UMAR X NAURA [ BAB 36 ]

2K 133 4
                                    

P/s: Dekat bab ni kalau dengar lagu Bohongi Hati mesti lagi feeling :)

Beberapa hari telah berlalu. Namun hubungan antara pasangan itu masih belum pulih. Masing-masing hanya mendiamkan diri. Tiada lagi kedengaran gelak tawa dan kemesraan dari Umar dan juga Naura. Begitu juga dengan orang-orang yang berada di rumah itu. Mereka sudah tak seceria seperti dulu.

Umar ada memberitahu Haider supaya rawatannya itu ditangguh buat sementara waktu disebabkan masalahnya dengan Naura masih belum selesai. Dia mahu hubungannya dengan Naura kembali seperti dulu sebelum dia melanjutkan rawatannya yang ditunda itu. Umar juga tak menyangka yang Naura akan kecewa dengan dia dalam jangka masa yang lama. Masing-masing terlalu ego.

Naura yang baru sahaja menapak keluar dari bilik air menghentikan langkahnya apabila melihat Umar yang sudah berdiri tegak di hadapan pintu bilik air. Lelaki itu hanya memandangnya dengan tatapan kosong.

Naura cuba untuk tidak menghiraukan kehadiran Umar di situ. Dia hanya melepasi Umar seraya kakinya kembali melangkah untuk keluar dari bilik itu.

Sebelum Naura berlalu keluar dari bilik, Umar lantas memeluk tubuh isterinya dari belakang. Membiarkan dadanya bersandar pada belakang tubuh Naura. Seperti biasa, dagunya akan diletakkan di atas bahu Naura membuatkan pipi mereka mulai bersentuhan.

"I know this is your weakness. So please, stay in this position for a while." Umar memejamkan matanya. Cuba untuk menyalurkan pelukan hangat buat Naura.

Dia rindu dengan pelukan yang sebegini. Walaupun baru beberapa hari tidak memeluk tubuh wanita ini, tetapi bagi Umar seperti sudah berbulan-bulan dia tidak menyentuh Naura.

Betul kata Umar. Pelukan yang begini adalah kelemahan Naura. Pelukan yang Umar berikan kepadanya sentiasa membuatkan diri Naura terasa nyaman apabila berada dalam dakapan lelaki itu. Dia rasa selamat dan kesedihannya juga terasa seperti diubati.

Naura juga memejam matanya rapat. Air matanya yang murah pada waktu ini hanya dibiarkan jatuh tanpa diseka. Pelukan ini, pelukan yang dia rindu. Dan bau ini, adalah bau yang sangat-sangat dia rindu.

Andai saja Naura tidak melayani egonya yang setinggi langit, mahu sahaja dia berpaling menghadap Umar dan membalas pelukan suaminya dengan lebih erat. Namun sejak Umar sudah tidak mempedulikannya, egonya juga kian meninggi. Dia juga seakan-akan tidak mempedulikan lelaki itu namun hakikatnya hal itu hanya membuatkan Naura lebih terseksa. Dia terseksa kerana terlalu rindu dengan setiap belaian dari lelaki itu.

"Sampai bila Ayesha nak berdiam diri dengan abang ? Hampir setiap hari Ayesha berkelakuan macam ni. Dan setiap hari tu lah abang cuba untuk bersabar. Abang diam sebab abang tau isteri abang masih marahkan abang dan sebab tu sekarang ni abang peluk Ayesha. Abang nak redakan kemarahan isteri abang. Dan mungkin Ayesha makin benci dengan abang sebab abang langsung tak cuba untuk betulkan hubungan kita. Ya kan ?"

'Naura tak pernah bencikan abang.' Itu apa yang ditutur di dalam hati Naura. Sungguh, sedikit pun rasa benci tidak pernah ada untuk Umar. Dia cuma terlalu kecewa dengan lelaki itu.

"Abang rindu isteri abang. Abang rindu gurauan dari dia. Abang rindu nak tengok senyuman dia. Gelak tawa Ayesha dan pelukan dari Ayesha." Umar merangkul pinggang Naura dengan lebih erat.

Naura melepaskan pelukan Umar yang sedang merangkul pinggangnya. Badannya kemudian berpaling menghadap suami yang berada di hadapannya itu. Wajah Umar hanya ditatap penuh sayu. Wajah lelaki itu kelihatan sedikit berbeza. Semakin cengkung dan pucat.

Naura hanya diam menatap wajah suaminya. Bibirnya bergetar. Sudah berapa lama dia tak hiraukan lelaki ini sehinggakan penampilan suaminya sebegini rupa ?

𝐌𝐫𝐬 𝐔𝐦𝐚𝐫 𝐀𝐥-𝐅𝐚𝐭𝐞𝐡 | 𝐂Where stories live. Discover now