Bonda membancuh kopi di dapur
Buat tetamu yang sedang berkabung
Datang mengucapkan takziah kepada keluarga
Kerana satu juita dalam rumah sudah tiada
Ditelan tanah terputus riwayat.Kopi susu manis di atas dulang dan dihidang
Syakwalang orang sekeliling..
Membuatkan bonda merebaskan air mata
Kopi susu manis sudah sebati
Tidak mampu memadamkan getir seorang isteri.Air kopi dihirup tanpa ditiup
Panasnya sudah mendatar tanpa sedar
Mereka memuji air tangan bonda
Ada yang mengorek resipi untuk asam rumah tangga.
Menghidupkan suasana girang di antara kami semua.Buku kopi nan penuh isi tersirat
Aroma sembilu nan penuh kesan
Menjadi sebuah memori atau kisah teladan
Apabila usia sudah menjangkau abad
Terkenang ribang ketika membancuh untuk abah.Bumatera disebalik secangkir kopi
Ada biji baiknya, ada biji padahnya
Susu atau gula bukanlah bahan utama
Hanya penyedap rasa sukma disengat guruh
Kehilangan arjuna tersayang.
YOU ARE READING
Puisi ح
PoetryMelayu: Ini adalah puisi yang mempunyai pelbagai perspektif tersendiri. Bacalah dengan teliti dan bayangkan dengan berhati-hati. English: Hi my hasanahs, I hope my poetry would bring something special to your heart and the world. Have a nice road an...