"Asal kau nak rampas Nara dari aku hah?!" Zeo menghentak lututnya di perut Marveen. Pada pagi tu, kumpulan Dark tiger dan Knight mafia berlawan antara satu sama lain.
"Apa yang kau dapat, aku pun akan dapat!"Marveen menumbuk muka Zeo namun pantas jejaka tu mengelak.
"Aku yang kutip dia! Dan kau yang rampas?! Harleena Nuzaira milik aku! When i say she is mine, i mean it!" Mata kelabu milik Zeo tajam memandang ke arah Marveen.
"Abang Zeo." Mereka serentak menoleh ke arah pintu dimana gadis tu sedang memerhatikan mereka.
"No Nara. Jangan keluar!" Larang Zeo. Gadis tu mengeleng kepalanya tanda tidak mahu. Dia berlari mendapati Zeo.
"Kalau aku tak dapat Nara, kau pun takkan dapat dia." Marveen mengeluarkan pisau nya dan meluru ke arah Nara. Dengan cekap, Zeo menarik Nara ke dalam pelukannya. Pisau tu ditangkap sehingga menghiris sedikit tapak tangan nya.
"Don't you dare want to hurt her." Pisau tu dilempar ke tepi dan ditendang perut Marveen.
"Jangan dekat." Pesan Zeo sebelum melepaskan pelukannya. Dia meluru ke arah Marveen untuk membelasah nya.
"Abang Zeo. Berhenti." Mohon Nara bila tidak sanggup melihat Marveen yang dibelasah teruk oleh Zeo.
"No abang. Stop!" Nara menolak Zeo menjauh. Tubuh Marveen yang terbaring berdarah tu dipandang.
"Abang Marveen." Jejaka tu memandang wajah Nara dengan samar. Mata Nara berair.
"Shh jangan n..nangis." Marveen mengusap pipi tu perlahan. Namun Nara tetap menangis.
"Kenapa abang Zeo belasah abang Marveen? Dia tak salah! Abang Marveen jaga Nara baik." Dipandang wajah ketat Zeo.
"Dia tak sebaik apa yang kau fikir!"Jerkah Zeo. Nara mengeleng kepalanya tanda tidak.
"Abang Marveen jangan tinggalkan Nara." Wajah tu sudah comot dengan air mata. Marveen terbatuk batuk.
"Abang tak tinggalkan Nara pun."
"BERHENTI BERCAKAP LAH SETAN!"Amuk Zeo yang sudah dilanda kemarahan nya. Pistol dikeluarkan dari belakang bajunya. Dada Marveen dipijak.
"No abang jangan!" Jerit Nara.
"Kau tepi kalau kau taknak peluru ni tembus dalam dada kau!" Nara mengeleng kepalanya agar jangan. Dipandang Marveen.
"Abang please jangan bunuh dia." Marveen pandang wajah Nara yang menangis kerana nya. Mungkin ajalnya bakal tiba sebentar lagi kerna dia tahu Zeo tidak akan lepaskan mangsa nya.
"Jaga diri baik-baik ya Nara. I will miss you sweetheart." Setitik air mata jantan Marveen mengalir sebelum bunyi tembakan kedengaran.
Bang!.
"Uhuk" meluas mata Zeo melihat Nara yang memegang perutnya. Laju kepala Zeo menoleh ke kanan.
"FAID!" Jejaka tu tersenyum sinis sebelum satu peluru menembusi dahinya disebabkan tembakan oleh anak buah Zeo.
"N..nara" Suara Marveen bergetar. Perlahan lahan dia bangun dari baringannya dan mendekati Nara.
"Nara bangun!" Ditepuk pipi tu. Marveen mengeleng kepalanya tanda tidak percaya.
"Please wake up sweetheart! Zeo telefon ambulans cepat!" Jejaka tu pantas menelefon ambulans. Perlahan lahan mata tu terbuka sedikit.
"M.. maafkan Na..nara."
"Jangan tutup mata kau Nara!" Jelas suara Zeo seakan memberi arahan. Marveen menekup perut gadis tu dari darah terus mengalir.
Tangan kiri Nara akhirnya jatuh ke tanah. Membulat mata Marveen dan menoleh ke arah Zeo.
"Zeo. Nara." Jejaka tu menoleh dan terkejut. Dia mendekati gadis kecilnya.
"Ra bangun Ra! Tak kelakar lah!" Digoncang tubuh kecil tu. Sebaik mendengar siren kecemasan, Zeo pantas mendukung tubuh Nara ke arah ambulans.
Marveen dibantu oleh anak buahnya untuk bangun.
"Encik?" Marveen mengeleng kepalanya tanda tidak mengapa. Pintu ambulans tu ditutup dan memecut laju keluar dari situ.
"Zeo. Aku minta maaf. Sepatutnya aku tak rampas Nara dari kau. Disebabkan aku Nara kena tembak." Tutur Marveen. Zeo menghela nafas kasar.
"Aku malas nak cakap." Zeo melangkah mendekati keretanya untuk ke hospital. Nyawa Nara lagi penting sekarang.
YOU ARE READING
ZEO KEVEN : HIS BABYGIRL✓
RomanceZEO KEVEN : Jejaka berbahaya dan digilai oleh ramai wanita kerana ketampanan dan kekayaan nya. Namun disebalik wajah yang kacak serta dingin, dia mempunyai sisi gelap dimana semua akan tunduk dengannya. SAYANG HARLEENA NUZAIRA : Gadis kecil Zeo Ke...