Bab 20

229 8 0
                                    

LANGIT yang gelap tanpa cahaya bintang itu direnung tajam. Kulit yang terkena angin, diusap perlahan. Sejuk betul malam ini. Tangan naik memeluk tubuh.

“Affan, buat apa dekat sini? Tak sejuk ke?”

Soalan itu membuatkan Affan menoleh ke belakang. Kelihatan Puan Amena yang datang mendekat. Di tangan wanita itu terdapat secawan kopi.

Dari jauh haruman kopi itu Affan boleh hidu.

Bibir mengulas senyuman tipis. Belakang leher dielus sebelum dia melabuhkan punggung di kerusi panjang.

“Tak buat apa pun mama. Saja duduk sini. Nak tengok bintang tapi bintang tak ada. Tengok langit jelah,” balas Affan sebelum menyambut huluran cawan dari mamanya. Dihirup perlahan kopi itu.

“Nak tengok bintang yang bersinar, Affan kena miliki dia dulu. Baru boleh renung sampai bila-bila,” usik Puan Amena. Bibir sudah tersenyum suka. Jarang-jarang dia nak mengusik si bongsu itu.

Cawan diletakkan ke atas meja. Affan menggeleng.

“Mama ni, ke situ pula.” Malu Affan jadinya.

Mereka sama-sama mendiamkan diri. Malam ini rumah mereka sunyi. Tak ada suara Ayla yang membingitkan telinga mereka. Kanak-kanak itu bermalam di rumah Helena memandangkan Ayden pergi ke Sabah.

Affan hela nafas panjang. Sudah tiga hari berlalu, masih tiada jawapan daripada pihak sana. Hati dia sudah lama menunggu. Jiwa pula sudah tak tenang menanti.

Namun dia hanya menahan diri daripada bertanya kepada Qaseh. Kan dia sudah kata yang dia akan beri masa kepada gadis itu untuk berfikir. Ini soal masa hadapan. Tak ada paksaan atau desakan.

“Dah ada ke jawapan daripada Qaseh? Mama ada tanya umi dia fasal ni.”

“Apa umi Qaseh cakap dekat mama?” tanya Affan dengan tidak sabar. Tak sangka pula yang mamanya akan bertanya kepada Puan Khadijah soal itu.

“Bagi Qaseh masa sikit. Itu yang umi dia kata.”

Kendur bahu Affan tatkala mendengarkan itu. Dia pujuk hati supaya tak mudah putus asa. Semoga kesabaran dia ini, Allah SWT balas dengan sesuatu yang terindah.

“Jangan pernah berhenti berdoa, Affan. Kita nak sesuatu, berdoa kepada Allah. Siapa lagi yang akan makbulkan doa kita selain Dia?”

Puan Amena usap belakang anaknya. Memberikan sedikit semangat untuk lelaki itu. Dia tahu Affan sudah cukup bersedia untuk pikul tanggungjawab yang besar.

Kepala dijatuhkan berulang kali. Betul kata mamanya. Dia tak boleh berhenti berdoa. Berhenti berdoa itu, seolah-olah dia putus pengharapan kepada Allah SWT. Affan tak mahu jadi orang yang rugi.

“Mama doakan Affan, ya,” pinta Affan.

Insya-Allah, doa mama akan sentiasa ada untuk anak-anak mama.”

Mereka berbalas senyuman. Affan kembali menatap langit. Senyuman tak lagi pudar dari bibir.

Ting!

Satu pesanan masuk ke dalam telefon Affan. Namun dia hiraukan. Dia pasti itu adalah mesej daripada abangnya. Nanti-nantilah dia buka.

“Eh, tak nak baca ke mesej tu? Mana tahu mesej penting daripada Ayden?”

Puan Amena sudah kerutkan wajahnya. Dia melihat sedikit ke arah dada skrin telefon itu. Nafas dihela panjang.

Tulisan dekat telefon itu, tak boleh kecil lagi ke? Habis dia tak boleh nampak siapa yang mesej.

“Tak penting pun tu. Kalau mama nak tolong bacakan, mama bacalah.” Nada Affan serupa orang yang dah pasrah. Tiga hari mata dia tak lari dari pandang skrin telefon itu. Semata-mata ingin melihat mesej daripada Qaseh.

Dan sekarang dia tak mahu letak harapan terlalu tinggi. Dia yakin itu bukan mesej daripada Qaseh.

“Tak nak baca sudah. Biar mama tolong bacakan.”

Bahu dijongketkan.

“Betul ni Affan tak nak baca?” kata Puan Amena selepas membaca mesej tersebut. Tak sedar bibir dah melengkung membentuk senyuman.

Affan toleh ke tepi. Dah kenapa nada mamanya ceria betul? Mesej daripada Ayden kut.

Perlahan telefon itu bertukar tangan.

Tak semena-mena...

“Apa!”

Mesej itu dibaca banyak kali.

Bakal Isteri (Qaseh)

-Saya terima lamaran Encik Arden Affan

Melopong mata Affan jadi. Skrin telefon juga dia dekatkan ke mata. Betul ke ni?! Macam tak percaya saja!

“Mama, Qaseh... Qaseh terima lamaran Affan. Mama! Yeah!”

Melompat-lompat Affan di atas rumput itu. Telefon dibawa ke dada. Seperti kanak-kanak yang dapat hadiah sewaktu hari jadi. Begitulah reaksinya.

Tergeleng kepala Puan Amena melihat gelagat anaknya. Alhamdulillah. Syukur kerana Allah SWT telah mendengar salah satu doanya.

Hah, dah cakap alhamdulillah dan terima kasih dekat Allah ke? Jangan lupa, Arden Affan,” ucapnya.

Terhenti kaki Affan yang melompat itu. Dia berdiri tegak dan menatap ke langit. Tangan ditadah. Hampir saja dia lupa.

Nasib baik wanita itu tolong ingatkan.

Alhamdulillah, terima kasih ya Allah. Terima kasih atas berita ini. Hanya kepada-Mu kami berserah dan hanya kepada-Mu kami meminta. Terima kasih,” ujar Affan sebelum mengaminkan doa tersebut.

Mesej itu kembali dibuka.

Alhamdulillah, terima kasih Qaseh-
Insya-Allah, saya akan cuba jadi -
suami yang terbaik untuk awak
Terima kasih sangat-sangat -

Affan harap Allah SWT akan permudahkan lagi urusan dia dan Qaseh dalam proses yang menuju ke tahap yang seterusnya.

TBC

SEPARUH NYAWAKU PERGI - OGWhere stories live. Discover now