Zeo mengemaskan songkok nya. Samping dilipat kemas dan melihat penampilan nya di cermin besar tu. Sekejap lagi dia perlu ke masjid. Akad nikah akan dilangsungkan di rumah suci Allah.
"Nervous ke bang?" Soal Zack dan Zeo menganguk. Ditarik dan dihembus nafasnya perlahan. Bertenang Zeo.
Perjalanan tidak mengambil masa yang lama untuk sampai ke masjid. Setelah tiba, mereka turun dari kereta dan diatur langkah masuk ke dalam masjid.
"Bismillah." Zeo masuk ke dalam dan diambil tempat berhadapan dengan tok kadi.
"Kita tunggu pengantin perempuan dulu ya." Mereka mengangguk. Zack mengusap belakang abangnya untuk menghilangkan nervous.
"Kau tak boleh nervous sangat. Tenang ja." Zeo menganguk saja. Mata memandang ke arah luar masjid dimana sebuah kereta Alphard memasuki perkarangan masjid.
Keluarlah seorang gadis yang cantik memakai baju pengantin berwarna putih. Senyuman manis tu terhias cantik di bibir merahnya.
"Semua sudah ada? Kita mula ya." Tok kadi mula berjabat tangan dengan Zeo.
"Zeo Keven bin Zaid."
"Saya." Terdengar tenang suara Zeo.
"Aku nikahkan engkau dengan Sayang Harleena Nuzaira binti Mohd Noor dengan mas kahwin sebanyak 12 ribu ringgit dan seperangkat alat solat dibayar tunai." Zeo menarik nafasnya terlebih dahulu.
"Aku terima nikahnya Sayang Harleena Nuzaira binti Mohd Noor dengan mas kahwin sebanyak 12 ribu ringgit dan seperangkat alat solat dibayar tunai." Selafaz Zeo dan terukir senyuman manis di bibirnya.
"Sah?"
"Sah!"
"Sah!"
"Sah!""Alhamdulillah" mereka menadahkan tangan untuk membaca doa. Setelah selesai Zeo bingkas bangun mendekati Nara.
"Assalamualaikum cinta syurga abang." Dia duduk berhadapan dengan gadis itu. Nara tersenyum.
"Walaikumusalam." Dihulurkan tangannya untuk Zeo sarungkan cincin. Nasib baiklah Kiara ada ajarkan dia.
Nara menunduk mencium tangan Zeo setelah menyarungkan cincin di jari si suami.
"Jadi isteri yang baik untuk abang dan jadi ibu yang baik untuk anak anak nanti ya sayang?" Nara mengangguk.
"In shaa Allah Nara cuba." Zeo mengucup ubun ubun Nara dan para juru kamera mula mengambil gambar.
"I love you so much Sayang Harleena Nuzaira."
"Nara sayang abang juga. Abang syurga Nara."
Dua pasang mata tu merenung antara satu sama lain untuk menyalurkan kasih sayang. Kini hubungan ini telah diikat secara yang sah dan akan terpisah jika lafaz disebut.
Semoga rumah tangga yang dibina akan berkekalan sehingga akhir hayat. Apa yang terjadi itu semua telah menjadi takdir.
Tamat.
Dengan Bismillahirrahmanirrahim
Zeo Keven : His babygirl
melabuhkan tirai.
YOU ARE READING
ZEO KEVEN : HIS BABYGIRL✓
RomanceZEO KEVEN : Jejaka berbahaya dan digilai oleh ramai wanita kerana ketampanan dan kekayaan nya. Namun disebalik wajah yang kacak serta dingin, dia mempunyai sisi gelap dimana semua akan tunduk dengannya. SAYANG HARLEENA NUZAIRA : Gadis kecil Zeo Ke...