"Cinta. Bangun mandi." Ditekup kedua pipi tu dan digomol. Nara merengek bila tidurnya ternganggu.
"Mandi cepat. Sayang tu baru balik dari hospital jadi kena rajin mandi baru segar."Diselitkan tangannya di celah ketiak Nara dan ditarik agar bangun.
"Yer Nara mandi. Abang keluar lah." Halaunya dengan mata terpejam. Zeo bangun dari duduknya.
"Mandi tau." Nara menganguk dan Zeo melangkah keluar dari bilik tersebut. Nara merebahkan badannya semula.
"SAYANG HARLEENA NUZAIRA!" Nara bangun semula dengan mengejut dan dicelikkan mata memandang wajah Zeo di pintu.
"Yer yer Nara mandi." Dengan malas dia bangun ke bilik air. Zeo kembali menutup pintu tersebut.
"Sini dekat abang." Gadis tu berlari kecil ke arah nya. Pinggang Nara dipeluk kemas.
"Dah wangi dah hm." Digesel hidungnya dengan hidung Nara. Gadis tu tersenyum dan mengangguk.
"Dah wangi! Mama papa mana? Abang Zack?" Soalnya sambil melihat sekeliling.
"Mama papa ada dekat itali dan Zack dekat London sambung pelajaran dia. Diorang ada balik sini masa sayang koma dulu."Rambut Nara diselitkan di belakang telinga.
"Ouhhh" terangguk-angguk dia.
"Selama Nara koma abang tak ada cari someone ke?" Zeo mengeleng kepalanya tanda tidak.
"Abang sayangkan Nara. Lama mana pun abang akan tunggu sayang." Disandarkan kepala Nara di dadanya.
"Oh ya telefon Nara mana eh?" Didongakkan memandang wajah Zeo.
"Telefon sayang ada dengan abang tapi abang rasa telefon sayang tu tak selamat." Dahi Nara berkerut tidak faham.
"Kenapa?" Zeo mencondongkan sedikit badannya.
"Sayang tak pelik ke Marveen tiba tiba muncul depan sayang masa sayang dalam bahaya?" Nara menganguk kepalanya perlahan.
"Pelik jugak tapi Nara masih tak faham." Keluhan keluar dari mulut Zeo. Wajah bingung Nara dipandang.
"Dia letak alat penjejak dalam telefon tu. Faid anak buah Marveen yang tembak dekat perut Nara." Mata Nara meluas kerana terkejut.
"Biar betul?" Zeo menganguk. Tangan mengusap perut Nara.
"Perut ni kena tikam. Perut ni kena tumbuk. Perut ni kena tembak. Abang mintak maaf. Semua berpunca daripada abang sendiri." Air mata jantan Zeo mula mengalir. Rapuh saja jejaka ini.
"Abang jangan nangis. Nara okeyh lah." Diseka air mata Zeo. Jejaka tu memandang dalam mata cantik Nara.
"I am sorry." Dia menunduk. Nara tidak kuat melihat Zeo yang rapuh sekarang. Mana perginya sifat tegas serta dingin jejaka ni?.
Zeo tersentak apabila lehernya dipeluk erat oleh Nara. Tangan naik melingkari pinggang ramping milik Nara.
"Abang jangan lah macam ni. Nanti Nara pun sedih. Mana abang Zeo Nara yang dulu? Tegas, dingin, kuat." Ditekup kedua pipi Zeo.
"Abang bersalah sayang. Disebabkan abang sayang masuk hospital." Nara mengeleng kepalanya.
"Dah. Benda dah lepas. Sekarang Nara dah ada dekat dengan abang dah." Diukir senyuman manisnya. Zeo yang melihat senyuman Nara turut tersenyum.
"Senyuman sayang mampu buatkan hati abang rasa tenang." Nara yang mendengar tu menunduk apabila pipinya mula memanas.
"Hey, are you blushing love?" Usik Zeo apabila ternampak wajah gadis tu kemerahan.
"M..mana ada. Tetiba panas ja." Dilarikan wajahnya apabila Zeo mahu melihat. Dagu gadis tu dicengkam sederhana kuat dan didongakkan agar memandangnya.
"So cute babygirl." Pipi gebu tu diusap perlahan.
"Blushing hm?" Nara memeluk leher Zeo dan disembamkan mukanya di bahu tu.
"Jangan usik." Terlepas ketawa kecil Zeo dan diusap belakang tu perlahan.
YOU ARE READING
ZEO KEVEN : HIS BABYGIRL✓
RomanceZEO KEVEN : Jejaka berbahaya dan digilai oleh ramai wanita kerana ketampanan dan kekayaan nya. Namun disebalik wajah yang kacak serta dingin, dia mempunyai sisi gelap dimana semua akan tunduk dengannya. SAYANG HARLEENA NUZAIRA : Gadis kecil Zeo Ke...