BAB 35

14K 632 18
                                    

"Zeo, Nara. Perkahwinan kamu berdua dah mama uruskan. Kad kahwin, baju pengantin everything is done. So besok Zeo pergi dengan Nara ambil baju pengantin." Zeo menganguk faham.

"Hm mama, akak Kiara datang tak petang besok?" Soal Nara. Mama Katyna mengangguk.

"Datanglah. Kan petang besok suami dia datang nak pasang khemah kan Zeo?" Mama menoleh ke arah Zeo dan jejaka tu menganguk lagi.

"Papa taknak Zeo naik tangan dengan Nara ya. Walaupun Zeo dah nak jadi suami dia, Zeo tak boleh naik tangan atau kasar dengan Nara. Jangan jadikan pangkat suami tu buatkan kita sesenang hati buat isteri macam hamba. Papa tak ajar anak lelaki papa layan perempuan macam diorang tak ada maruah. Faham?!" Tegas suara papa Zaid dan kedua anak lelakinya mengangguk faham.

"Faham pa. Zeo janji Zeo takkan buat Nara macam hamba. I love her so much." Diusap sayang rambut panjang Nara yang berada disebelah nya.

"Pa"panggil Zack dan papa nya menaikan keningnya.

"Abang dah nak kahwin. Zack bila lagi pa?!" Rengeknya manja. Mereka tergelak kecil kerana dari dulu lagi papa nya tidak mengizinkan nya untuk berumah tangga lagi dan harus sambung belajar.

"Ada ke yang nak dengan kamu tu?" Papa nya  menjongket keningnya berkali kali.

"Ada la! Ramai yang beratur tapi papa tu tak bagi Zack cari calon." Dia berpeluk tubuh. merajuk!.

"Umur Zack 25 baru papa izinkan Zack kahwin. Selagi belum 25, no!." Jejaka tu menghela nafas perlahan dan menganguk saja.

"But why? Papa pun nikah muda kan?" Papa Zaid menjeling tajam ke arah anak nya.

"Papa nikah dengan mama kamu masa papa umur 27 tahun. Yang muda nya mama kamu ni 24. Umur Zack tu masih sesuai untuk sambung belajar bukan kahwin lagi."

"Dah tu yang mama umur 24 kenapa dah nikah?" Soal Zeo pula. Mama Katyna tergelak kecil.

"Kalau kamu berdua nak tahu papa ni obses dengan mama. Dia siap bagitau atok dengan nenek lagi yang dia nak halalkan mama dan lepastu kalau mama nak sambung belajar pun tak apa asalkan dia dapat ikat mama dalam ikatan yang sah." Zeo dan Zack meng'ohh' kan saja.

"Oh ini mesti kes papa taknak mama kena calas dengan orang lain." Kata Zack dan papa Zaid menganguk.

"Ma, cuba lah cerita sikit papa ni sanggup buat apa ja untuk dapatkan mama?" Zeo mengukir senyuman sinisnya bila wajah papa sudah cuak.

"Serius kamu bertiga nak tahu?" Mereka mengangguk.

"Eh sayang tak payahlah buka cerita lama." Bisik papa Zaid dan mereka semua tergelak.

"Sikit je ma. Cepatlah Zack nak tahu jugak." Gesa Zack tidak sabar.

"Masa mama tingkatan 2 dan papa Tingkatan 5. Papa pernah kena reject dengan mama. Masa tu dia confess dekat mama yang dia suka mama tapi mama tolak sebab yelah budak sekolah lagi." Mereka mengangguk dan setia menunggu selanjutnya. Papa sudah tidak senang duduk.

"Lepastu mama dapat tahu dari kawan mama yang ada kecoh dekat bangunan belakang yang kosong tu. Diorang tarik mama pergi dekat sana dan you know what? Papa dah ready nak terjun bangunan sebab mama reject dia." Terletus ketawa mereka bertiga.

"Lepastu?" Soal Zeo sambil mengesat air mata disebabkan ketawa.

"Diorang paksa mama untuk terima papa kalau tak dia akan terjun. Mama pun tak habis fikir mama jerit cakap terima. Papa apa lagi berlari turun macam budak nak aiskrim. Boleh bayang wajah papa masa tu dengan mata bengkak sebab menangis kena reject." Cerita mama dan sekali lagi kedengaran ketawa dari tiga manusia tu.

Papa Zaid menyorok belakang isterinya. "Janganlah buka aib abang." Mama Katyna ketawa bebas.

ZEO KEVEN : HIS BABYGIRL✓Where stories live. Discover now