Si bedebah anak yang menjengkelkan,
Bukan kegemaran mana-mana anggota,
Menyebalkan di tahap global,
Tidak punya apa-apa peranan,
'Dungu' namanya di sijil kelahiran,
Menunjuk-nunjuk perangai di atas pentas,
Berolok-olok girang bersemuka orang pendiam,
Perempuan berbadan tiang,
Arca muka ukiran jelik,
Kehidupan dipenuhi perkara-perkara cetek,
Sendaan lapuk dari moyang turun-temurun,
Generasi siapakah yang mundur?
Kemurungan merosakkan inti pati dirinya,
Akhirnya si bedebah lesu, darah melimpah..
Seperti air pasang yang baru ditarik penghadang.
YOU ARE READING
Puisi ح
PoetryMelayu: Ini adalah puisi yang mempunyai pelbagai perspektif tersendiri. Bacalah dengan teliti dan bayangkan dengan berhati-hati. English: Hi my hasanahs, I hope my poetry would bring something special to your heart and the world. Have a nice road an...