Lelaki hantu yang digeledek ramai,
Kirung legenda menjadi kutukan,
Berjubah hitam —
Berambut panjang —
Makhluk jahat yang berkuasa,
Atau lebih tepat dia seorang raja,
Suku dan keturunan tunduk padanya,
Apa yang begitu istimewa pada lelaki ini?
Aku tertanya dan sedikit tergoda,
Mereka bilang dia laki-laki dari neraka.Sengaja aku merenung cinta kepadanya,
Satu per satu bulu matanya melentik~
Aku terpesona:-
Tangannya bermain dipinggangku,
Pudar nafas bibir bercumbu,
Jari-jariku menekap ke dadanya,
Pengempan jantungnya itu rama-rama,
Bercanda memikat akhirnya terlekat,
Dia lelaki setia mengapa tiada yang tahu?
Sekadar mahu seorang ratu.
YOU ARE READING
Puisi ح
PoezjaMelayu: Ini adalah puisi yang mempunyai pelbagai perspektif tersendiri. Bacalah dengan teliti dan bayangkan dengan berhati-hati. English: Hi my hasanahs, I hope my poetry would bring something special to your heart and the world. Have a nice road an...