Perlahan lahan mata dicelikkan dan memandang sekeliling. Dia berada di sebuah bilik yang dipenuhi dengan alatan tajam.
"Kau Theo kan?" Jejaka tu pandang ke arah pintu. Jejaka tinggi lampai melangkah mendekati nya.
"Apa kau nak?" Zeo mengukir senyuman sinisnya dan menunjukkan muka nya di cahaya lampu yang terpasang di atas kepala Theo.
"Nyawa kau." Jari jemari Zeo bermain di atas pedang samurai.
"Aku tak ada cari masalah dengan kau." Balas Theo semula. Zeo tergelak sinis.
"Kau dah pukul gadis aku. Harleena Nuzaira milik aku. Jadi kau perlu dapat balasannya." Samurai tu di ambil ditarik keluar dari sarungnya.
"Bapak betina tu berhutang dengan aku jadi tak salah kalau dia dapat makan buku lima aku." Theo turut mengukir senyuman sinisnya.
"As you know it or not, it's not her biological father. Yang berhutang bapak dia. Dia tak ada kaitan. Lain lah dia anak kandung mungkin akan ada kaitan." Hujung samurai tu diusap perlahan.
"Apa kau nak buat? Nak bunuh aku sebab aku tumbuk perempuan kau? Ceh lemah. Baru kena tumbuk bukan rogol lagi." Wajah Zeo berubah tegang. Rahangnya mengeras.
"Apa kau cakap? Ulang!" Hujung samurai tu diletakkan di bawah leher Theo.
"Aku belum rogol dia lagi. Setakat tumbuk tu benda biasa lah." Mata kelabu milik Zeo tajam menikam mata jejaka ni yang memandang remeh terhadapnya.
"Kau kenal aku siapa?" Bibir merah Zeo mengoyak senyuman sinis.
"Lelaki pengecut?"Theo seakan tidak kesah dengan lelaki dihadapannya ni.
"Nampaknya kau macam tak kesah dengan Zeo Keven." Zeo berdiri tegak dengan senyuman sinisnya merekah bila wajah Theo mula pucat bila tahu siapa dirinya.
Pedang dipusingkan. Theo meneguk air liur nya dan dia pasti ajalnya bakal tiba. Zeo mengukir senyuman sinisnya dan dilibas pedang tu di leher Theo.
Buk.
Kepala tu terjatuh ke lantai. Darah memercit keluar dengan banyak. Zeo hanya berwajah tidak beremosi.
"Bagi dia dekat Foz." Anak buahnya mengangguk. Foz adalah serigala yang ganas dan akan melahap apa yang saja yang diberi.
"Baik boss."
Zeo menghela nafas perlahan. Rindu terhadap Nara sangatlah besar. Menatap wajah tu saja tidak cukup. Dia mahu berbual dengan gadis tu dan melihat mulut kecil tu bercakap depannya.
"Bang" Zeo tersentak bila bahunya ditepuk. Ditoleh ke belakang melihat mama papa dan adiknya sudah pulang.
"Bila sampai? Mama papa tak cakap pun nak balik harini." Mereka mengukir senyuman.
"Macam mana Zeo nak perasan kalau asyik termenung ja. Rindu Nara ya?" Zeo menganguk lemah dengan pertanyaan mama nya.
"Sabar ya. Anak sulung papa pasti kuat." Papa Zaid menepuk bahunya. Zeo mengukir senyuman nipis nya.
"Prosesnya agak menyakitkan tapi percayalah akan ada kebahagiaan yang menanti."Tutur Zack yang turut memberi semangat kepada abangnya.
"Terima kasih." Ucapnya. Selama mana pun dia bakal tunggu Nara. Ya hanya untuk Sayang Harleena Nuzaira.
YOU ARE READING
ZEO KEVEN : HIS BABYGIRL✓
RomanceZEO KEVEN : Jejaka berbahaya dan digilai oleh ramai wanita kerana ketampanan dan kekayaan nya. Namun disebalik wajah yang kacak serta dingin, dia mempunyai sisi gelap dimana semua akan tunduk dengannya. SAYANG HARLEENA NUZAIRA : Gadis kecil Zeo Ke...