Bab 42

287 9 0
                                    

QASEH sandarkan kepala pada dada bidang milik Affan. Jari tekun menyentuh paparan skrin telefon milik lelaki itu. Dia sedang melihat Instagram suaminya.

Rambut Qaseh diusap perlahan. Affan hanya memerhati sang isteri yang bermain dengan telefonnya. Qaseh sudah baik setelah dia berjaya menenangkan wanita itu.

Kini, mereka sedang baring di atas katil hospital. Affan masih lagi dalam pakaian kerja tadi.

"Dah berapa kali abang pergi umrah?" soal Qaseh setelah jemarinya berhenti pada satu hantaran gambar encik suami di Instagram tersebut.

Gambar di mana Affan sedang berdiri di tengah-tengah Masjid Nabawi sembari menatap matahari hampir terbenam.

Kemudian, mata tertancap pada kapsyen lelaki itu.

'Dimanakah bidadariku, ya Rabb?'

Senyuman yang mahu terukir, Qaseh tahan dengan segera. Tak tahu kenapa hatinya tercuit melihat kapsyen itu.

Perlahan-lahan Qaseh pusingkan kepala. Ingin melihat bagaimana reaksi encik suami.

Rupa-rupanya Affan sedang merenung dia bersama senyuman lebar. Bibir dikemam rapat. Argh, Qaseh pula yang tidak tahu mahu bereaksi macam mana. Perlukah dia membalas senyuman itu?

"You're my angel, my Humaira." Bibir dilabuhkan pada sisi kepala sang isteri.

Qaseh Awliya, bidadari dunia dan akhirat Arden Affan.

Takkan ada yang kedua dan ketiga setelah wanita itu. Hanya satu bidadari milik Affan.

Kepala dialihkan kembali. Qaseh rasa malu namun dalam masa yang sama hati dia berbunga-bunga. Sudah dipanggil bidadari, dapat lagi gelaran Humaira.

Humaira. Ertinya putih yang kemerahan-merahan. Dan Affan nampak perkara itu pada pipi Qaseh sekarang ini. Humaira milik Affan.

"Abang dah pergi dua kali. Qaseh pernah pergi umrah?" tanya Affan dengan tangan menjalar ke perut sang isteri. Mengusap lembut si anak yang sudah diam itu.

Tadi bukan main kandungan Qaseh menendang-nendang di situ. Bila dia bersuara atau yang paling tepat membebel, barulah berhenti tendangan tersebut.

Kepala digelengkan.

"Tak pernah pergi lagi. Umi je yang pernah. Qaseh banyak dengar cerita daripada umi. Dia kata seronok sangat pergi Makkah dan Madinah. Bila dengar macam tu, Qaseh rasa nak pergi juga. Tapi..."

"Tunggu adik keluar, baru kita pergi umrah. Nak tak?" tawar Affan kepada wanita itu.

Qaseh terkejut. Itu yang dia inginkan selama ini. Tapi keinginan itu terpaksa dikuburkan tatkala mengetahui kos untuk pergi sana sangat mahal. Jadi bila Affan buat tawaran begitu, maka mata Qaseh terus bersinar-sinar.

"Nak," jawab Qaseh pantas sebelum tersengih-sengih.

Kepala wanita itu dikucup. Affan akan bawa anak dan isterinya pergi melakukan umrah nanti.

Jari kembali menolak paparan skrin telefon tersebut. Qaseh tersenyum suka tatkala fikirannya masih tak hilang tentang tawaran lelaki itu. Seronoknya!

"Eh, ini bukan ke Masjid Sendayan? Abang pernah pergi rupanya."

Diperhatikan dalam-dalam gambar lelaki itu. Tersenyum manis ke arah kamera dengan berlatarbelakangkan Masjid Sendayan. Affan segak memakai jubah putih.

Senyum itu buatkan Qaseh terpaku. Manis sangat.

Affan sekadar mendiamkan diri walaupun dia pelik sedikit dengan isterinya. Dari tadi wanita itu tak sudah-sudah bertanya adakah dia pergi ke tempat tersebut.

SEPARUH NYAWAKU PERGI - OGWhere stories live. Discover now