Mata yang berat perlahan lahan untuk cuba dicelikkan.
"Alhamdulillah awak dah sedar. Sebentar ya saya panggil kan doktor." Nurse melangkah keluar. Nara memandang siling putih tu dengan kosong.
"Nuzaira. Awak ada rasa sakit dekat mana mana lagi tak?" Nara mengeleng kepalanya tanda tidak.
"Berapa lama saya tak sedarkan diri?" Soalnya dengan suara agak serak. Nurse segera menuangkan air.
"3 bulan. Selama awak tak sedarkan diri suami awak selalu datang jenguk awak." Nara berkerut dahi. Suami?.
"S..suami?" Doktor tu menganguk. Nara menoleh ke arah nurse bila dia memberikan segelas air.
Setelah selesai minum, Nara memejamkan mata nya semula.
"Awak berehatlah dulu. Kalau ada apa apa panggil ja nurse dekat depan tu." Nara menganguk kepalanya perlahan.
ZEO mengatur langkah masuk ke dalam wad tu. Seperti biasa tangan sejuk tu digengam olehnya.
"Bila sayang nak bangun ni? Abang rindu dengan Nara."Dikucup belakang tapak tangan tu.
"Dah 3 bulan berlalu. Sayang taknak bangun tengok abang dah ke?" Tiba tiba jari jemari yang digengam olehnya tu bergerak.
"Sayang?" Dipandang tidak percaya melihat Nara mencelikkan matanya. Terukir senyuman di bibir jejaka tu namun hanya sekejap saja.
"Awak siapa?" Memudar senyuman Zeo bila Nara tidak mengenalinya.
"Sayang tak ingat abang?" Wajah gadis tu berkerut dan jelas menunjukkan dia tidak ingat siapa dirinya.
"Saya tak kenal. Awak siapa?" Tangan yang digengam oleh jejaka ni ditarik semula. Zeo memandang seluruh wajah tu tidak percaya.
"Serius sayang tak ingat abang?. Ni abang sayang. Abang Zeo. Takkan sayang tak ingat?"Hatinya bagai direntap bila Nara tidak mengingati nya. Tidak pernah dia lupa untuk mendoakan Nara agar kembali ke pangkuan nya semula tapi sekarang gadis ini tidak mengingati nya.
"Abang Zeo?" Jejaka tu menganguk pantas.
"Ni abang Zeo. Please sayang ingat abang. Jangan buat abang macam ni." Air mata nya mengalir ke pipi betapa sakit dan rapuh nya dia tatkala ini.
Nara yang melihat jejaka tu menangis mula rasa kasihan. Apakah dia ada kaitan dengan lelaki ni sehingga kan dia sanggup menitiskan air mata?.
"Please sayang abang mohon ingat abang. Takkan sikit pun sayang tak ingat? Please."Rayu Zeo dan mengengam erat tangan Nara.
"Abang Zeo ada lipas!!"
"Abang, nara takut!"
"Yeay abang!""Abang Zeo?. Nara rindu abang."Zeo tersenyum lebar dan mendakap tubuh tu erat. Dikucup sayang kedua pipi gebu tu.
"I miss you so much babygirl. Abang bersyukur Allah makbulkan doa abang supaya sayang balik dekat pangkuan abang semula. Abang minta maaf atas semua kesalahan abang."Ditekup kedua pipi gebu tu dan diletakkan dahinya di atas dahi Nara.
"Abang tak pernah penat doakan sayang supaya sayang cepat bangun. Aku bersyukur ya Allah."Rindu, rindu yang teramat sangat dan rindu ni terubat bila doa yang selama ni dimohon akhirnya dimakbulkan. Tiada yang mustahil dengan kuasa sang maha pencipta.
Nara menyeka air mata Zeo dengan ibu jarinya. Tidak pernah dia lihat jejaka ni serapuh bergini.
"Abang janganlah nangis."Jejaka tu tersenyum dan mengengam tangan Nara yang berada di pipinya.
"Abang nangis sebab bersyukur sayang dah balik dekat abang semula. 3 bulan abang tunggu sayang. Tak pernah sikit pun abang nak menyerah sebab abang tahu kuasa Allah tu tak ada yang mustahil. Abang pasti sayang akan sedar."Nara mengukir senyuman manisnya dan menganguk.
YOU ARE READING
ZEO KEVEN : HIS BABYGIRL✓
RomanceZEO KEVEN : Jejaka berbahaya dan digilai oleh ramai wanita kerana ketampanan dan kekayaan nya. Namun disebalik wajah yang kacak serta dingin, dia mempunyai sisi gelap dimana semua akan tunduk dengannya. SAYANG HARLEENA NUZAIRA : Gadis kecil Zeo Ke...