UMAR X NAURA [ BAB 27 ]

2K 121 3
                                    

Umar dan Naura baru sahaja selesai menunaikan solat bersama-sama.Setelah mengaminkan doa yang telah dibaca oleh Umar, dia menoleh ke arah belakang untuk menatap wajah manis isterinya. Lama dia merenung wajah itu. Fikirannya jauh memikirkan berapa lama lagi dia boleh tengok wajah dan senyuman isteri kesayangannya ini.

Tidak lama setelah itu, tangan kanannya diraih dan dicium lama oleh Naura.Naura mengangkat kepalanya memandang wajah tampan si suami sambil tangannya tidak henti-henti mengusap lembut tangan Umar.

"Abang, Naura nak mintak maaf sangat-sangat kalau Naura tak dapat jadi seorang isteri yang baik sepanjang perkahwinan kita ni. Naura rasa Naura masih kurang untuk abang. Naura masih belum dapat jadi isteri yang solehah untuk abang. Mesti abang kesal beristerikan Naura, kan ?" Naura bersuara dengan suara yang sebak. Matanya juga tidak dapat menahan air mata daripada mengalir. Jujur dia terasa dia gagal untuk menjadi seorang isteri yang baik untuk Umar.

Keadaannya yang sedang mengandung ini membuatkan dia sentiasa beremosi. Terlalu sangat berfikiran negatif. Kadang-kadang rasa nak menangis tanpa sebab.

Sekali lagi,Umar menatap lama wajah isterinya itu sebelum dia bersuara. Wajah kacak itu masih lagi tenang. Tangan kanannya naik mengusap kepala Naura yang masih dilitupi dengan telekung itu.

"No,sayang. Naura, isteri abang ni dah cukup sempurna dah untuk abang. Kalau Naura cakap Naura ni masih lagi kurang, abang rasa abang ni lagilah banyak kekurangannya. Tapi, dengan kekurangan yang kita ada,kita dapat melengkapi antara satu sama lain dengan cara saling memahami antara kita. Abang faham Naura dan Naura faham abang. Betul tak ?" Naura menjatuhkan kepalanya sekali.

"....Dan abang yakin Naura akan jadi ibu yang baik untuk anak kita nanti. Teruskan untuk jadi isteri yang baik Naura. Itu je yang abang nak. Jadilah wanita yang sentiasa dirindui syurga. Naura adalah tanggungjawab abang dan amanah yang Allah berikan untuk abang. Betapa beratnya tanggungjawab seorang suami sampaikan arsy bergoncang hebat setelah abang melafazkan akad nikah kita haritu."

"Waktu tu abang bukan je berhadapan dengan arwah ayah Naura tapi abang jugak berhadapan dengan Allah, Penguasa langit dan bumi. Cukup dengan ikut perintah Allah dan Rasul, tutup aurat dengan sempurna, melayan suami dengan sebaiknya dan hormat orang tua pun dah menjadikan Naura seorang wanita yang solehah dan dijamin syurga. Perempuan ni senang masuk syurga tau sayang. Dan perempuan jugaklah yang banyak masuk neraka. Jadi, cubalah sehabis baik Naura untuk jadi seorang Muslimah yang terbaik di mata Allah, ya sayang ?" Ibu jarinya mengusap air mata yang terus mengalir dari mata Naura.

"Dah...jangan nangis lagi. Abang tak suka tengok air mata ni. Tu...anak tu." Bibir dijuih ke arah perut Naura.

"....kesian dia. Nanti keluar-keluar banyak nangis pulak. Abang yang nak kena memujuknya nanti." Kata-katanya membuatkan Naura tertawa. Dia juga tidak tahu, sempat atau tidak dia boleh melihat anaknya yang bakal lahir nanti. Sempat ke dia nak melihat anaknya buat kali pertama ? Sempat ke dia nak mengazankan di telinga anaknya sendiri ?

Tidak sedar tubir matanya sudah basah. Laju tangan menyeka cecair jernih yang hampir turun. Risau kalau Naura nampak dia menangis sekarang.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
𝐌𝐫𝐬 𝐔𝐦𝐚𝐫 𝐀𝐥-𝐅𝐚𝐭𝐞𝐡 | 𝐂Where stories live. Discover now