BAB 28

14.6K 668 4
                                    

"Ni nak pergi mana sebenarnya ni? Pusing sana pusing sini." Pening Zeo bila Nara sekejap sekejap menunjuk jalan sana sini. Nasib sekarang pukul 8 malam.

"Abang abang berhenti! Parking!" Berkerut dahi Zeo dan memarkirkan kereta nya apabila ternampak satu tempat kosong.

"Are you serious babygirl? Pasar malam?" Tidak pernah seumur hidup dia datang ke pasar malam. Tangan naik memicit dahi. Sudahlah dia pakai baju kemeja hitam dengan seluar Jean. Kasut tak payah cakap lah. Sport.

"Alah kenapa abang? Seronok tau pasar malam. Jom jom."Nara keluar dari kereta Audi milik Zeo.

Zeo hanya kekal wajah tidak beremosi nya saja walaupun dalam hati sudah menyumpah seranah. Kalau dia pakai baju t shirt pun lebih selamat. Sudahnya banyak mata yang pandang ke arahnya. Tangan kecil Nara digengam erat.

"Abang, Nara nak ayam gunting tu." Mereka mendekati satu gerai ayam gunting. Wajah Nara sangatlah teruja.

"Ayam gunting dua. Pedas." Abang yang menjaga gerai tu menganguk saja. Mata Nara memandang sekeliling.

"Jangan letak banyak sangat ya." Kata Zeo apabila abang tu menuang serbuk cili terlalu banyak. Risau jika Nara sakit perut.

"Baiklah."

"Terima kasih." Zeo menyambut huluran tu apabila sudah membayar. Lengan kecil Nara ditarik lembut.

"Hm abang." Tangan kiri naik menutup mata kirinya. Zeo pantas menoleh.

"Habuk masuk mata." Didongakkan memandang wajah Zeo.bJejaka tu menundukkan sedikit badannya. Dialihkan tangan kecil tu. Ditiup perlahan. Mungkin habuk yang dikipas oleh penjaga satey tadi.

"Okeyh?" Soal Zeo dan dibalas anggukan oleh gadis kecilnya.

"Waa abang, Nara nak tu!" Ditunjuk ke arah gerai yang menjual air KKN. Dia mahu mendekati gerai tu tapi tangan nya digengam erat oleh Zeo.

"Sabar sayang." Gadis gadis yang dekat dengan Zeo serta Nara sudah memegang dada bila mendengar jejaka tu memanggil Nara 'sayang'.

"Boleh lah abang. Nara nak tu." Kepala Nara digosok perlahan.

"Ya abang tahu tapi ramai orang lagi ni. Kita pergi cari yang lain dulu ya?"Nara hanya mengangguk. Zeo tersenyum nipis dan kembali mengengam tangan kecil gadisnya.

"Nara nak buah anggur."  Zeo menganguk saja. Tangan kecil Nara dilepaskan sekejap untuk melihat buah anggur.

"This?" Soal Zeo sambil menunjukkan buah anggur. Nara menganguk.

"Sayang nak beli apa lagi ni?" Mata dilirikkan ke arah jam menunjukkan pukul 9:05.

"Nak beli air tadi ja lepastu balik." Mereka berdua berpatah balik ke arah gerai air KKN tadi. Tidak ramai orang.

Nara mendongak memandang Zeo. Ditampar perlahan wajah jejaka tu bila ada nyamuk.

"Ada nyamuk lah." Zeo memandang Nara kosong. Tangan naik mengusap pipinya.

"Rm8" Nara menghulurkan duit dan mengambil air tersebut. Zeo membuat isyarat untuk pergi.

"Abang tak pernah datang pasar malam ke? Nara tengok kekok je." Zeo yang mendengar tu berdehem perlahan.

"Pernah ja cuma tak selalu datang." Tipunya. Jika dia bagitahu yang dia tidak pernah datang ke pasar malam pasti gadis ni ketawakan nya.

"Ouhh Nara ingatkan abang tak pernah datang. Nara nak makan boleh?" Zeo menganguk mengizinkan. Gadis tu membuka bungkusan ayam gunting tadi.

Zeo meletakkan tangan kanannya di tepi tingkap dengan tangan kiri memegang stereng.

"Sayang." Nara bergumam saja.

"Besok jam 11 abang balik ambil sayang kita pergi mall." Dahi Nara berkerut.

"Pergi mall buat apa abang?"

"Beli keperluan sayang. Don't worry, you take it, I'll pay" Tenang Zeo berkata. Nara tinggal dengannya jadi sudah menjadi tanggungjawab dia untuk menjaga Nara.

"taknak lah. Nara boleh ja lah pakai yang mana ada sekarang." Zeo mengerling sekilas ke arah nya.

"You are my responsibility, babygirl."

ZEO KEVEN : HIS BABYGIRL✓Where stories live. Discover now