Tahun ini tahun ketujuh
Aku tulis puisi ini atas inpirasi engkau
Ilham muncul kerana namanya terpacak
Pen dan kertas menjadi saksi
Aku simpan sehingga kini atau terbakar?
Percayalah aku masih menyimpan puisinya
Di dalam laci yang berhabuk
Entah bila kau boleh baca.Tahun ini tahun ketujuh
Kau masih tidak sedar magis ini
Masih buta dan tercari-cari yang lain
Kadang aku fikir kau jahat dan batu
Tapi aku sedar batu itu masih satu
Dan kerana itu aku masih tergila-gilakan kau
Seolah-olah kau lebah yang terakhir
Di taman bunga yang kering.Tahun ini tahun ketujuh
Aku semakin besar dan dewasa
Bukankah aku sudah matang untuk bercinta?
Atau masih mentah mengira umur kita?
Palingkan muka dan lihatlah aku
Gadis kecil kini sudah besar!
Sudah-sudahlah buta dan cendana
Aku masih di sini mahukan engkau!
YOU ARE READING
Puisi ح
PoetryMelayu: Ini adalah puisi yang mempunyai pelbagai perspektif tersendiri. Bacalah dengan teliti dan bayangkan dengan berhati-hati. English: Hi my hasanahs, I hope my poetry would bring something special to your heart and the world. Have a nice road an...