Bernafas di rumah besar
Aku punya abang putera ketiga
Kadang dia kuat berkasar dan teruk
Kadang dia laki-laki yang baik-
Bahkan pintar membina sahabat sejati
Aku mahu membencinya sepenuh hati
Namun darah lebih pekat dari air.Usahlah bercanda tentang ini:
Pencetus trauma memori
Iya, aku menyedari ia berbirat
Namun aku tetap sayu sifat adik-beradik
Percutian keluarga rumah besar ini
Abang kian menyalah tidak menyertai
kami.Salah bonda ayah di celah mana?
Sembilan sedarah jarang berkumpul
'Mengapa hanya lapan jantung..
Yang berdegup di hari keluarga?'
Bahkan aku tahu abang pasti terkilan
Namun tersedar kelahiran dan keturunan
Dari batih yang tidak berfungsi.
YOU ARE READING
Puisi ح
PoetryMelayu: Ini adalah puisi yang mempunyai pelbagai perspektif tersendiri. Bacalah dengan teliti dan bayangkan dengan berhati-hati. English: Hi my hasanahs, I hope my poetry would bring something special to your heart and the world. Have a nice road an...