UMAR X NAURA [ BAB 21 ]

2.5K 126 1
                                    

3 hari berlalu dengan pantas buat Naura.Dia dan juga Umar sudah pulang ke rumah mereka kerana perlu kembali ke tempat kerja.

Naura yang sedang bersolek di depan cermin ditatap oleh Umar.Idea bernas terlintas di dalam otak.Bibirnya mengukirkan senyuman nakal sebelum dia memanggil isterinya itu.

"Sayang,tolong jap." Tali leher nya yang berwarna hitam diangkat untuk ditunjukkan kepada Naura.Mendengarkan itu,Naura terus bangkit dari duduknya dan mengorak langkah ke arah Umar.Senyum diukirkan buat si suami.Suami dia ni tak pernah tak kacak.Rambut Umar yang disikat sehingga menampakkan dahinya,potongan rambut yang kemas dan haruman wangian Umar yang menusuk ke rongga hidung Naura sudah cukup membuatkan Naura rasa terpegun.Bibir Umar yang pink kemerahan menjadi tumpuan Naura.Tidak kurang dari itu, jawline Umar yang tajam juga menarik perhatian Naura untuk melihat wajah suaminya itu dengan lebih lama.Sangat sempurna untuk bentuk wajahnya itu ! Bertuah betul dia dapat suami sehensem Umar ni.

"Hensem sangat ke muka abang sampai Naura tengok tak berkedip ni ?" Umar tergelak apabila melihat muka Naura.Riak mukanya tak kalah seperti budak kecil yang nampak makanan.Adore sangat nampaknya tu.

Naura kembali ke realitinya apabila Umar bersuara.Mukanya merah menahan malu.

"Ish abang ni.Dah, duduk senyap-senyap.Naura nak ikat tali leher ni." Mukanya cuba untuk menahan senyum tapi Umar tetap perasan hal itu.Perasaan untuk menyakat isterinya semakin membuak-buak.

"Abang,stop lah tengok Naura macam tu.Scary tau tak ?" Bukan Naura tak sedar dengan kelakuan Umar ,dari tadi lagi Umar memandang wajahnya tanpa berkedip.Dah tak fokus dia nak ikat tali leher Umar ni sebab Umar asyik pandang dia.Umar menundukkan sedikit badannya supaya setara dengan ketinggian Naura sebelum dia bersuara.Maklumlah Naura ni kan kerdil.

"Aik, nak tengok muka bidadari tak bersayap depan abang ni pon salah ke ? Sayang tau tak yang sayang ni cantik sangat-sangat ?" Naura hanya menggelengkan kepalanya sambil tersenyum dan menyambung untuk mengikat tali leher encik suaminya yang mengada tu.

Kali ini,Naura menutup mata Umar dengan telapak tangannya kerana Umar masih memandangnya seperti tadi.Bukan dia tak suka, tapi malu.Hanya Allah saja yang tau hati Naura ni seakan-akan ingin melompat keluar disebabkan tindakan Umar.Awal-awal pagi lagi dah buat hati dia tak keruan.

"Kalau abang tengok Naura macam tadi,Naura taknak sambung ikat tali leher abang." Naura cuba untuk mengugut Umar dengan kedudukan yang masih sama.Hanya bibir Umar saja yang kelihatan dan menarik perhatian Naura.Air liurnya ditelan.Tolonglah.Dia dah hampir tak boleh bernafas dah ni. 'Sabar Naura,sabar. Kalau kau tak boleh tahan,risau lain yang jadinya nanti.' Naura hanya mampu bergumam di dalam hati.

"Okay."

Itu sahaja jawapan yang dibalas oleh Umar.Namun dengan kesempatan yang ada,Umar mengalihkan tangan Naura yang sedang menutupi matanya dan kepala sedikit ditunduk bagi  menyentuhkan bibirnya dengan bibir Naura.Tindakan Umar itu membuatkan Naura tidak sengaja tertarik tali leher Umar yang membuatkan jarak mereka menjadi lebih rapat.Naura tergamam.Bibirnya dah mendarat di bibir Umar !

"Hmm sweet like strawberry." Umar tersenyum sinis.Mission complete !

Dia kembali mengikat tali lehernya yang telah diikat separuh oleh Naura tadi.Tergendala Naura nak ikat tali leher Umar sebab perangai gatal dia pagi-pagi ni.Sebenarnya Umar pandai je nak ikat sendiri tapi sengaja nak ambik kesempatan.

"Abanggg !! " Naura menumbuk lembut dada Umar dan mukanya sudah bertukar merah membuatkan Umar tergelak kecil.Kenapalah pagi-pagi lagi dah buat dia blushing dan rasa nak terbang ni ? Kalau boleh nak je Naura ni menyorokkan muka dia dalam tanah.

𝐌𝐫𝐬 𝐔𝐦𝐚𝐫 𝐀𝐥-𝐅𝐚𝐭𝐞𝐡 | 𝐂Where stories live. Discover now