BAB 19

17.1K 743 21
                                    

Nara mendekati Zeo yang sedang membuat kerja di ruang tamu. Perlahan lahan dia mendekati.

"BAH!" terkejut Zeo dibuatnya dan menoleh menangkap tangan kecil tu apabila Nara hendak melarikan diri.

"Argh mama tolonggg!" Jeritnya dan Zeo menarik tubuh tu ke dalam pelukannya. Tergeleng kepala mama Katyna yang berada di dapur.

"Nak apa hm yang datang sergah orang?" Gadis tu hanya tersengih saja.  Zeo mendekat kan wajahnya ke wajah tu.

"Jauh lah." Nara menolak tubuh jejaka tu namun Zeo menunduk melihat kedua tangan kecil tu yang menolak dadanya.

"Taknak abang cium?" Zeo tersenyum nakal. Sebaik dia cuba untuk mendekati, tangan kecil tu kembali menahan.

"Oh taknak? Okeyh." Diletakkan Nara disebelahnya dan kembali fokus dengan kerja nya.

"Abang marah Nara ke?" Soalnya dan menyenget kan kepalanya memandang wajah Zeo. Jejaka tu mengangkat bahu tanpa mengalihkan pandangan dari kertas kerjanya.

"Nara nak keluar sekejap boleh?"

"Pergilah." Balas Zeo ringkas dan gadis tu berlari ke arah pintu. Mata dipandang ke arah pintu tu sekejap dan kembali memandang kertas kerja.

ZEO menunggu Nara pulang. Dilihat jam menunjukkan pukul 10 malam. Ditelefon langsung tidak angkat. Seketika pintu rumah tu dibuka. Nafas gadis tu tercungap-cungap kerana penat.

"Nara minta ma-"

Pang!.

Terteleng wajah gadis itu ke tepi bila dapat tamparan hebat oleh Zeo sehingga dia jatuh terduduk di lantai.

"Nak minta maaf? Kau pergi mana sampai pukul 10 malam baru pandai nak balik? Mengatal?"Nara mengeleng kepalanya tanda tidak.

"Nara tadi-"

"Dah kau tak payah nak jelaskan dah. Anak buah aku dah hantar bukti. Sekarang ni aku nak kau berambus dari rumah ni!" Ditarik rambut Nara agar bangun dan ditolak keluar dari rumah tersebut. Badan Nara basah kuyup disebabkan hujan lebat.

"Tapi abang.."

"BERAMBUS PEREMPUAN JALANG!" Tengking Zeo dan menutup pintu rumah. Mama papa nya sudah balik ke itali semula disebabkan urusan kerja disana dan Zack kembali ke London untuk menyambung pelajaran nya setelah 4 minggu bercuti. 

Gambar yang Zeo dapat dari anak buahnya sebentar tadi benar benar buat dia marah.

Nara perlahan lahan bangun dan berjalan kaki menjauhi rumah tu dengan berpeluk tubuh. Dibiarkan saja badannya basah.

"Kenapa nasib nara macam ni bu? Apa salah Nara?" Dia bertanya pada dirinya sendiri sambil menunduk.

Lengan gadis tu ditarik ke tepi. Pisau ditusuk ke dalam perut Nara dan ditarik keluar dengan kasar.

"Goodbye little girl." Dia berlalu pergi setelah kerja nya sudah selesai. Nara memegang perutnya yang sudah mengalirkan darah.

Perlahan lahan dia bangun untuk ke rumah Zeo semula. Dia tidak nampak jalan ke rumah jejaka tu jadi langkahnya agak terhuyung-hayang.

"Pin...pin..." Lampu dari arah kiri buatkan dia menoleh sebelum memejamkan mata dan badannya dihentam kuat oleh lori tersebut.

"A..bang Z..eo" Darah mula memenuhi atas jalan tersebut.

ZEO memejamkan matanya untuk tidur tapi tidak dapat. Di fikirannya hanya satu iaitu Nara.

"Asal aku rasa tak sedap hati?" Tiba tiba dia terdengar siren ambulans. Bunyi tu seakan tidak jauh dengan rumahnya. Dia bingkas bangun keluar untuk tengok.

Fikiran menyuruhnya untuk pergi ke arah tersebut. Kaki melangkah ke arah orang yang berkerumun tu. Dibiarkan saja badannya basah disebabkan hujan masih belum reda.

"Harleena Nuzaira." Matanya meluas melihat tubuh yang berlumuran darah tu.

ZEO KEVEN : HIS BABYGIRL✓Where stories live. Discover now