Malam sepi sehingga lewat pagi
Nama kamu bergema lagi
Dalam gelap aku meratapi hati.Air hujan dalam bilik mandi
Berlagu air mata dalam sembunyi
Mengusap muka, ini bukan mimpi.Lagu dimainkan berselang-seli
Menyibukkan diri menonton siri
Butang 'padam' tercari-cari.Hari berlalu mengikut realiti
Dan diriku masih begini
Minda dan jiwa sedang berlari-lari
YOU ARE READING
Puisi ح
PoetryMelayu: Ini adalah puisi yang mempunyai pelbagai perspektif tersendiri. Bacalah dengan teliti dan bayangkan dengan berhati-hati. English: Hi my hasanahs, I hope my poetry would bring something special to your heart and the world. Have a nice road an...