Graduasi Untuk Berkongsi

11 1 1
                                    

Hari itu adalah hari remenisensi
Kami berkumpul dan berjubah
Bonda dan bapa disambut di muka pagar
Para pendidik pula berucap ramah
Gula kapas di langit periang hati
Akhirnya aku bergraduasi
Antara berempat kita bersahabat:-
Aku tidak salahkan kalian tidak perasan..
Aku tidak punya kelopak di dalam pelukan
Dan kita bergambar seperti ia tak apa-apa
Kini foto itu buat aku rasa terasing.

Bukankah kalian sudah tahu?
Sedarahku tidak hadir pada hari itu
Bukan mahu mengungkit...
Cuma aku 'kan terharu jika kau lebih tahu
Baik sukma berkongsi bunga bersamaku
Kita pengangnya bersama-sama
Kita berpelukan emosi bertambah ceria
Walau ia hanya untuk kepingan berwarna
Jika foto itu terlihat oleh mereka-
Sekurang-kurangnya tiada keluhan menyedihkan.

Puisi حWhere stories live. Discover now