Aku masih ingat pertama kali bertemu
Kita masih dibangku menengah
Aku dibelakang kamu menerusi pagar sekolah
Saat itu perasaan masih sifar
Apabila kamu menerusi pintu rumahku
Detik itu bermulalah tubirnya rasa kukuh
Menyimpan suka menunggu waktu
Enam tahun bukan enam hari
Siang dan malam berulang-ulang kali
Nama kamu terus menari
Bahkan sampai ke dalam mimpi
Tak pernah aku sangka secepat ini
Aku sudah terlambat memanah hati
Kamu sudah berpunya sang merpati rasmi
Dibelakang pelamin istana kamu dan si dia
Berfoto bersama terasa malu
Namun aku...
Duduk disini menuruti layu.
YOU ARE READING
Puisi ح
PoesíaMelayu: Ini adalah puisi yang mempunyai pelbagai perspektif tersendiri. Bacalah dengan teliti dan bayangkan dengan berhati-hati. English: Hi my hasanahs, I hope my poetry would bring something special to your heart and the world. Have a nice road an...