Gaya Durja Baharu

16 1 0
                                    

Sekali lagi traumaku tersinggung
Sebentar aku ok, sebentarnya aku tidak
Ketetapan sakit ini memakan hari
Bakul beban di atas penimbang semakin berat
Mereka kata kepada aku:
"Semua takkan apa-apa, boleh sihat semula."
Dan aku cuba percaya pada ayat baku itu
Walaupun semua sudah menghantui sel darah dalam tubuhku.

Semata-mata mahu memujuk trauma
Membiarkan clorox mengerjakan rasa bika
Rambut panjang separa dada sudah pendek!
Aku memotong mahkota sendiri!
Cara terbaik mengatasi cubaan mematikan saraf di permukaan pucat
Demi sejukkan mata, sedapkan ratna
Sekurang-kurangnya aku karar dan masih bernyawa.

Puisi حWhere stories live. Discover now