"Sayang Nara. Kenapa menangis ni?" Soal Zeo dan menundukkan sedikit badannya. Gadis tu tersedu sedan menangis.
"S..sakit" ditunjukkan tapak tangan nya yang luka. Zeo memegang tangan tu lembut.
"Macam mana boleh luka ni? Sayang panjat pokok ni?" Ditunjuk ke arah pokok besar yang berada di tengah tengah taman. Nara mengangguk.
"Cari penyakit." Tergeleng kepalanya dan dibawa gadis tu ke pondok taman. Tubuh kecil Nara di angkat ke atas peha nya.
"N..nara jatuh."Zeo menghela nafas perlahan dan diusap belakang tengkuk Nara sayang.
"Lain kali jangan buat dah. Sayang tu baru ja nak sembuh. Sayang taknak abang marah kan?" Gadis tu mengeleng laju.
"Kalau taknak abang marah jangan buat dah." Dipedap perlahan tapak tangan tu dengan kapas yang sudah diletak minyak gamat.
"Maaf." Dia menunduk.
"Ulang sekali lagi. Cakap apa tadi?" Dicari wajah Nara yang menunduk tu.
"Nara minta maaf."
"Minta maaf bagi ikhlas. Taknak singkat macam tu." Sengaja suara ditegaskan sedikit.
"Haaaa Nara minta maaf janji tak buat dahhhh. Abang janganlah marah Nara." Bibir tu mencebik seakan mahu menangis bila suara Zeo kedengaran tegas.
"Janji?" Nara menganguk dengan mata bulatnya memandang Zeo. Jejaka tu mengucup kedua pipi gebu tersebut.
"Nakal! Panjat pokok lagi kan dah luka."Hidung mancung tu ditarik geram sehingga memerah. Kening Nara bertaut geram.
"Sakit lah." Geram dia namun Zeo langsung tidak kesah dengan geram Nara. Marah pun comel.
"Marah hm?" Nara menjeling tajam ke arah nya. Ternaik kening Zeo bila Nara menjeling.
"Oh merajuk lah ni. Mana tengok sikit muka merajuk dia tu." Nara melarikan wajahnya namun Zeo semakin suka mengusik.
"Eish!" Zeo tergelak bebas.
"Mana muka merajuk dia tu. Sini lah abang nak tengok." Nara mengetap bibir dari tersenyum.
"Macam ni lah hm"
"Mana sayang. Pandang lah sini. Tengok abang." Dagu tu ditarik agar memandang dirinya.
"Eee taknak lah! Abang suka usik Nara."disorokkan wajahnya di dada tegap Zeo. Jejaka tu tergelak kecil.
"Dengan siapa lagi abang nak mengusik kalau bukan dengan sayang. " Rambut tu diusap perlahan. Nara tersenyum dalam diam.
"Taknak kawan dengan abang. Merajuk!"sekali lagi jejaka tu tergelak. Tubuh Nara dicempung untuk dibawa masuk ke dalam.
"Kalau sayang taknak kawan dengan abang , lepas ni sayang nak tidur peluk siapa kalau bukan abang?" Usik Zeo lagi. Nara mengembungkan pipi nya tanda protes.
"Peluk bantal. Huh!"Zeo meletakkan Nara di pehanya setelah melabuh punggung di sofa ruang tamu.
"Sayang."Panggil Zeo dan Nara bergumam saja.
"Abang nak halalkan sayang" Mata bulat tu terkelip kelip tidak faham.
"Abang nak sayang jadi isteri abang yang sah. Abang nak sangat halalkan sayang." Mata kelabu tu dalam merenung dalam mata cantik Nara.
"Nara takut abang pukul Nara lagi."Ditundukkan bermain dengan jari jemari nya sendiri.
"Abang janji abang takkan pukul sayang dah. Abang sayangkan Nara sangat sangat."Dikucup lama tepi dahi Nara menyalurkan kasih sayang nya.
"Janji, abang takkan pukul Nara lagi?" Zeo menganguk kepalanya.
"What do you want me to be like? romantic?" Nara menganguk pantas.
"Oke sure after we get married." Diukir senyuman kacaknya.
YOU ARE READING
ZEO KEVEN : HIS BABYGIRL✓
Roman d'amourZEO KEVEN : Jejaka berbahaya dan digilai oleh ramai wanita kerana ketampanan dan kekayaan nya. Namun disebalik wajah yang kacak serta dingin, dia mempunyai sisi gelap dimana semua akan tunduk dengannya. SAYANG HARLEENA NUZAIRA : Gadis kecil Zeo Ke...