak tenangkan hati yang tiba-tiba kecewa disebabkan diri sendiri.
°
°
°
°
°"AFFAN dah cari ke dekat pejabat? Macam manalah telefon Affan tu boleh hilang?"
Rambut diraupkan ke belakang. Affan tak tahu dekat mana dia simpan telefonnya. Semalam ada lagi dia pegang. Tup-tup hari ini, hilang entah ke mana. Tapi nasib baik telefon untuk kegunaan harian dia saja. Bukan telefon yang ada maklumat syarikat.
"Tak tahulah dekat mana Affan simpan. Dekat pejabat Affan dah suruh setiausaha Affan cari tapi tetap tak ada. Cuai sangat Affan ni," bicaranya sebelum menggosokkan wajah. Sedikit tertekan dengan kehilangan telefon. Menyesal sebab salah dia sendiri.
"Dah kalau cari tak jumpa, nak buat macam mana. Affan beli jelah telefon dengan simkad baru."
Pujukkan Puan Amena membuatkan Affan mengangguk.
Tapi dalam telefon itu banyak kenangan. Banyak gambar yang Affan masih simpan. Gambar keluarga, sahabat dan... gambar yang Qaseh yang Affan ambil tanpa pengetahuan gadis itu.
Nak saja Affan hantukkan kepala ke dinding. Dan teringat di situ ada nombor telefon Qaseh, semakinlah Affan nak pecahkan diri sendiri.
Dia tak tahu macam mana boleh hilang. Semalam dia bawa Ayla jalan-jalan. Selepas itu, dia dah tak ingat. Hish, teruk sangat pelupa dia ini.
"Affan naik atas dulu."
"Eh tak jadi nak pergi pejabat ke? Nanti Ayden marah Affan pula kalau tak masuk pejabat."
"Affan tak ada mood nak masuk pejabat. Nanti mama telefon Ayden, beritahu dia yang Affan tak masuk hari ini," balas Affan sebelum menaiki tangga. Hari ini dia seperti tak ada mood. Rasa nak berkurung saja dalam bilik.
TBC
YOU ARE READING
SEPARUH NYAWAKU PERGI - OG
RomanceKnown as: Cinta Bukan Paksaan "Boleh jadi Allah ambil sesuatu yang istimewa dalam hidup kamu kerana Dia cemburu. Hamba-Nya sudah terlalu jauh." Start: December 2022 End: