BAB 31

14.2K 671 14
                                    

Nara mendekati jejaka tu yang membelakangi nya. Zeo langsung tidak mengenakan baju di tubuh tegap nya.

"Abang."panggil Nara dan jejaka tu menoleh. Nara meneguk air liur bila mata hitam tu memandang tajam.

"Nara nak pergi pantai boleh? Nara bosan." Mata hitam tu hanya pandang kosong wajah polos tu.

"Pergi siap." Datar suara garau tu dan Nara cepat cepat berlari naik ke bilik untuk bersiap.

Keven mencapai baju nya yang disangkut di kerusi untuk dipakai semula. Bayangan Nara memasuki ke dapur semula.

"Jom." Dia mendahului gadis tu dan Nara hanya mengikuti dari belakang.

Mata Nara bersinar bila nampak air laut. Angin meniup lembut wajah nya.

"Abang, Nara nak pergi situ boleh?" Keven menganguk saja sambil duduk di bangku. Nara yang mendapat keizinan jejaka tu segera mendekati ke arah air laut tu. Tersenyum dia.

"Pandai jugak kau pilih Zeo." Keven mengoyak senyuman sinisnya. Dikeluarkan satu kotak rokok nya.

"Lepaslah." Nara menarik lengan nya dari jejaka ni. Gengaman nya sangat kuat.

"Kau ikut aku sekarang." Dikeluarkan pisau lipat dan dibawa dekat dengan wajah tu. Nara menjarakkan wajahnya.

"Lepaskan Nara lah!" Disebabkan dia jauh dengan Keven jadi jejaka tu tidak dengar kerana sibuk dengan telefon.

Disebabkan rontaan Nara mengakibatkan pisau tu menghiris pipinya. Dia berdesis sakit. Dipijak kaki lelaki asing tu dan berlari ke arah Keven sambil memegang pipi.

"Abang!" Keven angkat muka dan menoleh ke arah nya. Sempat mata melirik orang belakang Nara yang sudah menghentikan langkahnya sebelum berlalu pergi.

"Abang hiks." Mata hitam tu pandang akan tangan Nara yang dipenuhi darah.

"Siapa buat kau?" Nara tunjuk ke arah lelaki yang sudah jauh dengan kedudukan mereka berdua.

"Ikut aku." Ditarik lengan kiri Nara agar mengikuti nya ke kereta semula. Masuk saja dalam kereta, Keven mencapai kotak first aid kit. Nara sudah tersedu sedan menangis.

"Alih tangan kau." Perlahan lahan diturunkan tangannya. Luka tu terbuka luas. Keven menekup dengan sapu tangan. Tangan kecil Nara di ambil dan diletakkan di pipi tu semula.

"Tekup ja faham. Aku bawa kau pergi hospital." Nara hanya mengangguk saja.

Hospital.

"Luka dekat pipi awak saya dah jahit. Jangan bagi jahitan tu terbuka ya." Kepala dianggukan saja. Langkah diatur keluar dari bilik tersebut.

Didekati ke arah Keven dan dipeluk leher jejaka tu yang duduk di kerusi menunggu. Mengeras tubuh Keven bila dipeluk oleh Nara secara tiba tiba.

"Dah jahit?" Pinggang ramping Nara dipegang lembut. Gadis tu hanya mengangguk tanpa bersuara.

"Nara takut." Belakang tubuh badan kecil Nara diusap perlahan oleh Keven.

"Aku ada dengan kau." Hati nya panas bila ada yang mencederakan Nara. Pipi gebu yang dijahit tu disentuh perlahan.

"Dah jadi gangster."kata Keven tidak bersalah. Wajah Nara cemberut. Keven yang melihat menyimpan senyuman lucu.

"Dah jom balik."

"Abang, kenapa mata abang hitam? Bukan kelabu ke?" Keven mengukir senyuman sinisnya.

"Penting?" Nara mengangkat bahu tanda tidak tahu.

"Nara tanya je." Keven diam saja sambil memandu. Tangan kirinya mengengam erat tangan kanan Nara. Gadis tu terkebil kebil bila tangannya digengam. Dipandang wajah jejaka tu hanya tenang saja seakan tiada apa yang terjadi.

"Nara dah tak cantik." Dilentokkan kepalanya di seat.

"Memang pun. Mana ada orang nak dekat kau yang muka dah cacat tu." Selamba Keven berkata. Nara yang mendengar tu menarik tangannya semula dari genggaman Keven. Jejaka tu menoleh sekilas.

"Merajuk lah tu. Macam budak budak. Tak matang langsung." Nara menunduk saja. Hatinya tetiba sakit.

"Yelah, Nara sedar Nara cacat. Tak ada mak ayah. Perangai budak budak. Tak matang. Mengada-ngada. Tak cantik. Bodoh pula tu. Hidup menysuahkan orang. Ya Nara sedar." Dibuka pintu kereta setelah sampai dirumah. Diatur langkah masuk ke dalam tanpa mempedulikan Keven.

Keven terdiam memandang tubuh kecil tu melangkah masuk ke dalam rumah. Dihela nafas perlahan sebelum turut keluar dari kereta.

ZEO KEVEN : HIS BABYGIRL✓Where stories live. Discover now