Masih segar dari ladang ingatan,
Kamu cuba mendekat dan mengurat,
Dan aku pula pura-pura gagal menterjemah isi tersirat.Dari sudut perigi yang dalam,
Aku mahukan kamu terus menjatuh padaku.Sedikit kesal bila dirimu berhenti memikat,
Jika benar kamu mahukanku, persembahkanlah dengan jelas —
Bukan menyalah di tengah pentas.Maafkanku terlalu ketinggalan,
Ini kali pertama ada lelaki yang terpikat.Adakah aku hanyalah percubaan nasibmu?
Kerana apa aliran sarafku cuba meneka,
Kamu tidak beria mahu memberiku gelaran 'teman wanita.'Kamu berhenti menghulurkan tangan,
Belum sempatku mahu menggengam.Aku adalah eskperimen yang tidak berjaya,
Sudah luputkah ajakanmu mahu bertemuku?
Untukku mengatakan; "Ya! Datanglah dan jemputku."
YOU ARE READING
Puisi ح
PoetryMelayu: Ini adalah puisi yang mempunyai pelbagai perspektif tersendiri. Bacalah dengan teliti dan bayangkan dengan berhati-hati. English: Hi my hasanahs, I hope my poetry would bring something special to your heart and the world. Have a nice road an...