"sayang bangun sayang. Tak kelakar sayang!" Jerit Zeo yang ditahan oleh polis apabila dia mahu mendekati Nara.
"Kamu suami dia?" Zeo menganguk pantas. Polis segera melepaskan nya dan Zeo berlari naik ke dalam ambulans tersebut.
"Sayang please wake up. Abang merayu." Digengam tangan Nara yang dipenuhi darah. Air mata nya mengalir ke pipi.
Katil tu disorong masuk ke dalam wad kecemasan setelah tiba di hospital. Zeo diarahkan untuk tunggu diluar.
"I am sorry babygirl. I'm so stupid." Tangan yang terlekat darah Nara tadi digengam erat.
Zeo duduk di kerusi sambil menunggu doktor yang merawat Nara keluar. Tapak tangan tu dilihat. Darah tu sudah kering tapi dia masih tidak basuh.
"Please wake up. Abang merayu sangat. Salah abang sebab halau sayang. Abang lupa musuh abang target Nara." Katanya perlahan dan menunduk.
"Semua salah abang." Katanya lagi. Dia sedar salah dia. Pintu tu dipandang dengan raut wajah kerisauan. Didekati sinki untuk basuh tangan nya.
"Encik, encik." Zeo yang terlelap segera mencelikkan mata nya. Dipandang doktor di hadapannya sekarang.
"Encik suami kepada pesakit yang bernama Sayang Harleena Nuzaira?" Soal doktor tu sambil melihat file ditangan. Zeo menganguk kepalanya saja.
"Isteri saya macam mana?" Mata yang tadi mengantuk kini kembali segar. Doktor tu pandang Zeo.
"Hentakan terlalu kuat dan mengakibatkan Nuzaira koma selama tiga bulan. Di perutnya pula terdapat kesan tikaman dan saya pasti tikaman tu terjadi sebelum kemalangan tadi. Apa apa pun minta doa dengan Allah supaya dia balik dekat pangkuan kita semua. Saya minta diri dulu." Zeo menganguk dan mengucapkan terima kasih.
Dia bingkas bangun dan mendekati pintu tu. Ditolak daun pintu tersebut. Hanya bunyi alat pernafasan saja.
"Mesti sayang merajuk dengan abang kan sampai ambil tempoh tiga bulan taknak tengok muka abang" Zeo duduk dikerusi sebelah katil. Tangan sejuk tu digengam erat.
"Abang minta maaf apa yang abang dah buat. Abang silap sebab halau sayang sedangkan dekat luar sayang dalam bahaya. Ramai musuh abang target sayang. Perut ni." Tangan Zeo mengusap perut tu perlahan.
"Mesti musuh abang yang buat. Sayang jangan risau, abang akan cari siapa yang tikam sayang." Diusap sayang rambut tu.
"Sayang, abang minta maaf ya. Abang tahu sayang dengar apa abang cakap." Air mata ditahan sehabis mungkin.
"Abang tak pernah benci sayang malah abang sayang sangat sangat. Abang janji dengan sayang bila sayang dah sembuh abang halalkan sayang." Air mata Nara yang mengalir diseka lembut.
"Hey jangan lah nangis nanti abang pun sedih. Selama sayang duduk dengan abang, bila sayang nampak abang mesti sayang senyum." Zeo mengukir senyuman nipis dan mengusap jari tu.
"Tak pernah sekali pun sayang tak senyum bila tengok abang." Zeo mengetap bibir dan menunduk menahan sebak.
"Mata sayang cantik bila tengok abang. Senyuman sayang manis sangat. Sayang tak pernah nak melawan cakap abang sebab sayang takut kalau abang pukul sayang kan?" Diusap lembut pipi gebu tu.
"Bibir sayang pecah disebabkan abang. Abang tampar sayang kuat sangat sampai sayang jatuh atas lantai. Abang dayus. Abang betul betul tak dapat kawal diri abang. Sayang, bila sayang dah sedar nanti kalau sayang nak marah nak pukul abang pun buatlah. Abang terima." Kepala Dilentokkan dan dibawa tangan sejuk tu ke pipi dan dipejamkan mata untuk tidur.
"Selamat malam, cinta."
YOU ARE READING
ZEO KEVEN : HIS BABYGIRL✓
RomanceZEO KEVEN : Jejaka berbahaya dan digilai oleh ramai wanita kerana ketampanan dan kekayaan nya. Namun disebalik wajah yang kacak serta dingin, dia mempunyai sisi gelap dimana semua akan tunduk dengannya. SAYANG HARLEENA NUZAIRA : Gadis kecil Zeo Ke...