Kapalkan mereka berdua
Biarkan mereka berdua berlayar di lautan utara
Bendera berkibar-kibar ditiup pawana
Menjadi bukti kapal itu teguh dan karar
daripada dugaan badai yang mengherdik
daripada tenggelam ke dasar kepedihan
Berikrarlah dengan izhar!
Halimbubu dan guntur hanyalah cubaan
Tak mampu membuatkan kapal ini berlubang.Ramai mahu berada di atas kapal
menjadi lanun yang sedang mabuk kasmaran
Takluki daerah membina cakrawati madani
Bersenggama dan melahirkan anak
Menjadi permaisura dan permaisuri
Mempunyai pertahanan dan meriam
dan beradu di singgahsana
Asmaraloka bunga api yang menakjubkan
Aksam mati adalah pengisytiharaan
Dua badan bersatu hati kini hidup harmoni.
YOU ARE READING
Puisi ح
PoetryMelayu: Ini adalah puisi yang mempunyai pelbagai perspektif tersendiri. Bacalah dengan teliti dan bayangkan dengan berhati-hati. English: Hi my hasanahs, I hope my poetry would bring something special to your heart and the world. Have a nice road an...