"kau tak payahlah nak acah sedih sangat. Tak ada yang peduli pun." Nara menoleh ke arah Keven yang berdiri di pintu taman.
"Kalau Nara mati ada yang kesah tak?" Kening Keven ternaik.
"Tak ada. Asal kau nak mati? Pergilah." Kata nya tanpa memikirkan apa yang bakal jadi. Nara mengukir senyuman nipis nya.
"Abang dah tak sayang Nara lagi dah?" Pertanyaan tu buatkan Keven terdiam memandang wajah cantik tu walaupun di pipi Nara dijahit tapi langsung tidak mencacatkan wajah tu
"Tak." Spontan tu keluar dari mulut Keven sebelum tuan empunya suara terkedu sendiri dengan apa dia cakap.
"Oh." Air mata Nara meluncur laju ke pipinya namun bibir tu mengukir senyuman nipis.
"Tak apa. Nara faham. Nara beban ja bagi semua orang. Semua dah tak sayang Nara. Kalau abang dah tak sayang Nara lagi dah tak apa lah. Nara tak boleh buat apa apa melainkan jauhkan diri dari abang."Mata cantik tu berair saja. Tiada lagi ceria nya wajah tu. Hanya muram saja. Bertapa rapuhnya dia sekarang.
"Nara cengeng." Dikesat air mata nya dengan belakang tapak tangan namun air mata nya tidak mahu berhenti.
Keven perlahan lahan mendekati gadis tu dan melutut depan Nara yang menunduk saja.
"Nara tak minta ada penyakit childish. Nara pun nak normal macam orang lain tapi Nara tak boleh lawan kuasa Allah." Dipandang tapak tangan nya sendiri.
"Nara dah tak ada sesiapa selain abang, abang zack, mama dengan papa. Tapi masing masing dah tak suka dekat Nara. Abang pun dah tak sayangkan Nara dah."
"Sayang Harleena Nuzaira" Gadis tu angkat muka. Dapat keven lihat disebalik mata berair tu penuh derita dan sakit yang disimpan. Wajah tu juga muram saja.
Tangan kasar Keven naik menyeka air mata tu dengan lembut.
"Sakit sangat dalam ni? Sampaikan sayang nangis teruk depan abang hm? Tell me sayang sakit sangat?" Nara menganguk kepalanya dengan mata memandang tepat mata hitam tu.
"Nak peluk? Nak kasih sayang? Nak cium? Nak belaian dari abang?" Sekali lagi gadis tu menganguk.
"Duit? Harta? Rumah? Kereta? Kemewahan? Tak nak?" Nara mengeleng kepalanya tanda tidak mahu.
"Nara nak kasih sayang ja." Dia tidak minta banyak. Hanya cukup curahkan kasih sayang terhadap nya saja tu sudah buat dia gembira.
Keven mendepakan tangannya.
"Sini." Nara menerpa ke arah Keven memeluk erat tubuh tegap tu.
"Terasa dengan apa yang abang cakap?" Nara menganguk saja. Keven mengucup ubun ubun tu lama dan diusap lembut wajah tu apabila ada sisa air mata.
"Abang minta maaf. Maafkan abang tak?" Soalnya dan dibalas anggukan oleh gadis kecilnya.
"Sayang abang tak?"
"Sayang sangat." Tersenyum Keven mendengar. Dicium seluruh wajah tu kecuali tempat jahitan tersebut.
Gadis ni sangat dahagakan kasih sayang dari orang yang tersayang sehingga kan sanggup mengemis pada orang yang sama sekali bukan ahli keluarganya.
"Nara sayangkan abang. Nara ada abang ja." Rambut panjang Nara diusap perlahan.
"You dont hate me sweetheart?" Sedangkan dia pernah memukul gadis ni dan melontarkan kata-kata kasar.
"Nara tak pernah bencikan abang. Nara sayang abang sangat sangat."dipeluk erat leher Keven.
YOU ARE READING
ZEO KEVEN : HIS BABYGIRL✓
RomanceZEO KEVEN : Jejaka berbahaya dan digilai oleh ramai wanita kerana ketampanan dan kekayaan nya. Namun disebalik wajah yang kacak serta dingin, dia mempunyai sisi gelap dimana semua akan tunduk dengannya. SAYANG HARLEENA NUZAIRA : Gadis kecil Zeo Ke...