Bab 7

234 11 0
                                    

QASEH memandang telefonnya. Kaki melangkah ke ruang tamu sebelum sofa diduduk. Tak semena-mena dia tertawa. Geli hati dengan mesej yang dihantar oleh Nadia. Gadis itu marah dengan makhluk yang berbulu iaitu kucing.

- Iya, betul awak
- Moni, dia boleh pergi lompat dalam akuarium ikan ayah saya
- Padahal akuarium tu kecil je
- Nak tahu apa jadi, bontot Moni tersekat dekat akuarium tu

Tergeleng kepala Qaseh jadinya. Kucing dan tuannya sama saja. Dua-dua pelawak. Ini bukan kali pertama dia bermesej dengan gadis itu.

Qaseh terserempak dengan Nadia sewaktu menemani Syafit pergi ke klinik pada minggu lalu. Kebetulan pula pada masa itu Nadia menemani neneknya.

Apalagi mereka terus bertukar nombor. Sempat gadis itu bertanya tentang abangnya, Syafit. Qaseh hanya mampu berkata yang lelaki itu adalah suami orang memandangkan Syafit belum bercerai dengan Nuha.

Klik!

Dengan segera Qaseh menoleh ke arah pintu. Siapa pula yang membuka pintu rumah? Abangnya baru saja keluar dengan Hawa. Ke...

"Qaseh?"

Terus tegak tubuh Qaseh saat namanya dipanggil. Kelihatan figura Puan Khadijah menutup pintu setelah masuk ke dalam rumah. Qaseh perhatikan uminya. Dada wanita itu turun naik.

"Umi dah balik? Bukan umi sepatutnya balik lusa ke dari rumah mak ngah?" tanya Qaseh sambil memandang kalendar. Ya, sepatutnya Puan Khadijah pulang pada hari Rabu. Awal pula wanita itu pulang.

Puan Khadijah mara beberapa langkah. Riak wajahnya berubah lain. Lagi-lagi selepas ada jiran memberitahu bahawa ada lelaki di rumah mereka. Dengan hati yang disaluti rasa geram dan kecewa, dia kembali ke bandar.

Wajah dikerutkan. Diamnya Puan Khadijah amat merisaukan Qaseh. Dia tak mahu kejadian di mana wanita itu selalu mendiamkan diri berulang kembali. Jika dulu disebabkan abangnya, bagaimana pula dengan sekarang?

"Umi..."

"Qaseh jujur dengan umi. Betul ke Qaseh bawa balik lelaki masuk dalam rumah ni?"

Pertanyaan wanita itu buatkan dia terkelu. Macam mana uminya boleh tahu tentang itu? Dan apakah itu bermaksud uminya tahu tentang Syafit?

"Ma... cam mana umi tahu yang..."

Belum sempat Qaseh menghabiskan bicaranya, tubuh Puan Khadijah sudah melorot jatuh ke lantai. Wanita itu menangis dengan tangan yang terletak di dada.

Qaseh segera memaut tubuh itu. Dia tersentak mendengar tangisan uminya. Belum pernah lagi dia mendengar Puan Khadijah menangis seperti itu. Tangisan yang cukup menyakitkan.

Tak semena-mena, birai mata Qaseh bertakung. Dia juga ikut menangis kerana tak tahan mendengar tangisan wanita itu.

"Kenapa Qaseh buat umi macam ni? Tak cukup umi halau Syafit, Qaseh pun nak ikut sama dengan dia? Buat benda terkutuk dalam rumah ni?" soal Puan Khadijah dengan nada yang hampir tidak kedengaran.

Katakan ibu mana yang tidak kecewa dan terluka apabila terbayangkan anaknya membuat perkara terkutuk itu? Membawa lelaki yang bukan mahram ke dalam rumah. Katakan ibu mana yang tidak marah apabila anaknya melakukan larangan Allah SWT?

Apalagi yang salah dalam dia mendidik anak-anaknya? Menjaga solat? Membaca Al-Quran? Dia sudah ajarkan. Dia juga berdoa kepada Allah SWT agar melindungi anak-anaknya.

Tapi inikah balasan untuk dia daripada anak-anaknya?

"Umi, Qaseh..."

"Apalagi yang Qaseh nak terangkan? Qaseh sendiri dah mengaku. Kenapa Qaseh... kenapa buat umi macam ni? Umi tak pernah ajar anak-anak umi sampai macam tu sekali. Umi tak pernah didik tentang perkara yang tak elok."

SEPARUH NYAWAKU PERGI - OGWhere stories live. Discover now