SENYUMAN terbentuk kerana berpuas hati dengan beberapa hidangan yang telah dia sediakan. Puan Khadijah sudah berada dalam perjalanan.
"Dah siap, Qaseh?" tegur Puan Amena sembari menghampiri anak menantunya. Bukan main lebar lagi senyuman pada bibir mongel itu.
Qaseh menoleh bersama anggukan. "Dah siap mama. Qaseh nak naik atas dulu. Nak tukar baju."
"Hah tukarlah sana. Nanti mama bukakan pintu kalau umi Qaseh dah sampai."
Mendengarkan itu, laju Qaseh menaiki tangga untuk ke bilik. Tidak selesa bilamana bau masakan melekat pada pakaiannya.
Tadi Puan Amena ada berkongsi tentang satu masakan baru. Yang Qaseh tak pernah buat lagi. Bukan itu sahaja, ilmu dalam rumah tangga pun mak mentuanya kongsikan. Pokoknya, banyak ilmu yang Qaseh dapat hari ini.
Qaseh masuk ke dalam tandas setelah mendapatkan pakaiannya. Ayden tak ada di rumah. Jadi, bolehlah dia tak pakai tudung.
Beberapa minit kemudian, Qaseh keluar dengan tubuh yang segar. Dia membawa langkah ke meja solek.
Lama dia merenung diri sendiri. Matanya tidak sembap seperti yang dia jangkakan. Mungkin kerana semalam dia tidak terlalu menangis. Namun, jemari naik menyentuh bibir. Pucatnya bibir dia.
Tarik laci meja, Qaseh capai gincu. Dia goleskan perlahan dan warnanya tidak terlalu tebal.
"Okey dah. Harap umi tak perasan dengan muka pucat ni," ujarnya pada diri sendiri. Mengharap Puan Khadijah memandang dia seperti biasa.
Tidak semena-mena, mata Qaseh terarah ke katil milik mereka. Nafas dihela panjang.
Bangun subuh tadi, figura Affan sudah tiada. Qaseh hanya solat bersendirian subuh itu. Bila tanya mama, wanita itu mengatakan Affan ada mesyuarat penting.
Penting apa sehingga tak boleh solat subuh berjemaah bersama Qaseh?
"Astaghfirullahalazim, kenapa cakap macam tu dekat suami sendiri Qaseh?" marah Qaseh serta mata dipejam. Sempat lagi dia mengata tentang lelaki itu.
Apabila merasakan sudah terlalu lama di dalam bilik, Qaseh buat keputusan untuk turun. Mungkin uminya sudah tiba. Bunyi riuh di ruang tamu menyebabkan langkah Qaseh menjadi besar. Tak sabar nak jumpa umi.
"Umi!" jeritnya dengan teruja. Tidak sedar Puan Amena yang turut berada di ruang tamu itu.
"Ya Allah, Qaseh! Apa menjerit macam tu? Tak senonoh betullah."
Puan Khadijah sudah tergeleng-geleng. Hanya pasrah tatkala tubuhnya selamat didakap oleh sang anak. Gaya dah macam tak jumpa selama setahun. Padahal baru saja bulan lepas mereka bertemu.
"Qaseh rindu umi," ucap Qaseh dengan nada yang sedikit lirih. Pipi wanita itu dikucup. Sungguh dia rindukan uminya.
"Macam inilah Mena perangai sebenar menantu kau. Manja dia bukan main."
Bicara Puan Khadijah disambut oleh Puan Amena dengan tawa. Mata setia melihat Qaseh yang masih tidak melepaskan tubuh sang umi itu.
"Biasalah tu Dijah. Anak bongsu. Anak paling manja dengan kita."
Qaseh tersengih bila dia tersedar ada figura Puan Amena di situ. Dia malu lalu menundukkan kepala. Kepala dialihkan ketika perasan bukan mereka bertiga sahaja yang berada di ruang tamu itu.
"Eh, Kak Nuha dengan baby Hawa pun ada juga." Bersinar mata Qaseh menatap Hawa yang sedang tertawa ke arahnya. Sehingga kelihatan gusi si kecil itu.
"Ya, umi ajak kami datang sekali. Lagipun masa Qaseh balik rumah sana, kami balik kampung. Hah baby Hawa dah rindu dekat mak su dia," balas Nuha sebelum mendekatkan tubuh anaknya kepada si adik ipar. Baby Hawa pun sudah terlompat-lompat kerana tidak sabar.
YOU ARE READING
SEPARUH NYAWAKU PERGI - OG
RomanceKnown as: Cinta Bukan Paksaan "Boleh jadi Allah ambil sesuatu yang istimewa dalam hidup kamu kerana Dia cemburu. Hamba-Nya sudah terlalu jauh." Start: December 2022 End: