Sebelas

84 11 3
                                    

Chan, Wonwoo dan rakannya berpandangan sesama sendiri melihat Seungcheol berurusan dengan polis di penjara itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Chan, Wonwoo dan rakannya berpandangan sesama sendiri melihat Seungcheol berurusan dengan polis di penjara itu.

"If I can know, what crime did Mr. Hong committed?" tanya Seungcheol dengan fasihnya.

Mereka bertiga tidak menyangka Seungcheol pintar berbahasa Inggeris. Sungguh, mereka datang ke LA tanpa persediaan apa-apa. Itu yang membuatkan mereka bertiga terkejut dengan kefasihan Seungcheol.

"Oh, Mr. Hong? He killed his wife." Dengan santainya pegawai itu membalas.

Oh.

"Why he killed his wife?" soal Seungcheol lagi. Pegawai itu kelihatan rimas dengan Seungcheol.

"I don't know, man. It's have been years since that killer got jailed. You can meet him if you want," ucap pegawai itu malas.

Seungcheol menoleh ke arah ketiga rakannya yang menanti dia selesai.

"Korang nak jumpa dia ke?" tanya Seungcheol meminta kepastian.

Chan, Wonwoo dan jejaka itu memandang antara satu sama lain dan mengangguk.

"Boleh, tapi kami tak fasih berbahasa Inggeris. Kalau boleh, cuba hyung tanya ada ke translator kat sini," pinta Wonwoo setelah bersetuju. Seungcheol menganggukkan kepalanya dan kembali memandang pegawai di depannya.

Jujur, dia juga memerlukan penterjemah. Walaupun dia fasih berbahasa Inggeris, tidak bermakna dia mudah faham bicara lawannya. Kadangkala, Seungcheol pusing untuk memahami bahasa asing yang dibicarakan meskipun dia sudah faham bahasa tersebut.

"We want to meet him. If possible, we need a translator so that it will be easier for us to communicate." Pegawai ini mengangguk sebelum menaip sesuatu di komputer dia. Dia juga mencapai interkom di hadapannya memanggil seseorang.

Setelah itu, kelihatan seorang pegawai menghampiri mereka dan menegur pegawai yang berurusan dengan Seungcheol. Dari wajahnya, keempat-empat mereka tahu jejaka itu berasal dari Korea.

"Mr. Seungcheol, this is Officer Hwang Inhyun. He will help you to translate you with prisoner Hong. Officer Inhyun, you can take them to him."

Pegawai polis yang bernama Inhyun itu mengangguk lalu meminta keempat mereka mengikuti dirinya. Sempat mereka berbual kecil sebelum tiba di lokasi yang sepatutnya.

"Kalian ada kaitan ke dengan banduan Hong? Sejujurnya, saya sangat terkejut apabila tahu dia ada pelawat. Selama dia di penjara, tidak pernah sekalipun dia dapat pelawat," cerita Encik Inhyun itu santai.

"Kami rakan anaknya, Encik. We have something to ask about him for his son." Wajah Encik Inhyun kelihatan terkejut.

"He has a son? I never knew about that. Banduan Hong antara banduan yang paling tutup mulut pasal keluarganya. Tak sangka dia punya anak. Anak banduan Hong tak datang melawat ya?"

Keempat mereka menggeleng kepala. Macam mana nak lawat kalau Jisoo sendiri pun tak tahu diorang pergi ke LA ini untuk berjumpa ayahnya.

"He doesn't want to. Oh, btw Officer Inhyun, how long you have become a police here?" tanya Wonwoo mengalihkan cerita. Risau jika berlanjutan cerita tentang Jisoo, segalanya jadi mencurigakan.

"15 tahun! Lama kan? Syukur walaupun saya kat sini dah lama, saya masih mampu cakap bahasa Korea dengan lancar. You know, kat sini ada satu komuniti Korea dan kat situ lah cara saya kekalkan bahasa ibunda kita. Saya pun sebenarnya dah lama tak pulang Korea, hmm... mungkin dalam tahun ni saya pulang. Rindu pula dekat sana lepas tengok kalian datang hahahaha..." cerita Encik Inhyun lebar.

Mereka hanya tersenyum dan mengangguk-angguk mendengar cerita pegawai itu. Tidak lama kemudian, mereka tiba di satu tempat yang kelihatan seperti bilik soal siasat.

"Kalian akan berbual dengan banduan Hong di sini ya sebab kalian memerlukan translator, jadi bilik sebenar untuk berkomunikasi tidak sesuai digunakan'" ujar Encik Inhyun. Mereka hanya menyetujui memandangkan mereka tidak tahu prosedur yang sepatutnya digunakan di penjara.

Selang beberapa minit, seorang lelaki yang kelihatan sudah berumur sambil tangannya digari dan memakai baju penjara memasuki bilik soal siasat itu. Dia kelihatan menyampah melihat keempat-empat mereka.

Namun nak taknak, lelaki itu dipaksa duduk oleh pegawai polis yang lain sebelum dia beredar meninggalkan enam pasang mata itu untuk berbicara.

"Prisoner Hong, these men are your son's friends." Mereka mengangguk sedikit memberi hormat kepada Mr. Hong.

"Son? Joshua?" tanya ayahnya Jisoo kepelikan. Dah kenapa kawan anaknya mahu berjumpa dengannya?

"Uh, yes... I'm Choi Seungcheol. I have some questions to ask regarding your son." Banduan Hong itu mengerutkan kening apabila Seungcheol ingin bertanya tentang anaknya. Silap orang agaknya.

"You think I know? I got prison few years after he was born, dumbass." Seungcheol menahan nafas mendengar makian banduan Hong manakala Encik Inhyun menterjemahkan kata-kata kasar banduan Hong itu kepada tiga lagi rakannya.

"Why did you get prison, Mr. Hong?" tanya Seungcheol tanpa basi basa lagi. Inilah jawapan yang ingin ditahu oleh keempat-empat mereka. Meskipun pegawai sebelum ini telah memberitahu sebab lelaki di hadapannya ini masuk penjara, namun dia ingin mendengarnya dari mulut banduan tersebut.

Banduan Hong itu tersenyum sinis lalu membalas. Kerana otak Seungcheol sudah lelah untuk mentafsir apa yang dikatakan olehnya, dia memandang ke arah Encik Inhyun.

"Dia cakap, dia bunuh isteri dia. Malam tu, dia gaduh besar dengan isteri dia sebab kantoi dia ada scandal belakang isteri dia. Dia tak sengaja bunuh, jadi disebabkan itu dia sorok mayat isteri dia bersama scandal dia kat suatu tempat. Lepas beberapa hari, baru dia ditangkap sebab ada yang lapor," jelas Encik Inhyun jelas dan ringkas.

Mereka menganggukkan kepala memahami apa yang disampaikan. Mereka dapat meneka siapa yang melaporkan kes pembunuhan itu. Kemungkinan besar, Jisoo melihat perbuatan ayahnya terhadap ibunya pada malam itu. Meskipun Jisoo ketika itu masih kecil, namun dari cerita adik beradik Wen dahulu, Jisoo sangat pintar untuk usianya. Jadi, mereka tidak pelik jika jejaka itu yang melaporkan kes tersebut.

"Your scandal still out there?" tanya Seungcheol lanjut. Banduan Hong membalas namun mereka hanya menunggu sehingga Encik Inhyun menterjemahkannya.

"Dia meninggal beberapa minggu lepas kes pembunuhan itu dilaporkan. Mulanya, kes wanita itu dikatakan kes pembunuhan sebab ditemui tidak bernyawa di sebuah kelab dalam keadaan berdarah. Namun, akhirnya polis yang menyiasat menyatakan ia sebagai kes bunuh diri kerana overdose dadah dan khayal menyebabkan dia menikam dirinya sendiri."

That's it.

That's it the fucking answer they need.

Seungcheol tersenyum puas.

His Revenge •C.SC•Where stories live. Discover now