Mereka kata jangan mendekat
Dia itu makhluk yang sangat gangsang!
Berbisa dan juga pemangsa!
Bijak menyusun helah kalah si helang
Bila lapar bertindak tidak kenal siapa kawan
Baginya buana dan jumantara adalah lawan
Bagiku pula kau tumandang yang menyinar
Makhluk antun milik Tuhan.Para mangsa yang terselamat
Berkasar dan menyutuknya jahat
Sanggup merenjam tali cantik sehingga mati
Kini buat aku keliru..
Sebenarnya siapakah yang kejam?
Kerana dia adalah binatang bertuan —
Dan tuannya bukan calang-calang majikan
Mereka bertindak membalas pantak
Menjadi manusia berotak syaitan.Merong hitam bersisik emas
Engkau binatang berlidah racun
Ajaibnya tiba-tiba punya kuku tapi hilang ekor
Adakah aku sedang bermimpi?
Dan mimpi itu akan ditafsirkan nanti?
Peliharaan gergasinya bertukar rupa
Kacak bukan main kepalang -
Renungan kanta ularnya menggoda aku.Aku ingatkan kau sudah tidak berjiwa
Setengah mereka merasa geli
Separuh keturunan mereka membenci
Tapi didepanku ini adalah bakal suami
Mungkin siumanku sudah selap..
Edan kasmaran kepada dia!
Dari durjana menjadi arjuna
Aku tidak peduli tajamnya akibat
Asmara bersamanya di waktu guntur.
YOU ARE READING
Puisi ح
PoetryMelayu: Ini adalah puisi yang mempunyai pelbagai perspektif tersendiri. Bacalah dengan teliti dan bayangkan dengan berhati-hati. English: Hi my hasanahs, I hope my poetry would bring something special to your heart and the world. Have a nice road an...