UMAR X NAURA [ BAB 11 ]

2.7K 162 26
                                    



Sebulan kemudian berlalu dengan pantas.Sekarang ni tinggal lagi beberapa hari je sebelum hari perkahwinan Umar dan Naura berlangsung.

"Woii Ridhwan !" Jerit Naura dari jauh apabila melihat Ridhwan yang sedang berada di cafe tanpa berteman.Mereka sekarang sudah menjadi kawan yang rapat.Hari demi hari,Ridhwan akhirnya dapat melepaskan Naura dengan ikhlas.Sekarang ni dia tengah menunggu orang yang tepat je.Umairah yang berada di sebelah Naura sudah kecut perut.Ya lah ternampak crush pulak kan.

Naura yang di sebelahnya digenggam tangan sebelum gadis itu ingin membuka langkah menuju ke arah Ridhwan.Naura tau kawan baiknya itu sedang tidak tenteram.

"Alah kau buat rileks je.Lagipun ni lah masa kau nak tackle dia kan ? Cakap suka.Rebutlah dia.Kang perempuan lain yang dapat dia nanti kau jangan nangis air mata berdarah pulak ekk." Ya Naura sudah tau bahawa kawan baiknya ini sebenarnya menyimpan perasaan terhadap Ridhwan.Misi Naura sekarang adalah menyatukan dua makhluk ni.Of course lah girl mesti support girl.

Umairah hanya mengangguk laju.Ya inilah peluangnya untuk mendapatkan hati Ridhwan.Dia mana boleh kalah.Dia kena berjuang.

Naura dan Umairah mengambil tempat di hadapan Ridhwan. "Shift korang dah habis ke ?" Soal Ridhwan. Dua gadis itu hanya mengangguk serentak.

"Eh baru aku teringat yang aku ada hal sekejap lah.Korang lepak lah berdua dulu nanti aku datang balik." Naura mula bersuara sebelum dia terus berdiri dan pergi dari cafe itu.Walaupun belum sampai beberapa saat tapi sebenarnya dia sengaja memberi alasan begitu supaya Umairah dan Ridhwan boleh bersembang dengan lebih lama.Umairah yang di sebelahnya sudah menunjukkan riak yang terkejut.

Eh pompuan ni nak pegi mana pulak tinggal aku sorang-sorang dengan mamat ni.Dia mesti saja je kan tinggalkan aku.Ish kau tunggu lah Naura.Umairah sudah memaki-maki Naura dalam hati kecilnya.

Disebabkan terlalu nervous, Umairah ingin beredar cepat dari situ.Eeee tanak butterfly banyak sangat ni.Kang dia pengsan kat sini sapa pulak yang tolong angkatkan dia.Takkan Ridhwan pulak.Haram lahhh.Belum jadi suami lagi.

Haih Umairah ni tadi bukan kemain lagi nak berjuang.Tapi bila nervous datang habis semua confident pun hilang.

"Erm sorry awak saya kena pergi jugak sebab ada hal yang belum settle lagi." Belum sempat mendapat jawapan dari Ridhwan, Umairah terburu-buru untuk bangun dan menyebabkan kakinya tersadung kerusi.

"Ahh aduhh" Umairah sudah mengaduh kesakitan dan dia dapat merasakan yang kakinya itu sudah terseliuh.Semua mata di cafe memandang ke arahnya.Ya Allah malunyaaaaa !!!

"Ya Allah Umai !!" Ridhwan terus mendapatkan Umairah yang sudah terduduk di atas lantai.Wajahnya jelas menunjukkan yang dia sangatlah risau. "Boleh jalan tak ni ? Macam teruk je sebab dah lebam."

"Eh takda apa ni,sikit je." Umairah berjaya untuk bangun tetapi badannya tak dapat diimbangi sepenuhnya membuatkan dia ingin jatuh semula .Sempat Ridhwan menarik beg galas yang digalas Umairah bagi mengelakkan gadis itu jatuh.Nasib dia pakai beg galas ni harini.Comel kann ?? Apa ? Ingat budak sekolah je boleh pakai ? Doktor pon boleh pakai lah.

"Jom kita pergi office saya.Saya tolong rawat awak kat sana.Takut kalau dibiar lama nanti jadi masuk angin.Sekarang ni awak jalan je slow-slow.Saya akan pimpin awak dengan pegang beg galas ni.Senang sikit.Kalau awak nak terjatuh at least saya boleh tarik beg galas awak ni bagi tolong seimbangkan badan awak." Umairah hanya mengangguk.Kalau sekali pandang memang nampak macam abang dan juga adik disebabkan perbezaan ketinggian yang begitu ketara.Dalam hati dia dah menjerit sebab blushing dengan cara Ridhwan ni.Haih susah lah macam ni.Apa kata kawin je terus kan senang.Boleh nak pegang-pegang.

"Kau duduk atas kerusi ni dulu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"Kau duduk atas kerusi ni dulu.Aku ambik ubat dengan pembalut kejap." Umairah hanya mengangguk.Ya Allah malunya dia.Dah lah malu depan orang ramai tadi,sekarang ni malu dengan Ridhwan pulak sebab perangai mamat ni sweet sangat.Berdegup kencang jantung Umairah.Lagi meningkat lah perasaan suka dia terhadap jejaka tampan itu.

Setelah itu, Ridhwan datang dan duduk bercangkung di hadapannya. "Izinkan saya ya ?" Soal Ridhwan dengan lembut meminta keizinan untuk merawat kaki Umairah sambil mendongakkan kepalanya bagi melihat wajah jelita gadis itu.Nak je si Umairah ni menjerit kuat-kuat.Lelaki ni tak habis-habis nak buat dia blushing teruk.Kenapa gentleman sangatt ??!

Mata Umairah hanya terkebil-kebil sebelum dia mengangguk menandakan dia setuju.Nak buat macam mana kan ? Kena jugaklah dia setuju.

"Haih tu lah awak ni tergesa-gesa sangat nak bangun tadi,kan dah terjatuh.Nasib saya ada kat situ, kalau tak memang awak duduk lah atas lantai tu sampai malam." Ridhwan bersuara bagi memecahkan kesunyian antara mereka sambil dia tergelak kecil.Haih Umairah ni comel je perangai.

Umairah yang dari tadi hanya diam memerhati setiap gerak geri jejaka di hadapannya ini mula kembali kepada realiti apabila mendengar jejaka itu bersuara.

"Ish awak ni tengah perli saya ke apa ? Memang lah saya tergesa-gesa sebab saya memang dah lambat tadi,ada hal." Tipu Umairah. Mulutnya sudah seperti itik kerana cuba untuk meyakinkan jejaka itu.Takkan dia nak jujur pulak yang dia ni sebenarnya nak lari daripada Ridhwan ? Kang tak pasal-pasal banyak pulak soalan yang bertubi-tubi dari mulut mamat ni.

"Iyaa saya tau.Tapi lain kali awak kena lebih berhati-hati.Risau saya kalau pinggang awak yang patah nanti." Suara jejaka itu kedengaran seperti dia amat prihatin terhadap Umairah.

"Hmm yelah Encik doktor." Umairah hanya menggulingkan bebola matanya sebelum dia tergelak kecil. "Okay dah siap." Ridhwan bangun dan memberi senyuman kecil kepada Umairah.Haih kalau Umairah meninggal jugak harini jangan tanya kenapa.

"Terima kasih Ridhwan." Umairah juga membalas senyuman jejaka itu.Tetaplah cool walaupun dalam hati dah menjerit kuat. "By the way nanti awak datang kan ke perkahwinan Naura dan abang saya ?"

Ridhwan membalas dengan anggukan. "Mestilah saya datang.Sebab mana tau lepasni boleh jadi wedding kita pulak ?" Ridhwan hanya tersenyum mengejek.

Diri Umairah terasa beku sekarang ni.Dia tak salah dengar kan ? Kan ??!! Ridhwan ni memang sengaja berkata begitu atau dia benar-benar maksudkannya ?

Ridhwan tergelak besar apabila melihat wajah statik Umairah dengan matanya yang membulat itu.Salah ke yang dia cakap tu ?

Umairah sudah menunduk malu. "Ish apa benda lah yang awak merepek ni ?" Kendur sahaja suaranya.

Ridhwan hanya tersenyum sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.

𝐌𝐫𝐬 𝐔𝐦𝐚𝐫 𝐀𝐥-𝐅𝐚𝐭𝐞𝐡 | 𝐂Where stories live. Discover now