BAB 13

18.4K 828 15
                                    

Nara menunduk kepalanya setelah tidak kuat bertentang mata dengan mata kelabu milik Zeo.

"Jangan marah Nara."Air mata tu jatuh juga. Zeo menunduk sedikit mencari wajah tu. Dia mahu lihat wajah nangis Nara.

"Nara takut." Tersungging bibir Zeo. Dia suka bila Nara takut dengannya. Tangan kanan naik mengusap rambut tu ke belakang.

"Kenapa nak takut? Aku tak buat apa apa lagi." Gadis tu diam dengan menunduk. Zeo menolak tubuh tu sehingga terbaring.

Baju di bahu gadis tu diselak olehnya dan bibir basah Zeo mendekati ke arah tersebut. Beberapa kucupan diberi sehingga meninggalkan kesan iaitu tanda miliknya.

"Hasil aku memang cantik." Zeo mengukir senyuman sinisnya. Dipandang wajah Nara yang polos tu.

"Sekali lagi kau berabang dengan jantan tadi kau tahu lah apa akan jadi." Nara menganguk kepalanya perlahan. Zeo mengesat sisa air mata Nara.

"Nara? Kenapa ni?" Soal Mama bila gadis tu memegang perutnya yang terasa memulas.

"Perut Nara sakit. Tak tahu kenapa." Berkerut dahi nya menahan sakit yang kian hadir.

"Nara nak masuk bilik dulu." Mama Katyna menganguk saja dengan riak risau. Jam juga sudah menunjukkan pukul 10 malam.

"Nara ada salah makan ke tadi?" Soal papa Zaid dan isterinya hanya mengangkat bahu tidak tahu.

Nara merebahkan badannya di atas katil dengan mengiring. Mata dipejamkan untuk tidur supaya sakit di perutnya hilang.

Tiba tiba dia terasa ada satu tangan yang mengusap perutnya perlahan. Ditoleh ke belakang.

"Sakit sangat?" Nara menganguk kepalanya. Zeo menyapukan minyak angin di perut Nara.

"Petang tadi makan tak?" Nara mengeleng kepalanya tanda tidak. Mata kelabu tu tajam memandang nya.

"Tak ada selera." Zeo menghela nafas perlahan. Tangan kiri digunakan untuk menongkat kepala.

"Kau kena makan kalau tak jadi macam ni lah. Masuk angin. Aku jugak yang susah." Nara yang mendengar hanya diam saja. Dia memang menyusahkan semua orang ke?.

Perlahan lahan ditolak tangan Zeo dari mengusap perutnya.

"Tak apa. Perut Nara dah lega." Ternaik kening Zeo. Tiba tiba dah lega?.

Nara menarik comforter ke atas dada nya. Dipejamkan mata untuk tidur. Zeo hanya pandang belakang gadis tu yang membelakangi nya.

"Nara?" Gadis tu hanya diam saja. Zeo mendekati Nara dan dijenguk sedikit melihat gadis tu.

"Hey merajuk ke?" Masih sama. Gadis tu kekal diam. Zeo menghela nafas perlahan.

"Kalau kau merajuk aku ambil Cadbury kau tu." Ugut Zeo ingin melihat reaksi Nara namun hampeh. Gadis tu langsung tidak mengalihkan badannya.

"Betul ni merajuk dengan aku?" Bila Nara diam, hati Zeo mula risau. Bahu tu disentuh perlahan.

"Sayang hey bangun." Ditepuk bahu tu. Bibir gadis tu pucat sahaja. Disentuh seluruh wajahnya. Panas!.

"Panasnya." Zeo segera membuka lampu. Dan comforter di atas badan Nara dialihkan ke tepi.

"Nara sayang. Bangun."Ditepuk pipi gebu tu. Nara tetap tidak bangun.

"MA! PA! ZACK!"Jerit Zeo dan pintu tu dirempuh oleh Zack dengan nafas termengah mengah.

"Asal? Kenapa dengan Nara?" Soal Zack. Mama papa nya turut berada di belakang.

"Badan Nara ma pa. Panas sangat ni." Mama Katyna melabuhkan punggung disebelah Nara dan disentuh dahinya.

"Ya Allah panasnya. Macam mana Nara boleh demam ni Zeo? Dia ada alahan apa apa ke?" Zeo mengeleng tidak tahu. Jelas wajahnya risau sekarang.

Zeo pantas mengeluarkan telefon nya dan didail nombor doktor pribadi keluarga mereka.

"Zack pergi ambil kain basah sekarang." Arah papa Zaid dan Zack segera berlari keluar untuk mengambil kain basah.

"Ma, ni kain basah." Zack menyerahkan kepada mama nya dan wanita tu melipat kain tersebut menjadi agak kecil dan diletakkan di atas dahi Nara yang panas.

Apabil terdengar saja loceng rumah ditekan, Zeo pantas berlari turun untuk membuka pintu.

"Bagi saya check sekejap ya." Mereka mengangguk dan bingkas bangun untuk memberikan ruang kepada doktor Zaidi.

"Sebelum ni dia ada termakan kacang ke? Sesuatu yang ada kacang?" Soal doktor Zaidi sambil pandang silih berganti wajah wajah tu.

"Dia ada makan coklat Cadbury tapi dekat coklat tu ada......kacang." Meluas mata Zeo. Gigi diketap kuat.

"Dia alahan dengan kacang sebab tu dia demam. Dia ada merungut sakit perut?" Mereka mengangguk.

"Lepas ni jangan leka ya. Kalau dia selalu makan sesuatu yang ada kacang kemungkinan akan jadi lebih teruk. Tolong alert." Sekali lagi mereka mengangguk. Doktor Zaidi segera meminta diri untuk pulang setelah lewat malam.

"Zeo jaga Nara malam ni." Tegas suara mama dan melangkah keluar dari bilik tu dengan suaminya. Zack turut beredar tapi sempat dia menoleh.

"Semoga cepat sembuh kesayangan abang Zack. Wuhuuu" dia berlalu pergi dengan cepat sebelum si abang mengamuk.

ZEO KEVEN : HIS BABYGIRL✓Where stories live. Discover now