UMAR X NAURA [ BAB 2 ]

4.1K 218 11
                                    


Umairah memandang Naura tidak percaya.Haih badmood lagi kawan dia yang sorang ni.

"Kau ni Naura asyik badmood je.Bukan nak bersembang dengan aku.Terpaksalah aku kena sembang dengan dinding lagi sekali." Umairah sudah menunjuk riak merajuk.Namun tidak diendah oleh Naura.

"Ish kau ni memang lah aku tengah badmood sebab aku tengah datang bulan sekarang ni." Umairah tersengih.Lah datang bulan rupanya Naura ni.Cuba cakap awal-awal tak ada lag dia ni pun ikut badmood sekali.

Naura mengerling jam tangannya yang sudah menunjukkan waktu rehat dah tamat.

"Weh aku gerak dulu tau,takut ramai pulak patients aku nanti." Naura segera bergegas untuk kembali ke hospitalnya selepas mendapat anggukan dari Umairah.

Sesampai di hospital,tanpa Naura sedar akibat larian speed turbo dia tadi membuatkan dia terlanggar seseorang. Apa lagi ? Jatuh terduduk Naura dibuatnya.

Naura mengaduh kesakitan sebelum kepalanya didongakkan bagi melihat siapakah gerangan yang buat dia jatuh tadi.Keningnya bertaut.Eh malaun ni memang tak reti nak mintak maaf ke ? Dah lah dia dah lambat tambah pulak terlanggar malaun bisu yang buat hati dia makin berapi.Dia terus berdiri menghadap lelaki itu.

"Eh awak ni tak ada mata ke ? Lain kali mata tu tengok depan bukan suka hati je letak kat lutut sampai langgar orang . Nasib pinggang saya ni tak patah sebab awak.Kalau tak memang saya dah claim insurans dekat awak tau. Satu lagi,kalau dah buat kesalahan tu sila ringankan mulut untuk ucap maaf ya." Naik turun dadanya kerana melepaskan amarah hanya dalam satu nafas.Habislah Naura dah nak jadi mak singa yang hilang anak.

Di sisi lain,tanpa dia sedar lelaki itu hanya memandang tepat ke dalam anak mata Naura.Cantik.

"Macam mana kau tahu aku letak mata aku kat lutut ? Kita ni kongsi mata ke ? Boleh jadi aku letak mata aku kat tangan,kat kaki,kat hidung pun boleh.Yang kau ni pun,asal kau boleh terlanggar aku ? Kalau kau betul-betul gunakan mata yang Allah dah bagi tu, mesti kau dah mengelak daripada langgar aku.Nampak sangat kau sendiri pun letak mata dekat lutut." Lelaki itu mula bersuara sambil tersenyum sinis setelah lama diam membisu. Naura mendengus geram dan cepat-cepat berambus dari pandangan lelaki itu.Buat emosinya terganggu sahaja.Malas jugak dia nak berperang mulut dengan malaun tu.

Dalam diam, hati Umar sudah berdegup laju sebelum lelaki itu mengukirkan senyuman yang hanya dia dan tuhan sahaja tahu apa maksud disebaliknya.

Seperti biasa, masa kerja sudah tamat dan inilah masanya Naura dan Umairah mengambil kesempatan dalam kesempitan untuk bersembang dan bergosip-gosip

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Seperti biasa, masa kerja sudah tamat dan inilah masanya Naura dan Umairah mengambil kesempatan dalam kesempitan untuk bersembang dan bergosip-gosip.Ni dah bukan makcik bawang tapi ni pasukan doktor bawang.

"Weh Umai,kau tau tak tadi kan sebelum aku start kerja aku ada terlanggar sorang mamat ni tau.Harap muka je hensem tapi sepatah taik hidung masin pun dia tak cakap sorry kat aku.Eeeee benci lah !" Sempat Naura memuncungkan bibirnya seperti itik. Umairah tertawa melihat kecomelan Naura.Dia mula dah perangai big baby dia ni.Walaupun Umairah baru mengenali Naura hampir setahun tetapi dia rasa persahabatannya dengan Naura sudah pun bertahun-tahun lamanya.

"Kau dengar tak apa aku cakap ni Umai ?" Tanya Naura seakan melihat rakannya yang tidak memberi respon itu.

"Ya aku dengar lah Naura. Biasalah lelaki kan mana pernah sweet. Ego dorang tu tinggi sangat." Naura mengangguk setuju.

"Eh by the way kan kau memang tak nak cerita apa-apa ke dekat aku ? You know, about something ke.Sebab aku kadang-kadang selalu nampak kau muram je.Ye lah aku pun baru kenal dengan kau hampir setahun dan sekarang ni kat tempat kerja ni pun aku paling rapat dengan kau je.Nak jugak aku tahu kisah pasal kau.Sesi berkenalan dengan lebih mendalam gitu.Tapi kalau kau tak nak cerita tak apa aku faham." Sempat Umairah menayangkan senyuman manis kepada Naura supaya Naura tidak merasa bersalah jika dia tidak ingin membuka cerita.

Dia tahu kawan di depannya sekarang cuba untuk terus terlihat kuat di depan mata orang lain.Naura memang seorang yang pemurah dengan senyuman namun hatinya mungkin saja sedang hancur.

"Aku penat Umai." Tiga perkataan ini mampu membuat Umairah terus memandang wajah Naura yang jelas menunjukkan riak wajahnya yang sedih dan air mata yang mula bertakung. 

"Aku-

Belum sempat Naura meneruskan ayatnya,badannya terus dipeluk erat oleh Umairah.Ya dia tahu.Kawan baiknya ini sedang hancur dalam diam.Naura  menghamburkan tangisannya di dalam dakapan Umairah.Dia melepaskan semua kesedihan yang dia pendam selama ini tanpa pengetahuan orang lain.Selain dia mengadu kesakitannya di dalam sujud,dia juga amat memerlukan seseorang untuk mendengar luahan isi hatinya.Hatinya terasa terlalu sebak di saat ini.

"Sshhh it's okay to cry,Naura.I'm here.Lepaskan semua.Lepaskan je tangisan kau.Sikit pun tak akan menampakkan yang kau ni lemah Naura." Tangan Umairah naik lembut mengusap belakang tubuh kawannya itu bagi meredakan tangisannya.

Selepas saja tangisan Naura reda, dia mula bercerita tentang kisah hidupnya yang pahit kepada Umairah.Umairah mengangguk faham dan sayu sahaja tatapannya terhadap Naura.Rupanya kawan baiknya yang sentiasa tersenyum ini memang pandai menyembunyikan kesedihannya di depan orang lain.

"Habistu sekarang ni kau memang nak berhenti jadi doktor dan kerja dekat syarikat bawahan ayah kau ke macam mana?" Naura menggeleng perlahan sebelum mengukirkan senyuman.

"Tak kisah lah apa yang jadi sekalipun aku tetap nak stay as a doctor.Aku tak nak perkara sama berulang macam mama aku sakit dulu.Mama aku betul-betul menghembuskan nafas terakhir dia depan mata aku sendiri Umai.Aku kecil lagi waktu tu dan aku tak mampu buat apa-apa. Dan sekarang ni lah masanya untuk aku nak cuba bantu orang lain yang dalam kesakitan pulak supaya mama aku kat sana mesti bangga dengan aku."

"She's really proud of you,Naura.Aku jamin benda tu." Umairah tersenyum lalu menggenggam erat tangan kawan baiknya itu.

"Apa yang kau kena buat sekarang ialah kau kena kuat.Kuat hadapi ujian yang Allah bagi dekat kau.Kau patut bersyukur Naura sebab Allah bagi kau ujian sebab itu tandanya Dia masih sayangkan kau.Teruskan berdoa untuk mintak kekuatan dari Dia ya Naura." Naura mengangguk perlahan sebelum memeluk erat tubuh Umairah.

"Thank you Umai.Thank you sangat-sangat."

𝐌𝐫𝐬 𝐔𝐦𝐚𝐫 𝐀𝐥-𝐅𝐚𝐭𝐞𝐡 | 𝐂Where stories live. Discover now